Resipi Sambal Goreng Sayur Yang Sedap & Menyelerakan. Semua Cukup Rasa!

Share

Sambal Goreng Sayur ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Idea terbaik untuk anda yang nak makan Sayur Goreng tetapi tidak cukup bahan mentah seperti udang, hati ayam atau daging. Ramuannya dimasak dengan sempurna menjadikannya kegemaran ramai. Kalau dimakan begitu sahaja tanpa nasi pun sudah mengenyangkan. Nak cuba masak hidangan ini hari ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Pasti puas hati.

CARA MASAK SAMBAL GORENG SAYUR SEDAP

BAHAN-BAHAN:

1 keping (besar) tauhu – hiris & goreng
1 paket tempe – hiris & goreng
1 biji ubi kentang – hiris & goreng beli online disini
3 sudu makan ikan bilis – basuh & goreng beli online disini
1 paket suhun – rendam & toskanbeli online disini
5-7 tangkai kacang panjang
3 ulas bawang putih – hiris beli online disini
5 biji bawang merah – hiris beli online disini
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
2 sudu makan cili kisar beli online disini
3 sudu makan kicap manis beli online disini
1 sudu makan gula
1 sudu teh serbuk perasa 


4 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah sehingga keperangan.


2. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak dan garing.


3. Seterusnya masukkan gula, serbuk perasa dan kicap manis. Gaul rata.


4. Masukkan suhun, kacang panjang dan bahan-bahan lain seperti tempe, tauhu, bilis dan ubi kentang yang telah digoreng.


5. Gaul rata dan masak sehingga kering. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur