Sambal Goreng resipi perkongsian saudara Ben Safwan ni nampak sangat menyelerakan. Bahan-bahan yang diberi lengkap dengan sukatan. Pendek kata andai dicuba, pasti menjadi. Sambal Goreng ni memang menggunakan minyak yang banyak serta dimasak dengan lama. Ia adalah salah satu petua menghasilkan sambal yang sedap malah tahan lebih lama walau tidak disimpan dalam peti sejuk. Memang tak basi. Cuma bila makan, ambil sambalnya sahajalah, jangan diceduk minyaknya. Ha… Jangan tunggu lama-lama. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
CARA MASAK SAMBAL GORENG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
200gm cili hijau thai (berat termasuk tangkai) – beli online disini 200gm bawang merah – dikupas – beli online disini 1 biji tomato sederhana besar 2 sudu makan ibu sambal (boleh ganti dengan 30gm cili merah thai berat bersih) 2 batang saderi 2 pokok ketumbar (9-10 tangkai) 1 keping ikan tenggiri jeruk – buang tulang 1 cm x 1 cm halia dengan tebal 0.5 cm 2 hirisan lengkuas (4×5 cm dengan tebal 0.2 cm) 25gm gula kabong thai (warna oren) – beli online disini 20gm belacan – beli online disini 1 keping asam keping kampung gred A – beli online disini Garam/serbuk perasa knorr /gula putih Minyak masak – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan semua bahan, buang tangkai cili dan masukkan ke dalam chopper. Jika tiada chopper, boleh guna blender kasar. Lengkuas tu sebelum masuk ke dalam chopper, perlu ketuk dulu bagi sedikit hancur. Baru mudah untuk dikisar.
Ads
2. Letak minyak yang banyak dalam kuali dan panaskan. Masukkan kesemua bahan kisar tadi ke dalam kuali dan masak guna api sederhana kecil sahaja. Tumis sampai pecah minyak berulang kali.
3. Bila sambal sudah pecah minyak satu kali, pastikan tukar api kepada yang betul-betul kecil. Ia bertujuan supaya sambal tidak hangus bawah dan tak terpercik. Masak selama 40-45 minit.
4. Bila sambal sudah nampak elok dan masak semua, tambah serbuk perasa, garam, gula kabong thai dan gula ikut cita rasa masing-masing.
Ads
INFO:
Rasa sedap bila semua bercampur. Empunya resipi suka guna batang saderi dengan daun ketumbar kerana rasa lebih sedap.
Minyak banyak tidak mengapa. Nanti sambal jadi tahan lama walau disimpan di luar. Tak perlu masuk dalam peti. Sebab sambal sudah ditumis 40-45 minit guna api kecil. Air dalam cili & batang saderi sudah kering.
Untuk menikmati sambal, ambil sambalnya sahaj dan jangan ambil minyak.
Sambal Goreng sangat enak dimakan bersama nasi putih lembik panas-panas dan ikan rebus goreng atau ayam goreng kunyit.
Sambal Ikan Bilis memang sedap. Selain dinikmati bersama Nasi lemak, ia juga sesuai dinikmati bersama nasi putih biasa atau dimakan bersama roti atau pau. Memang kena dengan selera orang Malaysia. Namun ramai yang kadang-kala susah nak jumpa Sambal Ikan Bilis yang kena dengan selera. Nak cuba Sambal Ikan Bilis yang sangat mudah dimasak dan sangat sedap rasanya? Saudari Nurul Ateekah ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA MASAK SAMBAL IKAN BILIS NASI LEMAK YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 1 cawan ikan bilis – dibersihkan – beli online disini 1 batang serai – diketuk 1 helai daun pandan – disimpul 3 sudu makan perahan air asam jawa Gula pasir secukupnya 2 sudu makan gula melaka – beli online disini Serbuk perasa – jika suka Garam Minyak masak – kena banyak
CARA MEMASAK: 1. Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut . Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi. Kemudian kisarkan sekali dengan bahan-bahan kisar yang lain. 2. Panaskan minyak masak yang banyak, masukkan bahan kisar, serai dan daun pandan. Tumis sehingga pecah minyak dan kering.
3. Masak dengan api perlahan supaya cili betul-betul masak sekurang-kurangnya 1 1/2 – 2 jam.
4. Kemudian masukkan air asam jawa dan gaul rata.
5. Masukkan gula, gula melaka, serbuk perasa dan garam. Gaul lagi.
6. Seterusnya masukkan ikan bilis. Gaul sehingga ikan bilis masak dan sebati dengan sambal.
7. Angkat dan Sambal Bilis Nasi Lemak siap untuk dihidang.
Kek kalau bahannya dari krim keju, memang sedap tak terkata. Penggemar keju lagi lah pula. Biasanya kek keju asli yang menggunakan bahan asas krim keju dimasak menggunakan teknik ‘water bath’, iaitu tin pembakar kek dialas dengan bekas berisi air semasa membakarnya.
Tetapi jika digunakan sebagai sapuan atau krim lapisan kek seperti Kek Red Velvet dan Kek Lobak Merah, boleh dibakar seperti kek biasa aje.
Hujung minggu ni ceriakan mood anak-anak dengan kek keju yang cair di mulut ini…yummy.
1.RED VELVET CAKE
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek span:
200 gm mentega
660 gm gula halus
7 biji telur
30 gm esen vanila
1 sudu teh soda bikarbonat
100 gm tepung jagung
20 gm serbuk koko
400 ml minyak masak
350 ml susu + air lemon 50 ml
Beberapa titik pewarna merah
Bahan krim :
500 gm krim keju
200 gm gula halus
2 sudu makan air lemon
200 gm krim manis (pukul hingga kembang)
CARA MEMASAK : 1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. 2. Setelah kembang masukkan esen vanila dan telur sedikit demi sedikit, dikaup balikkan. 3. Setelah sebati masukkan tepung, soda bikarbonat, tepung jagung dan tepung koko sehingga sebati. 4. Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan campurkan campuran susu dan lemon dan kacau hingga sebati. 5. Titikkan pewarna merah. Dan asingkan adunan kepada bekas loyang pembakar, berasingan, ikut berapa lapisan kek yang ingin dibuat. 6. Akhir sekali masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit hingga masak. Cara memasak bahan krim : 1. Campurkan semua bahan krim dan kacau sehingga tidak berketul. 2. Kemudian masukkan krim manis dan kacau hingga sebati. Cara membuat lapisan kek: 1. Buang kulit lapisan atas kek dan bersihkan permukaannya. 2. Sapu rata-rata air suam atas kek tadir. 3. Sapu adunan krim keju di atas kek 4. Ulangi langkah tadi sehingga lapisan teratas. 5. Setelah selesai, hiaskan kek ikut citarasa anda.
INFO CHEF :Bagi mendapatkan kek yang gebu gunakan susu segar penuh krim (full cream). Jangan gunakan susu rendah lemak jika mahukan kek yang berlemak, gebu dan lembut
Saiz hidangan : Kek seberat 1kg Waktu Memasak : 1 jam setengah Cara Memasak : Bakar Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Rasa kek gebu dan lembut dan boleh dimakan begitu sahaja tanpa krim.
2. KEK LOBAK MERAH DENGAN BADAM
BAHAN-BAHAN:
Bahan A:
200 gm tepung gandum atau tepung kek | diayak
1/2 sudu teh soda bikarbonat | diayak
1/2 sudu teh serbuk kayu manis | diayak *Satukan semua bahan A ini, kemudian di ayak.
Bahan B:
250 gm lobak merah | diparut halus dan telah di perah
100 gm almond nibs | dipanggang dahulu selama 5 minit dalam oven pada suhu 160 C)
240 gm gula halus
180 gm minyak jagung
2 biji telur saiz A
Bahan krim keju :
150 gm krim keju
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula aising
10 gm whipping cream
*Badam hancur (kasar) @ almond nib dan parutan keju cheddar untuk hiasan
CARA MEMASAK : Kek : 1. Putar gula dan telur hingga kembang 2. Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana 3. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kaup balik sehingga sebati. 4. Masukkan lobak dan badam, kaup balik sehingga adunan sebati. 5. Sediakan loyang pembakar 23 sm, lapik loyang dengan kertas pembakar dan sapukan sedikit mentega pada loyang. 6. Tuangkan adunan dan bakar adunan di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah celcius yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit. 7. Bakar kek selama 40-50 minit bergantung kepada oven masing-masing.. 8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar dalam loyang pembakar dan kemudian terbalikkan atas redai.
Krim keju : 1. Pukul keju krim,mentega dan gula aising hingga kembang. 2. Dalam bekas lain, pukul whipping cream sehingga kembang. 3. Masukkan whipping cream ke dalam adunan keju krim dan kaup balik adunan sehingga sebati. Krim keju sedia disapukan pada kek.
Saiz hidangan: 1 loyang pembakar bulat saiz 23 sm (1.5 kg) Waktu memasak: 40 – 50 minit Cara Memasak : Bakar Jenis masakan : Kek Keistimewaan: Kek lobak merah klasik denan ‘topping’ krim keju yang lazat.
INFO CHEF : Selain badam anda juga boleh menggantikan dengan kacang walnut atau jenis kekacang , panggang dahulu kekacangnya. Lobak merah hendaklah disagat kasar.
3. KEK KEJU OREO
Bahan-bahan:
Bahan dasar kerak :
80 gm biskut oreo | telah di asingkan intinya
50 gm mentega | yang dicairkan
Bahan krim keju :
250 gm krim keju @ cream cheese
200 gm non dairy whipping cream
150 gm yogurt biasa
50gm gula kastor
15 gm gelatin
60 ml air panas
50 gm serbuk oreo dan sedikit biskut oreo sebagai hiasan
CARA MEMASAK : Dasar kerak: 1. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang spring form 18cm. Alas loyang dengan pembalut plastik atau kertas minyak supaya senang untuk dikeluarkan. 2. Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padatkan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit hingga sejam. Kek krim keju : 3. Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. 4. Pukul krim keju cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. 5. Masukkan yogut dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata. 6. Gunakan spatula, masukkan serbuk oreo dan kacau sedikit. Tidak perlu kacau sebati. 7. Tuang separuh adunan ke dalam loyang biskut tadi. Letakkan beberapa keping biskut oreo dan tuangkan baki adunan cheese di atasnya. 6. Sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg) Waktu memasak: 40 minit Cara Memasak :Gelatin panas dan didinginkan dalam peti sejuk Jenis masakan : Kek Keistimewaan: Biskut oreo memberi kelainan rasa pada kek keju
INFO CHEF :Balut dasar loyang pembakar menggunakan plastik pembalut untuk memudahkan kek dikeluarkan dari loyang pembakar.
4. KEK VANILA KEJU LELEH
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek vanilla span:
150gm tepung superfine
150 gm gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovalet
1 sudu kecil serbuk penaik | diayak
80 ml susu segar
80 ml minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
Bahan ‘topping keju leleh :
250 gm keju krim
1 cawan susu pekat
1 cawan non dairy whipping cream
Parutan keju cheddar | sebagai hiasan
CARA MEMASAK : Kek vanilla span : 1. Satukan tepung, gula, telur, ovalet dan baking powder. Pukul selama 5 minit. 2. Perlahankan mixer, masukkan susu segar dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga adunan kembang dan gebu. 3. Matikan mixer, masukkan minyak jagung dan gaulkan secara kaup balik. 4. Sediakan loyang pembakar bersaiz 20 sm inci (disapu mentega serta dialas bahagian bawah loyang pembakar. Masukkan adunan dan hentakkan sedikit adunan. 5. Bakar kek pada suhu 170 darjah selama 25-30minit. 6. Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan biarkan selama 1 minit (bertujuan supaya kek tidak mengecut dan turun). 7. Selepas itu terbalikkan semula loyang dan keluarkan kek.
Topping krim keju : 1. Satukan keju, susu pekat dan non dairy whipping cream dan kacau sebati. 2. Tuang adunan kejue ke atas kek vanilla tadi. 3. Hiaskan atas kek dengan parutan keju cheddar.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg) atau empat segi Waktu memasak: 40 minit Cara Memasak : Bakar Jenis masakan : Kek Keistimewaan: Lemak dan berkrim menepati selera pencinta keju
INFO CHEF : Setelah kek masak perlu segera diterbalikkan dari loyang dan dikeluarkan dari loyang untuk mengelakkan kek mengecut.
5. KEK KEJU BLUEBERI
BAHAN-BAHAN :
1 kg krim keju | pilih krim keju sebenar
2/3 tin susu pekat
1 cawan krim putar @ whipping cream.
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan pai blueberi filling | boleh didapati dari kedai kek/bakeri
Bahan dasar kerak :
250 gm biskut marie
125 gm mentega | dicairkan
CARA MEMASAK: Dasar kerak : 1. Hancurkan biskut marie. Kemudian cairkan mentega. 2. Gaulkan biskut yang telah dihancurkan dengan mentega yang telah dicairkan. 3. Masukkan ke dalam tin pembakar berukuran bulat berukuran 25 sm . 4. Tekan adunan supaya padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk supaya ianya supaya membentuk dasar yang padat Krim keju : 1. Keluarkan krim keju 20 -30 minit sebelum digunakan. 2. Putar krim keju, susu dan krim putar hingga sebati. 3. Masukkan sedikit pai blueberi, gaulkan. 4. Tuangkan adunan dalam tin pembakar yang berisi biskut tadi. 5. Panaskan oven dan bakar dalam oven dengan suhu 170 darjah celcius selama 2 ½ jam. 6. Keluarkan dan bila sejuk masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari tin pembakar. 7. Hias kek dengan inti/filling blueberi di atasnya jika suka.
Saiz hidangan : 1 tin pembakar bulat bergaris pusat 25 sm Waktu memasak: 3-4 jam Cara Memasak : Bakar dengan teknik water bath (letakkan tin atas bekas berisi air) Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Buah blueberi mengatasi rasa muak keju.
INFO CHEF : Sedap dimakan sejuk dari peti ais.
6. KEK KEJU KIWI
BAHAN-BAHAN :
1 kg krim keju
2/3 tin susu pekat
1 cawan krim putar @ whipping cream
1 sudu teh esen vanilla
5 sudu makan pai kiwi ‘filling’ (boleh didapati dari kedai kek)
Bahan dasar kerak :
250gm biskut marie | dihancurkan
125gm mentega | dicairkan
Bahan topping @ permukaan :
1 sudu teh serbuk gelatin
30 ml air
150 gm kiwi pie filling @ inti pai kiwi
CARA MEMASAK : Dasar kerak : 1. Hancurkan biskut marie, kemudian cairkan mentega. Gaulkan biskut yang telah hancur dengan mentega yang telah dicairkan. 2. Letakkan adunan dalam loyang bulat saiz 25 sm 3. Tekan adunan supaya padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk agar dasarnya lebih padu. Krim keju : 4. Keluarkan krim keju 20 – 30 minit sebelum digunakan. 5. Putar krim keju dan susu serta whipping cream sehingga sebati. 6. Masukkan sedikit pai kiwi dan gaulkan. 7. Tuangkan adunan ke dalam berisi biskut tadi. 8. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 2 ½ jam. 9. Keluarkan dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari loyang pembakar. 10. Hias atas kek dengan kiwi pie dan hirisan buah kiwi mengikut kreativiti anda
Hiasan permukaan /topping :
10.Campurkan gelatin dengan air dan panaskan sebentar sebentar supaya gelatin tadi larut. Selepas itu masukkan kiwi pai filling, kacau. Sedia untuk disapukan atas kek.
Saiz hidangan: 1 loyang pembakar bulat bersaiz 25.4 sm Waktu memasak: 3 jam Cara Memasak : Bakar dengan teknik ‘water bath’ Jenis masakan : Kek Keistimewaan: Kek keju berkrim dengan rasa kiwi asli
INFO CHEF : Sedap dimakan sejuk-sejuk dari peti ais. Keluarkan kek dari Loyang pembakar, hanya selepas ia disimpan lebih dari 4 jam dan benar-benar sejuk.
Sekarang ni musim kita berjimat cermat, namun sambutan Aidil Fitri tak meriah tanpa kuih raya. Untuk tetap meriah, anda boleh cuba empat variasi kudapan raya berasasjan Cornflakes ini. Ia rangup, sedap, murah dan kanak-kanak amat menyukainya, gerenti licin balang kuih anda.
CORNFLAKES MADU BAHAN-BAHAN: 300 gram cornflakes | 6 cawan 100 gram madu | 2/3 cawan 125 gram mentega 1-2 sudu besar gula Sedikit manik gula |hiasan jika suka
CARA MEMBUAT:
Cairkan mentega. Kemudian masukkan gula dan madu. Kacau sehingga sebati.
Dalam bekas lain, ramaskan cornflakes supaya hancur sedikit. Tuang madu tadi ke dalam cornflakes dan gaul rata.
Masukkan cornflakes ke dalam baking paper cup yang kecil.
Taburkan manik gula ke atas cornflakes tadi.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170°c selama 10 minit.
Dalam bekas masukkan cornflakes dan Ramas sikit supaya sedikit hancur.
Kemudian campurkan ke dalamnya badam yang telah disangai tadi dan tuangkan coklat yang telah dicairkan tadi. Gaul rata.
Masukkan dalam papercub menggunakan sudu.
Biarkan sejuk atau masuk dalam peti ais selama 5 minit.
Setelah coklat sejuk, Simpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & photo: Ayu Idris
CORNFLAKES CRUNCHY CHOCOLATE CHIPS BAHAN-BAHAN: 250gm mentega | sebarang jenis 1 cawan gula aicing | tak suka manis, ¾ cawan sahaja 1 sudu teh esen vanilla 3/4 cawan tepung jagung 2 cawan tepung gandum 3 cawan cornflakes | ramas sedikit Chocolate chips | secukupnya Chocolate rice ( jika suka Badam cincang | jika suka
CARA MEMBUAT:
Kacau sebati mentega, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak. Kacau sebati. Adunan memang lembik sedikit.
Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
Sudukan adunan atas loyang yang disapu mentega.
Atau nak cubit-cubit guna jari pun boleh. Kemudian golek-golekkan dalam baki cornflakes
Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’C masa 20minit atau ikut oven masing-masing (api atas bawah).
Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
Kredit: Nestle Breakfast Cereals Malaysia
BISKUT CORNFLAKES BAHAN-BAHAN: 250gm mentega 50gm tepung jagung 100gm gula aising | kalau guna gula castor/brown kurangkan sikit gula 200gm tepung gandum 1 mangkuk Cornflakes telah diramas | untuk lebih rangup boleh tambah. 1 sudu kecil esen vanila Cornflakes secukup | untuk salut doh
CARA MEMBUAT:
Pukul menetega dengan gula hingga sebati dan nampak berkrim. Tak perlu lama.
Masukkan esen vanila dan tepung yang dah di ayak. Gaul hingga sebati (adunan memang lembik).
Masukkan cornflakes yang sudah diramas ke dalam adunan dan sebatikan.Sudukan atau cubit sedikit adunan tepung dan golekkan ke dalam cornflakes . (Ikut kreativiti masing² jgn terlampau besar).
Bakar smpai masak suhu 160°C selama 15 – 20 minit ikut oven masing².
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!