Sambal Goreng resipi perkongsian saudara Ben Safwan ni nampak sangat menyelerakan. Bahan-bahan yang diberi lengkap dengan sukatan. Pendek kata andai dicuba, pasti menjadi. Sambal Goreng ni memang menggunakan minyak yang banyak serta dimasak dengan lama. Ia adalah salah satu petua menghasilkan sambal yang sedap malah tahan lebih lama walau tidak disimpan dalam peti sejuk. Memang tak basi. Cuma bila makan, ambil sambalnya sahajalah, jangan diceduk minyaknya. Ha… Jangan tunggu lama-lama. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
CARA MASAK SAMBAL GORENG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
200gm cili hijau thai (berat termasuk tangkai) – beli online disini
200gm bawang merah – dikupas – beli online disini
1 biji tomato sederhana besar
2 sudu makan ibu sambal (boleh ganti dengan 30gm cili merah thai berat bersih)
2 batang saderi
2 pokok ketumbar (9-10 tangkai)
1 keping ikan tenggiri jeruk – buang tulang
1 cm x 1 cm halia dengan tebal 0.5 cm
2 hirisan lengkuas (4×5 cm dengan tebal 0.2 cm)
25gm gula kabong thai (warna oren) – beli online disini
20gm belacan – beli online disini
1 keping asam keping kampung gred A – beli online disini
Garam/serbuk perasa knorr /gula putih
Minyak masak – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan semua bahan, buang tangkai cili dan masukkan ke dalam chopper. Jika tiada chopper, boleh guna blender kasar. Lengkuas tu sebelum masuk ke dalam chopper, perlu ketuk dulu bagi sedikit hancur. Baru mudah untuk dikisar.
2. Letak minyak yang banyak dalam kuali dan panaskan. Masukkan kesemua bahan kisar tadi ke dalam kuali dan masak guna api sederhana kecil sahaja. Tumis sampai pecah minyak berulang kali.
3. Bila sambal sudah pecah minyak satu kali, pastikan tukar api kepada yang betul-betul kecil. Ia bertujuan supaya sambal tidak hangus bawah dan tak terpercik. Masak selama 40-45 minit.
4. Bila sambal sudah nampak elok dan masak semua, tambah serbuk perasa, garam, gula kabong thai dan gula ikut cita rasa masing-masing.
INFO:
Kredit resipi & foto: Ben Safwan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official