Tomato pengganti belimbing takda yang mustahil untuk menjadikan hidangan sambal lebih sedap dan kreatif. Bijak mengolah masakan untuk memikat perut suami barulah bahagia rumahtangga. Enak dinikmati ketika berbuka ataupun bersahur, cara masakannya mudah dan sedap. Wajib ada stok untuk sebulan! Selamat mencuba.

 

SAMBAL HITAM TOMATO

BAHAN-BAHAN:

  • Tomato 13-14 bijik. Guna yg masak2 kaler merah lagi senang.
  • Cili @ lada burung segenggam atau lebih. Nak pedas lebihkan.
  • Bawang merah kecik 8 bijik
  • Bawang besar holland saiz sedang sebijik
  • Ikan bilis segenggam lebih.

CARA MEMASAK:

First step, potong-potong tomato. Masuk kuali, goreng tanpa minyak. Hancur2 kan tomato tu sampai jadi macam gambar diatas

 

IKLAN

Sambil2 tunggu tomato hancur, masukkan bawang merah kecik, bawang besar holland, dan cili kedalam blender. Pastu masukkan minyak masak agak2 blender boleh pusing. Blend kasar je.
Lepas tu boleh masukkan ikan bilis, blend kasar jugak tau.

P/s : BLEND TAK PERLU TAMBAH AIR. GUNA MINYAK MASAK SAHAJA.

Oke kemudian tomato tadi agak2 dah hancur & kering sikit, masukkan bahan blend tadi

Api sedang2 je tau. Jgn kecik sangat kang stress acik nak tunggu kering
Jangan api kuat takut hangus. So api bukak sedang2 je.

 

Bila dah jadi kering sikit mcm tu, boleh tambah kicap manis sikit, kicap pekat sikit, garam dan gula. Kalo suka pak aji boleh masukkan jugak

p/s : KICAP PEKAT UNTUK BAGI WARNA HITAM .
👉 IKAN BILIS DAH MASIN, SO LETAK GARAM AGAK2 JE. NANA PAKAI SERBUK MAGGI CUKUP RASA, SO TAK LETAK GARAM DAH.
👉 GULA JGN LEBIH SANGAT. MANIS2 TAK SEDAP

 

Apa lagi, sambung lah tugas mengacau tu  masak sampai kering. Nampak dah pecah minyak dan ikan bilis garing, boleh tutup api.
yg ni ikut selera. Ada yg suka agak kering, boleh masak sampai kering garing. Mcm nana suka gitu je

 

Yeayy dah siap simpan dalam bekas. Nak tahan lama simpan dalam peti sejuk, 2 bulan pun boleh tahan. Tapi biasa tak sempat 2 bulan, kejap je habis

 

SELAMAT MENCUBA

Kongsi resipi: Nana Malynaa‎ (MAHN)