Wow…Sedapnya Sambal Goreng Jawa ni. Dimasak dengan campuran pelbagai bahan menjadikan hidangan ini jadi kegemaran ramai. Lengkap dengan sayur, protein dan karbohidrat, kalau dimakan begitu sahaja tanpa nasi pun sudah mengenyangkan. Nak cuba masak hidangan ini hari ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Umi Idayu ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK SAMBAL GORENG JAWA SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: Bawang merah – kisar Bawang putih – kisar Bawang besar – hiris Sedikit cili kering – kisar Tempe – dipotong dadu kecil lalu digoreng Tauhu – dipotong dadu kecil lalu digoreng Cili merah & cili hijau – hiris halus Petai – hiris halus Serai – hiris halus Tetel – rebus terlebih dahulu lalu dihiris nipis Udang basah (saiz kecil) Santan Air asam jawa Sedikit belacan – beli online disini
Sedikit gula merah, gula pasir dan garam
CARA MEMASAK: 1. Tumis semua bahan yang telah dikisar tadi. 2. Masak sampai betul-betul kering dan naik bau, baru masukkan air asam jawa dan sedikit belacan. Belacan boleh je ramas-ramas dalam air asam jawa tadi. 3. Masukkan tetel, udang, gula merah, gula pasir dan garam secukup rasa. 4. Masukkan santan. Kalau guna santan segar lagi sedap, cuma kalau nak tahan lama, campurlah dengan santan kotak. 5. Masukkan hirisan bawang besar, cili merah, cili hijau dan juga serai. Masak kejap je, kita tak nak sayur tu terlebih masak. Enak jika ada rasa rangup sikit.
6. Seterusnya masukkan petai, tempe dan tauhu. Masak lagi sampai rata.
7. Rasakan rasa masin dan manisnya. Jika cukup rasa, angkat dan sedia untuk dinikmati.