Sambal Gesek Ikan Bilis adalah salah satu sajian sampingan yang membuka selera. Cara penghasilannya juga sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dihasilkan. Nak cuba? Resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni antara yang sedap. Jom lihat bahan-bahannya.
CARA MASAK SAMBAL GESEK IKAN BILIS SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 2 genggam ikan bilis – rendam air seketika
- Segenggam cili padi merah & hijau
- 1 sudu makan gula perang
- 3/4 sudu makan garam bukit
- 1 hiris lemon
- 1-2 biji limau kasturi
- 1 sudu teh butter olive oil/minyak zaitun/minyak masak
BAHAN BAKAR ATAS KUALI ( PAN):
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah
- 1/4 biji bawang besar
- 1/2 biji tomato
CARA MEMASAK:
1. Panaskan butter olive oil. Boleh juga digantikan dengan minyak zaitun atau minyak lain.
2. Masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk sehingga sedikit hancur. Sangai seketika dan ketepikan.
3. Tumbuk lumat bahan bakar dalam kuali tadi diikuti cili padi, garam bukit dan gula perang.
4. Satukan bahan tumbuk dengan ikan bilis tadi. Perahkan sehiris lemon. Jika kurang masam, boleh tambah limau kasturi.
5. Gaul biar sekata. Hidangkan bersama dengan ulam.
Kredir resipi & foto: Afy Al Habibi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Chef Kongsi ‘Ilmu’ Masak Nasi Putih Supaya Terasa Sedap, Tak Tawar & Kosong
Masak nasi putih ini bukan sekadar basuh dan bilas saja, ada cara dan ilmu khusus perlu dibuat ketika tanak nasi supaya rasa nasi bukan tawar tapi sedap.
Terlibat dalam dunia perniagaan makanan selama lebih 25 tahun Chef Shukri berkongsi ilmu yang dipraktikkan yang juga katanya diguna pakai oleh kebanyakan pengusaha kedai makan dan serta tukang masak lauk kenduri.
Ilmu masak nasi putih
“Saya nak kongsikan ‘ilmu pengasih’ yang digunakan oleh kebanyakan kedai-kedai nasi campur dan juga nasi lauk kenduri kahwin. Boleh juga gunakan ilmu ini supaya suami anda lebih sayang sebab masak lagi sedap.
“Setiap kali masak nasi putih, bacalah Bismilah dan selawat masa basuh beras. Masa nak masak nasi pula masukkan sedikit garam dan minyak dalam nasi yang nak dimasak.Masukkan daun pandan. Kena pandai agak-agak supaya tak terlalu masin dan berminyak. Sukatan air nasi adalah seperti biasa. Apa tujuannya?
“Minyak berfungsi supaya nasi tidak melekat dan sentiasa berderai. Garam pula untuk bagi nasi putih ada ” rasa” bila kita makan begitu saja atau dengan lauk berkuah. Daun pandan supaya nasi wangi satu dapur bila dah mendidih,”terang Chef Shukri
Letak gula batu kalau masak nasi tomato atau nasi minyak
Dalam pada itu katanya jika ingin masak nasi nasi Tomato, Nasi minyak dan lain-lain masukkan tiga-empat ketul gula batu bertujuan mengilatkan nasi supaya lebih cantik. Akui beliau, inilah rahsia besar kedai-kedai makan dan para tukang masak.”
Semoga bermanfaat
Sumber: Chef Shukri
Kek Coklat Kukus Moist Sukat Guna Cawan. Lembut Dan Gerenti Jadi!
Sedapnya Kek Coklat Moist Kukus ni. Anda nak cuba? Saudari Nor Ain Nordin ada kongsikan resipi yang dicuba dari saudari Nor Juliana Isa. Kek ni sangat-sangat moist dan sedap terutamanya bila makan panas-panas. Bagi penggemar tegar kek coklat, silalah cuba resipi ni. Takkan menyesal punya.
RESIPI KEK COKLAT MOIST KUKUS
BAHAN-BAHAN COKLAT:
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan minyak
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 cawan susu cair
- 3 biji telur
CARA-CARA:
- Satukan semua bahan diatas dan kisar. Kemudian masukkan ke dalam bekas.
BAHAN-BAHAN AYAK:
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan ayak bersama.
2. Kemudian masukkan bahan ayak ke dalam bekas yang telah diisi dengan bahan-bahan coklat tadi.
3. Adun sebati adunan kek dan tuang ke dalam loyang. Kukus hingga masak. Boleh cucuk kek guna garpu untuk pastikan kek masak sempurna.
4. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nor Ain Nordin
Nak beli PERIUK KUKUSAN baru? Pilih DISINI. Ada macam-macam jenis dan saiz.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Buat Bancuhan Ikan Celup Tepung Rangup Tanpa Guna Air Kapur
Cara Masak Roti Pizza Tuna Guna Kuali. Sedap & Lembut Walau Dah Sejuk
Resipi Roti Bun Manis Homemade Yang Sangat Gebu & Sedap. Begini Cara Buatnya.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Jom Cuba 5 Sajian Cina, Stail ala Hong Kong Tetapi Olahan Citarasa Malaysia.
Hari ni Min nak kongsi resepi dari Restoran Cina Muslim terkenal iaitu Restoran Haslinda Sim Abdullah. Sajian yang dihidangkan adalah resipi warisan keluarga ‘taukeh’ restoran sendiri Datin Haslinda Sim Abdullah .
Menariknya masakannya stail ala Hong Kong tetapi telah diolah semula oleh Datin Haslinda mengikuti selera dan citarasa rakyat Malaysia. Jika anda nak bersantai cuti Hari Kebangsaana boleh aje menjamu selera di restoran ini yang terletak di Bandar Baru Bangi.
Jom kita semak dan cuba resipi yang dikongsi ini.
1. MASAK ASAM IKAN SIAKAP
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ikan siakap
Bahan untuk di kisar:
- 100gm bawang putih
- 100gm bawang besar
- 50gm serai
- 100gm lada merah
- 150gm pes cili @ cili boh
5 keping asam keping
50gm asam jawa
50ml air limau nipis
Garam secukup rasa
Bahan di potong kasar dan digoreng sekejap sahaja :
(secukupnya ikut citarasa)
- Kacang panjang
- Kacang bendi
- Tomato
- Bawang besar
- Lada merah
CARA MEMASAK :
1. Ikan dikukus dalam pengukus.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi hingga naik bau
3. Masukkan asam keping, air limau nipis, asam jawa dan garam secukup rasa
4. Campurkan sedikit air jika rasa agak kering.
5. Masukkan ikan siakap yang dikukus serta bahan-bahan yang digoreng tadi.
6. Siap untuk dihidangkan.
2. NAI WANG SHENG XIA (UDANG GALAH SUSU CAIR)
BAHAN-BAHAN :
| dikisar satu persatu
- 100gm bawang putih
- 100gm lada merah
- 50gm cili kering
- 50gm serai
- 50gm belacan
- 50gm udang kering
2 ekor udang galah
50gm cili boh
250ml susu cair
Beberapa helai daun kari
Garam secukup rasa
2 sudu minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK :
1.Udang galah yang sudah dicuci bersih gorengkan separuh masak.
2. Bahan-bahan yang dikisar ditumis hingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan daun kari, garam, susu cair dan udang yang telah digoreng
4. Gaulkan dan biarkan masak dan naik minyak.
5. Sedia untuk dihidangkan
3. AYAM MASAK PORTUGIS
BAHAN-BAHANNYA :
- 300gm daging ayam | dipotong kecil dan digoreng setengah masak
- 15gm lada hitam
- 50gm marjerin
- 100gm sos cili
- 1 sudu makan gula
- 3 sudu makan susu cair
CARA MEMASAK :
1. Panaskan majerin di dalam kuali.
2. Masukkan lada hitam, sos cili dan gula , dan gaul sebati.
3. Kemudian masukkan pula ayam dan gaul lagi hingga sebati
4. Masukkan susu cair dan masak hingga agak sedikit kering
5. Siap untuk dihidangkan
4. TAUHU LABU
BAHAN-BAHAN :
- 2 batang tauhu Jepun
- ¼ biji labu kuning
- ½ paket cendawan putih Shimeji
- 200gm brokoli
- 1 ulas bawang putih
- Minyak untuk mengoreng
- Stok ayam secukup rasa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Tauhu sebatang dipotong empat.
2. Panaskan minyak, dan goreng tauhu hingga kuning.
Cara masak sos :
3. Labu kuning dikukus bersama kulitnya sehingga masak
4. Setelah labu masak, korek isinya menggunakan sudu dan buang kulitnya.
5. Kisar halus isi labu tadi.
6. Kemudian panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih hingga kuning.
7. Masukkan labu yang dikisar tadi dan kacau mengikut citarasa pekat atau cair.
8. Sambil kacau masukkan garam dan stok ayam secukup rasa. Ketepikan sos labu.
9. Rebus brokoli dengan sedikit minyak.
10. Setelah direbus, susun ditepi pinggan
11. Letakkan tauhu ditengah pinggan kemudian siramkan dengan sos labu tadi
12. Siap untuk dihidangkan.
5. DUA KOMBINASI KAILAN
BAHAN-BAHANNYA:
- 300gm sayur kailan
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Daun sayur kailan dihiris halus
2. Kemudian digoreng dan toskan minyak agar garing. Ketepikan
3. Batang sayur kailan digoreng bersama bawang putih dan garam secukup rasa.
4. Taburkan daun sayur kailan yang digoreng tadi di atas batang sayur kailan
5. Siap untuk dihidangkan.
Terima kasih : Restoran Haslinda Sim Abdullah
Alamat : No. 46, Jalan Medan Pusat 2C, Section 9, Selangor, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi : 1100 pagi – 1030 malam