Resipi Sambal Garing Pucuk Ubi Paling Mudah, Sedap & Tak Terlalu Berminyak

Share

Sedapnya Sambal Garing Pucuk Ubi ni perkongsian saudari Nana Ereena ni. Menu yang sangat ringkas tapi punya ramai peminat dan digemari ramai.
Menu ini paling enak dinikmati bersama nasi putih. Gaul-gaul bersama nasi, ada telur dadar sahaja sudah cukup. Tak nak makan dengan nasi? Ratah begitu sahaja sudah mencukupi.
Nak niaga? Ini adalah salah satu menu yang sesuai diniagakan dan diminati ramai. Pasti laku keras. Hanya guna sukatan bahan ini dan gandakan sahaja jika mahu buat dalam jumlah yang banyak. Jom buat Sambal Garing Pucuk Ubi ni. Anda pun pasti berselera.

CARA MASAK SAMBAL GARING PUCUK UBI

BAHAN-BAHAN:
Seikat pucuk ubi – basuh bersih
Segenggam cili kering beli online disini
Minyak masak secukupnya
Segenggam ikan bilis beli online disini
5 ulas bawang putih – hiris nipis
1/4 cawan bawang goreng beli online disini
Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Basuh bersih pucuk ubi dan potong ikut suka.
2.Panaskan minyak masak dan goreng hingga garing. Tos dan ketepikan.
3.Panaskan minyak dalam kuali. Bila sudah berul-betul panas masukkan cili kering. Goreng sekejap je. Angkat, toskan.
4. Tumbuk cili kering goreng tadi guna lesung batu supaya lebih sedap.
5.Seterusnya goreng ikan bilis hingga garing. Angkat, toskan minyak dan tumbuk.
6. Goreng jug hirisan bawang putih hingga garing. Toskan dan tumbuk.
7. Kemudian masukkan bawang goreng ke dalam lesung. Tumbuk lagi. Pastikan semua bahan ditumbuk secara berasingan.
8.Panaskan kuali tanpa minyak. Masukkan cili kering, ikan bilis, bawang putih, bawang goreng, gula dan garam secukup rasa. Gaul sebati guna api kecil sahaja.
9.Masukkan pucuk ubi. Gaul dan siap. Simpan dalam bekas kedap udara.

Kredit resipi & foto: Nana Ereena

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur