
Sambal Kelantan ini memang popular di Kelantan, sesuai di makan untuk semua jenis nasi. Sesuai di buat masa kenduri, buat sekali banyak boleh tahan sampai sebulan kalau disimpan dalam peti sejuk. Lagi lama simpan lagi sedap, jika sambal ini dibuat awal-awal dan banyak baru rasa sedap makan kerana bila ia terperam dengan asam, garam, dan gula baru dia mesra rasanya.. Selamat mencuba!
RESIPI SAMBAL KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
- Cili merah
- Cili api
- Limau kasturi(blender dgn kulit)
- Bawang besar bakar
- Bawang putih bakar
- Cuka
- Manisan kg
- Gula
- Garam
CARA-CARA:
- Kisar semua bahan sehingga hancur.
- Sambal kelantan tak guna belacan.
- Kisar kering.
- Siap. Simpan dalam botol dan masukkan dalam peti sejuk bagi kekal tahan lama.
NOTA: jgn letak air masa blender.
Kongsi resipi: Rohaya Rose
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Mi Goreng Basah Berkuah Tapi Tak Cair, Memang Sedap

Isi Kandungan
ToggleTercari-cari resipi Mi Goreng Basah yang sedap dan mudah? Resipi perkongsian saudari Ieda Roslida ni antara yang terbaik boleh dicuba. Bahan-bahan yang digunakan juga tidak terlalu sukar untuk diperolehi. Menurut empunya resipi, para peminat mi goreng basah pasti menyukai rasa hidangan ini kerana ia seakan rasa berkuah tapi tidak terlalu cair. Tengok je pun dah nampak sedap. Jom cuba.
RESIPI MI GORENG BASAH SEDAP & MUDAH MASAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus mi kuning – dibilas dan tos
- 10 ekor sotong – dibersihkan, potong dan tos
- 1 paket Fish ball – dibersihkan potong dan tos
- 1 ikat sayur sawi jepun – dibersihkan, potong dan tos
- 1 biji tomato – dibersihkan dan dibelah 6
- 4 sudu besar cili kisar – beli online disini
- 5 sudu besar sos cili – beli online disini
- 1 sudu besar sos tiram – beli online disini
- 1 sudu besar sos ikan – beli online disini
- 1 sudu besar kicap pekat – beli online disini
- 5 sudu besar kicap manis – beli online disini
- 2 sudu besar kicap mi – beli online disini
- 1 cawan kecil air
- 2 sudu besar minyak masak untuk menumis
BAHAN TUMBUK ( HINGGA PECAH @ LUMAT):
- 10 biji cili api
- 3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu besar minyak masak.
2. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.
3. Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mi, dan masukkan sotong dan fish ball.
4. Masukkan air 1 cawan kecil.
5. Masak dan kacau sehingga sebati. Masukkan sayur dan kacau lagi.
6. Selepas itu masukkan mi kuning dan tomato. Kacau bagi sebati dan masak. Siap.
INFO:
- Masak mi goreng basah ini tidak guna garam gula dan serbuk perasa sebab rasa kicap-kicap itu semua sudah cukup.
- Anda boleh tambah bahan-bahan lain seperti udang, hirisan daging, kerang dan sebagainya.
Kredit resipi & foto: Ieda Roslieda
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Terbaik Rasa Talam Keladi Berlauk Ni, Tak Rugi Cuba.

Teringin buat Talam Keladi Berlauk, jangan kata tak boleh buat ye. Resipi yang dikongsikan ini boleh membantu dan anda hanya perlu yakin mencuba. Bahan mudah dan cara memasak juga senang. Gerenti anda akan berpuashati bila hasilnya menjadi dan sedap.
TALAM KELADI BERLAUK
BAHAN-BAHAN
BAHAN A:
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung gandum
6 cawan santan | 1 biji kelapa
1sudu kecil garam
BAHAN B:
2 cawan ubi keladi | potong dadu, rebus dan toskan
2 sudu besar udang kering
4 tangkai cili merah | cincang
1 pokok daun bawang | hiris halus
1 pokok daun sup | hiris halus
2 sudu besar bawang goreng
BAHAN C (HIASAN):
3 tangkai cili merah | cincang
1/2 cawan bawang goreng
2 sudu besar kacang tanah | disangai dan tumbuk
2 sudu besar udang kering | digoreng gareng dan dikiar halus
1 pokok daun sup dan daun bawang | hiris halus
Beberapat titisan minyak bijan
CARA MEMBUAT:
- Panaskan pengukus dan sapukan minyak masak pada loyang saiz 10X10 inci.
- Campurkan semua bahan A, kacau sebati dan tapiskan ke dalam mangkuk.
- Seterusnya masukkan bahan B dalam mangkuk adaunan tadi dan gaul rata.
- Masak atas api sederhana dan sentiasa kacau hingga naik wap. Tutup api.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang yang diletakkan dalam kukusan.
- Kukus selama 30 minit atau hingga masak.
- Tutup api dan sejukkan beberapa jam, apabila ingin menghidangkan taburkan di atasnya dengan bahan C di atasnya dan potong.
8. Talam Keladi Berlauk sedia dihidangkan.
Kredit: Nora Habsah Shahid (Resipi Dapur Kak Chah)
Lagi resipi berkaitan:
Nak Kuih Talam Pandan Lemak Manis, Lembut & Mudah Potong, Ini Caranya.
Kuih Lapis Pandan Koko Yang Sedap & Comfirm Jadi,Tak Menyesal Cuba.
Daging Masak Kicap Paling Sedap. Lelaki Ini Kongsi Resipi Air Tangan Mak Mentua

Isi Kandungan
ToggleDaging masak kicap antara menu yang sering menjadi hidangan mudah untuk disediakan kepada keluarga. Ia sedap dan dapat membangkitkan selera.
Makan dengan nasi panas tambah satu lagi hidangan sayur atau juga telur dadar pun dah cukup.
Resipi yang dikongsikan oleh Ben Safwan ini ada kelainannya. Menurut lelaki ini resipi dari ibu mentuanya itu cukup tersendiri dan sedap. Bolehlah cuba nanti.
Daging Masak Kicap Sedap
Bahan-bahan:
Bahan-bahan Perap:
500gm Daging lembu – hiris nipis melintang
½ sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan cili kisar
1 sudu kecil jintan manis – ditumbuk
1 sudu kecil jintan putih – ditumbuk
1 sudu makan bawang kisar
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
½ sudu makan gula
1 ½ sudu kecil garam
Bahan Tumis:
1 batang kecil kulit kayu manis
3-4 biji buah pelaga
2 ½ sudu makan bawang merah yang telah dikisar
2 ½ sudu makan bawang putih yang telah dikisar
2 ½ sudu makan halia yang telah dikisar
1 ½ sudu makan cili kisar
Bahan lain:
½ sudu makan asam jawa – campur air dan masukkan air dalam masakan
Cara Penyediaan:
- Perap daging dengan bahan-bahan perapan.
- Dalam kuali tumiskan kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau.
- Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia kisar bersama cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
- Kemudian masukkan daging dan kacau sesekali pada api sederhana. Biarkan daging lembut dengan air daripada daging yang diperap.
- Tunggu sehingga air daging kering, masukkan air asa jawa.
- Sesuaikan rasa dan jika perlu boleh tambahkan kicap pekat untuk nampak hitam.
- Siap untuk dihidangkan.
Kredit: bensafwan
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Koleksi Resipi Rendang Sedap & Mudah Untuk Sajian Tetamu Di Hari Raya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official