Resipi Sambal Halia Sedap Macam Dekat Restoran Nasi Ayam

Share

Suka makan Sambal Halia? Andai menikmati sajian Nasi Ayam di restoran terkenal, pastinya pernah rasa Sambal Halia ni. Selain sedap, ia juga bagus untuk buang angin dalam badan. Bahan-bahan nak buatnya juga mudah sahaja. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Mazliza Ahmad ni dan jadikan sebagai stok dalam peti sejuk. Jom cuba!

 

CARA BUAT SAMBAL HALIA NASI AYAM YANG SEDP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ketul halia (saiz 1/2 tapak tangan)
  • 2 ulas bawang putih – beli online disini
  • 1 sudu makan daun bawang
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Sedikit garam
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

  1. Kikis halia untuk buang kulitnya. Basuh bersih dan keringkan. Kisar halia, bawang putih dengan sedikit air hingga halus.
  2. Tapis dan buang air bahan kisar tadi.
  3. Masukkan garam dan daun bawang. Kacau rata.
  4. Panaskan minyak masak hingga betul-betul panas. Tuang ke dalam bekas berisi halia tadi.
  5. Kacau hingga sebati. Sedia untuk dinikmati. Jika ada lebih, boleh simpan dalam peti sejuk.

 

Kredit resipi & foto: Mazliza Ahmad 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi

]

Suka makan? Dapatkan lebih banyak resipi harian yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan terbaru yang mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Nur