Resipi Sambal Kentang Pedas, Buat Stok Untuk Bulan Puasa. Rangup, Sedap Gerenti Licin!

Share

Sesiapa sahaja pasti menggemari resipi yang berkaitan dengan kentang. Apa kata kali ni cuba resipi sambal kentang yang disagat halus dan menghasilkan rasa rangup dan mudah dinikmati bersama dengan nasi, bubur atau ratah sahaja! Memang sesuai di buat stok untuk dimakan pada bulan puasa. Selamat mencuba.

RESIPI SAMBAL KENTANG PEDAS RANGUP

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji kentang size besar
  • 10 tangkai cili kering (boleh tambah) buang biji dan rebus
  • 8 ulas bawang putih
  • 1 sudu mkn udang kering rendam air panas, bila dah kembang toskan airnya
  • 1 batang serai
  • 5 helai daun limau purut hiris halus
  • 4 sudu mkn gula pasir
  • Garam
  • Bawang goreng

 

CARA MEMASAK:

  1. Kentang disagat halus kemudian basuh hingga air basuhan jernih supaya tak melekat bila digoreng.
    Toskan hingga kering.
  2. Panaskan minyak yg banyak hingga betul2 panas kemudian goreng kentang hingga garing keperangan (kacau 2-3 kali). Angkat dan toskan.
  3. Cili kering, bawang putih, udang kering dan serai diblender guna sedikit minyak (JANGAN guna air) kemudian ditumis hingga naik bau.
  4. Masukkan gula dan garam, kecilkan api.
  5. Masak hingga gula larut, masukkan daun limau purut. Kacau hingga sedikit pekat, rasa masinnya klo kurang tambahkan garam. Tutup api dan biarkan sambal sejuk.
  6. Masukkan kentang goreng & bawang goreng dan gaulkan dgn sambal hingga sebati.
  7. Simpan dlm bekas bertutup rapat

NOTA : Boleh tambahkan kacang goreng dan ikan bilis goreng jika suka.

Kongsi resepi : eka zahra via mahn

Published by
Mastura Abu Kassim