Wow…Sedapnya Sambal Goreng Jawa ni. Dimasak dengan campuran pelbagai bahan menjadikan hidangan ini jadi kegemaran ramai. Lengkap dengan sayur, protein dan karbohidrat, kalau dimakan begitu sahaja tanpa nasi pun sudah mengenyangkan. Nak cuba masak hidangan ini hari ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Umi Idayu ni. Pasti puas hati.

CARA MASAK SAMBAL GORENG JAWA SEDAP & MUDAH

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap. Cara Masak Pun Mudah Je
BAHAN-BAHAN:
Bawang merah – kisar
Bawang putih – kisar
Bawang besar – hiris
Sedikit cili kering – kisar
Tempe – dipotong dadu kecil lalu digoreng
Tauhu – dipotong dadu kecil lalu digoreng
Cili merah & cili hijau – hiris halus
Petai – hiris halus
Serai – hiris halus
Tetel – rebus terlebih dahulu lalu dihiris nipis
Udang basah (saiz kecil)
Santan
Air asam jawa
Sedikit belacan beli online disini
Sedikit gula merah, gula pasir dan garam
Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap. Cara Masak Pun Mudah Je
CARA MEMASAK:
1. Tumis semua bahan yang telah dikisar tadi.
2. Masak sampai betul-betul kering dan naik bau, baru masukkan air asam jawa dan sedikit belacan. Belacan boleh je ramas-ramas dalam air asam jawa tadi.
3. Masukkan tetel, udang, gula merah, gula pasir dan garam secukup rasa.
4. Masukkan santan. Kalau guna santan segar lagi sedap, cuma kalau nak tahan lama, campurlah dengan santan kotak.
5. Masukkan hirisan bawang besar, cili merah, cili hijau dan juga serai. Masak kejap je, kita tak nak sayur tu terlebih masak. Enak jika ada rasa rangup sikit.

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap. Cara Masak Pun Mudah Je

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap. Cara Masak Pun Mudah Je 6. Seterusnya masukkan petai, tempe dan tauhu. Masak lagi sampai rata.
Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap. Cara Masak Pun Mudah Je7. Rasakan rasa masin dan manisnya. Jika cukup rasa, angkat dan sedia untuk dinikmati.

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap. Cara Masak Pun Mudah Je Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap. Cara Masak Pun Mudah Je

Kredit resipi & foto: Umi Idayu

Ads

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

Ads

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Ads

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI