Sedapnya Sambal Hitam Tomato ni. Bagi anda yang suka menu ni tapi susah nak jumpa belimbing buluh, boleh cuba resipi ni. Boleh gantikan dengan tomato. Olahan yang menjadikan hidangan sambal lebih sedap dan kreatif. Ada sambal ni, makan dengan nasi putih je pun dah cukup berselera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nanaa Malynaa. Pasti puas hati.
SAMBAL HITAM TOMATO
BAHAN-BAHAN:
13-14 biji tomato – guna buah yang masak dan warna merah
1 genggam cili padi @ lada burung – lebihkan jika suka pedas
8 biji bawang merah kecik
1 biji bawang besar holland saiz sedang
1 genggam lebih ikan bilis
CARA MEMASAK:
Ads
1. Potong-potong tomato. Masuk kuali, goreng tanpa minyak. Hancurkan tomato tu sampai jadi macam gambar di bawah.
2. Sambil tunggu tomato hancur, masukkan bawang merah kecik, bawang besar holland dan cili ke dalam blender. Masukkan minyak masak agak-agar dan kisar kasar. Tidak perlu tambah air. Guna minyak sahaja. Lepas tu boleh masukkan ikan bilis. Kisar kasar juga.
3. Bila tomato dalam kuali kelihatan agak hancur dan kering sedikit, masukkan bahan bkisar tadi. Masak guna api sedang-sedang sahaja.
4. Bila dah jadi kering sikit macam tu, boleh tambah kicap manis sikit, kicap pekat sikit, garam dan gula. Kalau suka pak aji boleh masukkan juga ikut citarasa. Kicap bertujuan untuk memberikan warna hitam. Ikan bilis dalam bahan kisar sudah punya rasa masin, jadi berhati-hati dengan jumlahnya. Gula juga jangan guna banyak. Jika sambal manis, tidak sedap.
Ads
5. Terukan mengacau sambal hingga kering. Bila kelihatan pecah minyak dan ikan bilsi kelihatan garing, padamkan api. Jika suka sambal yang betul-betul kering, boleh teruskan masak hingga dapat tekstur yang anda suka.
6. Bila sambal sudah siap, sejukkan sebelum disimpan dalam bekas. Jika nak sambal yang tahan lebih lama hingga berbulan-bulan, boleh simpan dalam peti sejuk.
Bagaikan tidak lengkap menu harian tanpa sambal. Ia menjadi penyedap atau pembuka selera dalam hidangan. Banyak jenis sambal boleh diolah umpamanya dari mangga, terung pipit, belimbing dan sebagainya. Antara ialah sambal goreng, nampak mudah untuk dibuat tetapi sejauh mana kesedapannya. Ini cara membuat sambal goreng warisan oleh Lyana Hisham.
Menu kampung membuka selera, yang mana mudah disediakan bila tiba musim durian dan petai sahaja. Bagi peminat Sambal Tempoyak Bilis Petai, pastinya tidak asing lagi dengan cara-cara penyediaan sajian ini. Masing-masing ada cara yang tersendiri. Namun untuk yang sekali sekala memasak dikala teringin, anda pastinya tercari-cari resipi yang mudah dan sedap untuk dicuba. Saudari Tengku RosElyza ada kongsikan resipi Sambal Tempoyak Bilis Petai terbaik yang ada boleh cuba. Pedas menyengat dan tentunya enak. Bolehlah cuba. Pasti anda puas hati akan rasanya.
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar @ tumbuk sehingga wangi dan masak.
2. Bila bahan kisar sudah kelihatan pecah minyak, masukkan petai. Kacau rata.
3. Seterusnya masukkan tempoyak, tambah air sedikit demi sedikit ikut kepekatan yang disukai.
4. Tambahkan juga garam dan gula secukup rasa. Masak lagi sambal sehingga pecah minyak dan mendidih. 5. Bila sambal kelihatan pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Keenakan hidangan Yong Tau Fu terletak pada kuahnya. Jika sedap kuahnya, maka sedaplah Yong Tau Fu tu. Bagi peminat sajian ini, pastinya setiap kali ke pasar malam anda akan beli.
Jika anak-anak ramai, jenuh juga nak membayar. Mahal! Oleh itu jom belajar buat sos Yong Tau Fu yang sedap, mudah dan tak guna kos yang besar. Memang puas makan!
KUAH YONG TAU FU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
4 sudu makan cili boh ( nak guna cili serbuk pun bleh)
4 sudu makan gula merah
1 inci belacan ( bakar terlebih dahulu )
3 sudu makan sos tiram
Sedikit sedap rasa / serbuk pati ayam
Garam
2 cawan air
2 sudu makan kicap pekat
Sos ikan secukupnya (boleh abaikan)
2 sudu makan minyak
Bancuhan tepung gandum secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masak gula merah bersama air hingga larut. Tapis. 2. Masukkan semula air gula ke dalam periuk. Tambahkan cili boh, belacan, sos tiram, serbuk perasa, garam, kicap pekat, sos ikan ( jika suka) dan minyak masak. Masak guna api perlahan hingga mendidih. 3. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung ikut kepekatan kuah yang digemari. Andai kuah terlalu pekat, tambah air. 4. Biarkan kuah masak lama sedikit supaya rasanya lebih sedap. Rasa masam dan manisnya agar seimbang. Jika kurang manis, boleh tambah gula biasa. 5. Padamkan api dan boleh nikmati bersama aneka bahan-bahan Yong Tau Fu seperti tauhu kering, kek ikan, aneka bebola dan sebagainya.
6. Untuk rasa lebih enak, tabur bawang goreng yang dikisar kasar untuk dapatkan rasa lebih enak.