Resipi Sambal Bilis Garing Krup Krap Ini Mendapat Lebih 1200 Share di FB. Sedap Ni Makan Dengan Nasi Panas

Share

Resipi daripada Puan Ana ini telah mendapat lebih 1000 share di FB. Jom kita semak resipi ini dan jangan lupa cuba pulak. Kalau best share lagi kepada kawan-kawan. Kita panjangkan ilmu ini dan semoga rezeki yang empunya resipi ini mencurah-curah hendaknya.

Lama juga dah rasanya Kak Ana Gojes tak share resepi dengan korang kan. Rasa terpanggil sangat nak share satu resepi mudah tapi sedap yakmat.Selalunya bulan puasa baru Kak Ana Gojes buat sambal ni. Buat bekal sahur.Pekena dengan nasi panas panas berasap tu. Mata mengantuk pun jadi buntang balik. Kalau korang beli yang ready made, seploh hegget baru dapat ciput jek. Lepas ni korang buat la sendiri lagi jimat. Senang je pun buat dia.

Jomlah kita buat ‘SAMBAL BILIS GARING KRUP KRAP’

BAHAN UTAMA

  • Ikan bilis kecik
  • Cili kering
  • Kacang tanah
  • Bawang merah
    Semua yang bertanda * tu korang sukat pakai 3 genggam jek. Takyah nak timbang bagai. Just nice je nanti hasil gabungan dia.
  • 1 1/2 sudu makan Gula
  • Sedikit garam
  • Air limau nipis 1/2 biji cukup ler.

CARA MEMASAK:

  1. Goreng ikan bilis sampai garing, kacang tanah tu pun korang goreng juga dulu, pastu toskan minyak.
  2. Cili kering gunting dulu, buang biji dan goreng garing juga. Toskan minyak.
  3. Bawang merah hiris nipis untuk dijadikan bawang goreng. Goreng juga sampai garing dengan api sederhana. Toskan minyak juga ya.
  4. Blend cili kering dengan gula dan garam. Jangan lah sampai hancur lumat. Biar ada flakes dia sikit.
  5. Wajib gunakan blender kering tau. Atau nak senang korang guna Tupper smooth chopper.
  6. Masukkan semua dalam mangkuk besar. Perah air limau nipis kata atas dia.
  7. Gaul sampai rata biar dia mesra loka dalam tu. Kemudian korang rasalah manis masin dia. Tambah ikut citarasa korang.
    Siap! Selamat mencuba.
KREDIT RESIPI DAN GAMBAR  : Suhanna Zakaria
Published by
Ida Abd Aziz