
Resipi sambal jahat? Kenapa dipanggil begitu, sebab sekali makan memang tak cukup, tambah kali kedua pun tak cukup, tambah kali ketiga pun tetap rasa nak tambah lagi…
Punyalah sedap kan, disebabkan itulah menurut empunya resipi Cik Qaseh ia dipanggil sambal jahat. Lagi satu sambal ini kalau dibuat pedas lagi sedap, makan sambil meleleh air mata dan lap peluh.
Resipi sambal jahat
Bahan bahan
1 genggam ikan bilis -goreng garing
2 genggam cili api hijau -lebihkan jika mahu pedas
3 biji bawang besar -saiz sederhana
Petai – jika suka
Garam, gula dan perasa secukup rasa
Minyak (gunakan minyak goreng ikan bilis)

Cara Penyediaan
1. Tumbuk kasar bawang besar dan cili api hijau. Jika malas nak tumbuk, boleh guna blender, tapi pastikan tumbuk atau blend kasar, macam nak buat rencah nasi goreng.
2. Selepas itu, masukkan ikan bilis yang telah digoreng garing. Tumbuk sedikit lagi supaya ikan bilis hancur sedikit, tetapi jangan terlalu halus.
3.Panaskan minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan bilis tadi dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk dan masak dengan api sederhana. Kacau selalu supaya sambal tak hangit.
4. Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa. Sesuaikan rasa sambal mengikut selera anda. Jika mahu lebih pedas, tambah cili api lagi!
5. Terus masak sehingga minyak terbit di atas sambal dan sambal nampak berkilat. Pastikan api tak terlalu besar untuk elakkan sambal dari hangus. Bila nampak cantik dan berkilat, sambal jahat siap!
TIP
Jika guna blender, jangan blend ikan bilis sekali. Cuma tumbuk ikan bilis menggunakan lesung batu supaya ia kekal bertekstur. Sambal ini lebih sedap jika dimasak dengan lebihan minyak goreng ikan bilis.
Kredit resipi & foto: Cik Qaseh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Soto & Laksa, Sajian Sarapan Gerenti Sedap Zaman Berzaman.

Sarapan pagi dengan soto dan laksa memang ‘terangkat’ Sajian kaya rempah dan berperisa ni memang ‘favorite’ zaman berzaman-zaman . Iya kan sajian warisan orang lama.
Bila dah makan sarapan barulah bersemangat nak kerja … jom semak empat resipi ni
1. SOTO AYAM BLC

Bahan bahan:
- 1 ekor ayam – potong 4
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 2 sudu makan serbuk lada putih
- Beberapa cengkih, bunga lawang dan buah pelaga ( 2-4 biji)
- 2 sm kayu manis
Bahan untuk menumis/dihiris:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2.5 sm halia
Bahan untuk menumis/dikisar :
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2.5 sm halia
- 1 sudu teh lada hitam
Bahan sambal cili kicap :
- Segenggam cili padi / ditumbuk
- 2 ulas bawang putih/ditumbuk
- Kicap lemak manis ikut suka
- 1 -2 biji limau kasturi ( perah airnya)
(Goreng dulu cili dan bawang putih dan ‘blend’ satukan semua bahan dengan kicap),
Cara memasak :
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2.Tumis bahan yg dihiris hingga naik bau.
3. Masukkan rempah penumis bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, dan kayu manis dan masukkan serbuk jintan manis, jintan putih serta lada putih. Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga wangi.
Masukkan ayam dan gaul seketika.
4. Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
5. Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
6. Masukkan sedikit serbuk perasa dan garam.
7. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit dan mee hoon yang dicelur.
8. Sebagai bahan tambahan kuah soto ini lebih enak dimakan dimakan bersama bergedil kentang, kacang tanah goreng, soo hoon goreng dan taugeh yang dicelur dan sambal cili kicap. Jangan lupa letakkan
ayam carik.
9. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai pelengkap rasa.
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis, didih dn reneh
Jenis masakan : Sarapan pagi atau sajian petang
Keistimewaan : Sajian yang amat mengenyangkan, nasi impit dan bahan tambahan menjadikan ia makanan kegemaran.
INFO CHEF : Sajian soto Johor ini adalah makanan popular masyarakat Jawa, Johor. Tidak lengkap jika tanpa sambal kicap versi Johor ini.
2. LAKSA JOHOR

Bahan-bahan :
- 400 gm satu paket spageti
- Garam secukup rasa
- Beberapa titik minyak zaitun atau minyak masak
Bahan A :
- 1 kg ikan kembung /direbus dan ambil isi
- 500 gm ikan parang/direbus dan ambil isi
- 500 gm udang basah/rebus dan ambil isi
- 3 keping ikan kurau masin
- 5 sudu makan udang kering/direbus bersama 3-4 ekor udang basah
Bahan B :
- 8 keping asam gelugor
- 3 biji kelapa parut -ambil santan pekat
- 1 sudu makan gula melaka
- 1 mangkuk air rebusan udang dan air rebusan ikan
Bahan dikisar halus :
- 20 tangkai cili kering
- 15 ulas bawang merah
- 10 ulas bawang putih
- 10 batang serai
- 4 sm halia
- 4 sm lengkuas
- 2 sm kunyit hidup
- 3 sm belacan
- 9 sudu makan biji ketumbar
- 3 sudu makan biji jintan putih
- 3 sudu makan jintan putih
- 2 biji buah keras
- 4 sudu makan kerisik
Bahan ulaman :
- Limau kasturi/dipotong untuk diperah
- Taugeh
- Daun kesum atau daun selasih
- Timun
- Sambal belacan
- Bawang besar /dipotong bulat
- Kacang panjang
- Lobak asin
Cara memasak :
1. Lebihan air rebusan ikan dibahagi dua. Ketepikan
2. Kisar semua bahan A bersama sebahagian air rebusan ikan.Ketepikan.
3. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar halus sehingga wangi.
4. Masukkan bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan B dan kacau rata.
5. Didihkan dan masak sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa.
6. Kemudian rebuskan spaghetti dalam air yang mendidih yang telah dimasukkan garam. Rebus sehingga kenyal ‘ala dente’ dan tidak terlalu lembut.
7. Toskan dan titikkan minyak zaitun agar tidak melekat.
8. Masukkan spageti dalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa tadi.
9. Hidangkan bersama bahan ulam-ulaman dan sambal belacan.
10. Bagi memasak sambal belacan, ambil belacan bakar dan tumbukkan bersama cili hidup atau cili kering yang direbus. Tumbuk lumat dan perahkan limau kasturi..
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis, didih dan reneh
Jenis masakan : Laksa dan spageti
Keistimewaan :Laksa Johor menggunakan spageti, pengaruh barat dalam sajian
INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan ikan selayang (sardin) menggantikan ikan kembung. Selain ikan parang anda juga boleh menggunakan ikan tenggiri.
3. SAYUR TUMIS LAKSA BEBOLA SARDIN

BAHAN-BAHAN :
- 2 ekor sardin segar / asingkan isi dari tulang
- 1 biji bawang besar/dikisar
- 3 ulas bawang putih/ dikisar
- 1 sudu makan lada hitam/ditumbuk
- Minyak untuk menumis
- 1 ikat kangkung
- 1 lobak merah/ dipotong jejari
- 50 gm kubis bunga
- 350 gm bihun/ direndam dengan air biasa
- Air secukupnya
- 4-5keping keropok mentah
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Isi ikan yang telah diasingkan daripada tulang, dikisar lumat.
2. Bulatkan tanpa campur apa-apa bahan.
3. Tumiskan bahan -bahan yang dikisar dalam periuk dengan sedikit minyak sampai naik bau.
4. Masukkan air dalam 450 ml (dua mangkuk) ke dalam periuk.
5. Bila mendidih masukkan lobak merah, bebola sardin, bila bebola dah terapung (masak) masukkan sayur kangkung, kubis bunga dan bihun dan keropok mentah.
6. Siap untuk hidangan.
INFO CHEF : Sajian asal di Terengganu menggunakan mi lidi. Sayuran yang banyak dan ikan sardin menjadikan ia sajian berkhasiat
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Boleh dimakan begitu sahaja.
4. KARI LAKSA UDANG YABBY

BAHAN-BAHAN:
Bahan pes laksa (dikisar) :
- 300 gm cili kering /dibuang cili
- 150 gm halia /dihiris nipis
- 200 gm ulas bawang putih/ diketuk
- 180 gm bawang kecil
- 80 gm serai, dihiris halus
- 1/2 cawan minyak masak
- 2 sm belacan /dibakar terlebih dahulu
- 1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
- 2 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 600 gm udang yabby
- 200 gm kek ikan/ sudah dimasak
- 1/4 cawan minyak masak
- 200 ml santan kelapa
- 1 liter air stok ayam
- 10 keping tofu (jika suka)
- 12 auns peha ayam/dibuang tulang dan kulit
- 400 gm mi laksa
- 2 sudu kecil gula melaka /atau gula perang/garam kosher
- 3 biji telur rebus /lembut
- Gula dan garam secukupnya
Bahan hiasan :
Taugeh, daun pudina, hirisan limau nipis dan sambal tumis (jika suka)
CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan-bahan pes laksa dan kisar hingga menjadi pes.
2. Panaskan kuali/periuk di atas api sederhana.
3. Masukkan pes laksa hingga pes sedikit perang, lebih kurang 2 minit.
4. Masukkan separuh dari santan, dan teruskan memasak, kacau, biarkan sehingga ia tinggal separuh, lebih kurang 4- 6 minit.
5. Masukkan stok ayam, tofu, dan baki santan tadi.
6. Biarkan mendidih hingga 10 minit.
7. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya
8. Celur laksa dan taugeh dalam air panas.
9. Tuangkan kuah laksa di atasnya dan hidangkan bersama taugeh, daun pudina , hirisan limau dan sambal (jika suka).
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Mi laksa, masakan Nyonya
Keistimewaan : Laksa lemak pedas dengan kemanisan udang Yabby
INFO CHEF : Udang Yabby adalah sejenis udang air tawar Australia. Harganya lebih mahal tetapi rasanya yang sungguh manis menjadikan kari laksa lebih lazat.
Masak Sardin Sendiri Secara Homemade, Lagi Jimat & Sedap!

Masakan sardin antara yang menjadi kegemaran ramai dan selalunya menggunakan sardin dalam tin. Rupa-rupanya, tahukah anda sebenarnya kita boleh buat sendiri sardin secara homemade.
Perkongsian daripada Farah Kitchen ini, boleh membantu mak-mak di rumah untuk menghasilkan sardin dalam kuantiti yang banyak dan lagi sedap
Senanglah mak-mak lepas ni untuk masak dan menjimatkan membeli barang dapur. Rasanya sama seperti sardin dalam tin yang selalu kita beli.
Menu pun boleh dipelbagaikan seperti karipap sardin, sardin masak kari, sardin masak sambal, sardin masak kicap dan lain-lain.
SARDIN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
*15 tangkai cili kering – beli online di sini
*3 biji tomato
*5 ulas bawang besar – beli online di sini
*12 ulas bawang putih – beli online di sini
*1 inci halia – beli online di sini
½ cawan minyak masak – beli online di sini
TONTON Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan Yang Sedap & Menyelerakan
TONTON Ayam Buttermilk Salted Egg Bestari & Kari Udang Bestari
CARA MASAK:
1. Bahan-bahan yang bertanda * perlu dikisar halus.

2. Bersihkan ikan, saya buang kepala dan ekor (ikan jadi kontot), bersihkan perut ikan dan sisik.
3. Masukkan minyak masak ke dalam pressure cooker.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

4. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi (tanpa hidupkan apa-apa fungsi).
5. Kemudian, masukkan garam, serbuk perasa, gula (agak-agak ye) dan kacau rata.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

6. Masukkan ikan, kacau rata, pastikan semua bercampur. Hidupkan pressure cooker (kendalikan mengikut pengendalian fungsi pressure cooker masing-masing).

7. Dah siap! Tulang ikan pun dah reput. Bila dah sejuk, bolehlah masukkan ke dalam bekas-bekas kecil dan boleh disimpan dalam peti sejuk.
Kredit resipi: Farah Kitchen
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Siap Tak Sampai 5 Minit, Mudah Nak Buat Sambal Toktok Jawa Tumis
5 Resipi Kuih Melayu Dengan Olahan Baru, Sesuai Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Cara-Cara Buat Stok Ikan Sardin Homemade Hanya Guna 3 Bahan Mudah.

Bagi anda yang suka makan ikan sardin, menu Ikan Sardin Homemade ni memang kena cuba. Barulah rasa lebih yakin, tanpa pengawet dan tentunya lebih sedap! Caranya mudah sahaja. Jom cuba resipi perkongsian saudari Alia Farhan Said ni.
IKAN SARDIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Ikan selayang/sardin – nak guna mackerel pun boleh
- Sos tomato – boleh guna sos tomato readymade atau boleh juga buat sos tomato homemade
- Sos Cili – untuk beri rasa pedas.
- Air secukupnya
( jumlah sos bergantung pada jumlah ikan dan juga citarasa masing-masing. Boleh ubah suai ikut selera.)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan sardin dan buang kepala, sirip dan perut sebersih-bersihnya.
2. Goreng ikan terlebih dahulu namun jangan sampai terlalu garing. Angkat dan toskan minyaknya.

3. Ambil periuk tekanan ( pressure cooker), masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Kemudian masukkan ikan yang digoreng tadi dan masukan air pada paras ikan sahaja. ( Masak guna pressure cooker air tak akan berkurang. Sebab tu kena guna air pada jumlah yang sepatutnya sahaja.)

5. Tutup penutup periuk tekanan dan pulas tombol ke SEAL. Set bahagian pressure dan pilih STEAM.
6. Tekan KEEP PRESSURE dan tambah masa ( tekan MIN) hingga ke 59. ( untuk periuk Phillip, settingnya sampai 59 sahaja. Selepas 59 minit, tambah lagi setting yang sama untuk 30-35 minit lagi.
7. Bila dah siap, bunyi ‘beep’ akan berbunyi. Lepaskan wap tekanan terlebih dahulu. Kemudian buka penutup dan keringkan air pada sardin menggunakan mode BAKE. Jika nak tekan butang CHICKEN pun boleh.
8. Bila agak-agak air dah kering dan berpadanan, boleh padamkan api dan masukkan sardin dalam bekas bersesuaian.

9. Sejukkan sardin terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk beku.
10. Bila nak makan, hanya perlu panaskan sahaja.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Alia Farhan Said
Link asal resipi: http://www.aliafarhan.com

