Makan

Resipi Sambal Bilis Petai Berkeju, Memang Padu & ‘Kick’!

Share

Jom cuba resipi Sambal Bilis Petai Berkeju yang ringkas, mudah dan membuka selera ni. Jika anda wajib ada sambal semasa makan, ini resipi yang anda wajib cuba. Memang sangat sedap rasanya. Tambahkan keju Anchor Cheddar Cheese Slices di dalamnya untuk menambah rasa dalam hidangan anda. Nak hilangkan pedas, boleh nikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango. Selamat mencuba!

 

SAMBAL BILIS PETAI BERKEJU

Bahan-bahan:

  • 2 cawan ikan bilis | siap goreng
  • 1 cawan petai
  • 1 cawan cili kisar
  • 2 biji bawang merah | hiris
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 ulas bawang putih | hiris
  • 2 sudu besar Anchor Unsalted Butter
  • 2 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango
  • 2 keping asam keping
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula
  • ½ sudu teh serbuk perasa

 

Cara Memasak:

  1. Cairkan Anchor Unsalted Butter bersama minyak. Tumiskan bahan hiris dan cili kisar sehingga naik bau. Masukkan asam keping.
  2. Masukkan sos tiram, ikan bilis, petai & keju
    Anchor Cheddar Cheese Slices.
  3. Gaul hingga sebati. Siap!
  4. Untuk mengurangkan rasa pedas, boleh minum Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Mango.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma