Resipi Sambal Garing Travel. Mudah Buat, Tahan Lama & Sedap!

Share

Jom belajar cara-cara buat sambal garing. Sambal ni memang tahan lama dan buat pun mudah. Hanya guna bahan-bahan yang ada di dapur je. Jika tak ada selera, makan nasi dengan sambal ni pastinya memukau deria anda. Kalau nak bawa sambil travel ke luar negara atau buat bekalan anak di asrama pun boleh sebab memang tak akan basi. Garing pulak tu. Sedap weh. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nur Faridah Shahidah.

SAMBAL GARING

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan bilis halus – jangan guna bilis yang lebar dan tebal. Nanti tak berapa rangup
  • Tempe atau kacang tanah – jika suka. Nak abaikan pun boleh.
  • Cili kering – kalau suka pedas, beli cili kering india. Kalau suka ratah sambal, beli yang kurang pedas.
  • Kiub pati ikan bilis @ cukup rasa
  • Gula

(Goreng ikan bilis, tempe, kacang dan cili kering sampai garing. Setiap bahan kena goreng asing. Toskan minyak guna tisu dapur.)

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Kisar cili kering yang digoreng tadi. Pastikan cili digoreng garing jika tidak ia susah nak jadi flakes sebab liat. Biji boleh dibuang. Kalau nak kisar sekali pun boleh. Guna pengisar kering.

2. Ambil kuali gorengan tadi dan masukkan kiub pati bilis. Tak perlu letak minyak. Cukup sekadar saki baki lebihan minyak gorengan awal tadi. Masak guna api kecil.

3. Biar sampai kiub pati bilis berbuih manja macam ni.

4. Masukkan cili flakes.

5. Kemudian tambahkan semua bahan-bahan lain. Untuk sambal yang dibuat ni, empunya resipi guna 1 sudu gula. Anda boleh adjust ikut citarasa masing-masing.

6. Setelah semua bahan digaul rata dan sebati, padamkan api dan biarkan sejuk. Kemudian bolehlah disimpan dalam balang.

7. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Nur Faridah Shahidah

Published by
Nur