
Jika ada menu pembuka selera yang kena dengan tekak, memang bertambah nasi dibuatnya. Sambal ketuk ikan bilis bersama cili padi dan belimbing buluh merupakan antara menu ringkas yang mampu membuka selera kita. Gabungan rasa pedas, masam dan manis ini memang sedap, lagi-lagi dimakan bersama nasi panas.
RESIPI SAMBAL KETUK IKAN BILIS BERSAMA CILI PADI & BELIMBING BULUH
BAHAN-BAHAN:
- Cili padi merah
- Cili hijau
- Cili merah
- 2 biji bawang merah
- 1 biji bawang putih
- Ikan bilis – direndam dan ditoskan
- Stok ikan bilis
- Sedikit gula
- Belimbing buluh – dihiris halus
CARA PENYEDIAAN:
1. Goreng semua bahan dengan sedikit minyak sehingga kekuningan. Jangan goreng ikan bilis sehingga rangup.
2. Tumbuk lumat bahan-bahan yang digoreng tadi dan tambah sedikit gula.
3. Kemudian, masukkan belimbing dan tumbuk kasar belimbing tersebut.
4. Siap!

Jika anda nak beli IKAN BILIS, boleh cari DISINI.
KREDIT FOTO & RESIPI: NAZURA ZAINAL ABIDIN
Baca juga artikel lain di sini:
Ini Cara Senang Step By Step Buat Sambal Tomato Ikan Bilis, Bertambah Selera Makan
Anda boleh mencuba resipi ini di rumah:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Leeza Ramzi ‘Ramalkan’ Tiga Menu Daripada IGnya Terus Popular di 2020

Sebaik kita melayari Instagram wanita ayu IG @ leezaramzi milik Nor Aliza Mohd Ramzi,ia telah pun mencecah lebih 154,000 follower sejak dibuka dua tahun lalu. Video masakannya cukup mudah difahami dan paling menyeronokkan bila melihat aksi anak bongsunya dengan gaya yang mencuit hati, makan dengan penuh gaya dan nikmat menjadi 'food taster' masakan ibunya.

Hashtag anak beranak suka makan memang sepadan dengan keluarga ini, kerana Leeza sekeluarga memang suka menikmati makanan sedap bila berjalan dan suka mencuba resipi baru di IGnya . Menurut Leeza tiga daripada video masakannya iaitu masakan Korea TTeok-bokki, Cheese Garlic Bread dan Kek Batik Cream Cheese mendapat 'view' paling tinggi dan pasti terus hit 2020 ini.

Kek Batik Cream Cheese mencatat 236,123 view manakalah video tteok-bokki dan Garlic Cheese Bread masing-masing mencatat 180,566 dan 66,562 view. Dia yakin ketiga-tiga video bakal terus trending dan terus popular di tahun 2020 ini. Nor Aliza sehingga kini tetap aktif dengan 'posting' video masakannya dan gambar-gambar sajian yang menambat selera. Kini dia mula cenderung membuat roti menggunakan 'bread maker' kesayangannya dan mula mengumpul follower untuk 'baking'pula.
TTEOK-BOKKI

BAHAN-BAHAN :
Bahan kek beras :
- 1 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan air
- Secubit garam
- 3 cawan air untuk merebus
- Sedikit minyak
Bahan sos:
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang sosej
- 3 sudu makan sos korea adabi
- 1 sudu teh gula perang
- Sedikit minyak bijan
- Sekeping keju
CARA MEMASAK :
Cara masak kek beras :
1. Masukkan tepung pulut ke dalam satu bekas.
2. Masukkan air, secubit garam dan gaulkan hingga membentuk doh. Uli doh hingga tak melekat di tangan.
3. Keluarkan doh dan gelekkan dan bentukkan memanjang, potong menyerong doh.
4. Didihkan air dan masukkan potongan doh kek beras tadi, titikkan minyak dan masak hingga timbul. Angkat
5. Kemudian masukkan dalam air biasa supaya tak melekat. Bila nak masak baru toskan air.
Cara memasak sos :
1. Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan sosej dan biarkan ia masak.
3. Masukkan sos korea dan gula perang.Masukkan minyak bijan.
4. Tutup api dan taburkan bijan di atasnya, letakkan kepingan keju cedar di atasnya. Sajian siap untuk dinikmati.
CHEESE GARLIC BREAD

BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 500gm tepung protein tinggi
- 260ml air
- 1 paket yis kering
- 1 sudu makan minyak
- 80gm gula halus
- Sedikit garam
Bahan inti :
- Keju mozarella secukupnya
- Sosej | ikut suka potong kecil
Bahan mentega bawang putih :
- 2- 3 sudu makan mentega
- 1 ulas bawang putih | dicincang
- Sedikit daun parsli
CARA MEMASAK :
1. Masukkan kesemua bahan-bahan untuk doh roti ke dalam 'breadmaker' (mesin pembuat roti)
2. Biarkan ia menguli hingga doh mengembang, dan tak melekat di tepi bread maker.
3. Keluarkan doh dari bread maker dan canai rata doh, letakkan atas dulang pembakar.
4. Susunkan keju dan sosej, cantum dan lipat dua doh. Kelarkan di atasnya
5. Tutup doh dengan kain, dan biarkan ia berehat selama 30 minit.
6. Panaskan oven ke suhu 180 darjah Celcius dan bakar hingga masak dan gebu.
KEK BATIK CREAM CHEESE

BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus biskut Marie coklat
- 250gm @ 1 ketul mentega
- 1 sudu makan pemanis @ treasure.sugar |* boleh ganti dengan 1 sudu makan gula
- 500gm krim keju
CARA MEMASAK :
1. Patah-patahkan biskut Maire berperasa coklat kepada kepingan kecil.
2. Kemudian cairkan mentega di atas api dan masukkan susu pekat manis, gula atau pemanis. Kacau rata.
3. Masukkan krim keju dan kacau rata, tutup api.
4. Cedok dan asingkan satu bekas ( 1 mug) daripada krim keju tadi.
5. Masukkan biskut Marie ke dalam krim keju yang telah siap tadi. Masukkan dalam tin pembakar bulat dan padatkan permukaannya.
6. Kemudian tuangkan 1 mug krim keju di atasnya.
7. Masukkan di dalam peti sejuk , biarkan beberapa jam sebelum dihidangkan.
Nasi Daging Air Asam Morocco ,Sajian Raya Istimewa Dari Chef Liza Zainol.

Chef Liza Zainol memang wanita luar biasa. Bakatnya bukan sahaja diwarisi oleh anaknya Chef Azrin Zuliani atau lebih dikenai sebagai Chef Erin tetapi kesemua lima anaknya mahir memasak. Paling mengkagumkan putera tunggal beliau seorang anak OKU, Mohamad Azrol Afifi juga boleh memasak makanan mudah.
Bekas guru bahasa Inggeris ini juga telah berjaya mengeluarkan produk makanan sendiri sambal Azza yang juga bakal disusuli dengan beberapa produk perencah dan rempah ratus yang lain. Harapannya adalah semoga anak-anak dapat meneruskan legasinya dalam bidang masakan dan menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang ini.
Bagi sajian Raya ni Chef Liza Zainol dan anaknya Chef Erin sudi berkongsi lauk Nasi Daging Air Asam Morocco.
Nasi Daging Air Asam Ala Moroccan
Bahan-Bahan :
- 4 cawan beras basmati
- 5 cawan air rebusan daging
- 1 cawan susu cair
- Garam secukup rasa
A: Bahan untuk direbus bersama daging :
- 1 kg daging /dipotong kiub (10 ketul)
- 1 sudu makan rempah kurma
- 4 kuntum bunga lawang
- 2 batang kulit kayu manis
- 3 ulas bawang merah /dikisar
- 3 ulas bawang putih /dikisar
- 3 sm halia – dikisar
- 1 sudu teh lada hitam/ditumbuk lumat
- 6 cawan air
B: Bahan untuk ditumis
- 2 sudu makan minyak sapi
- 2 labu bawang besar/ dihiris nipis
- 4cm halia
- 2 helai daun pandan pandan
- 1 sudu makan rempah Biryani
- 1 sudu makan rempah kari daging
Bahan air asam:
3 biji tomato merah
2 biji bawang besar/ hiris nipis
2 biji air asam limau/limau nipis
2 sudu makan sambal belacan
Cara Memasak:
1. Rebus daging bersama bahan A sehingga lembut, ketepikan
2. Tumis bahan B sehingga naik bau kemudian masukkan rempah biryani dan rempah kari daging.
3. Kemudian masukkan beras basmati, kacau dan tuang air rebusan daging dan susu cair, masukkan garam, biarkan mendidih..
4. Setelah beras tadi hampir kering, masukkan daging ke dalam nasi, dan masak lagi 15 minit. Sedia untuk dihidang dalam bekas tajin. (periuk tradisi Morocco)
5. Cara memasak air asam : Campurkan semua bahan di atas, garam dan gula secukup rasa.
6. Hidangkan bersama nasi daging.
TIP CHEF LIZA: Agar beras basmathi lembut dan gebu, rendamkan beras selama setengah jam bersama garam dan cuka.
Kek Karamel Pelangi Basah Basah Lembut Memang Tak Cukup Satu

Mungkin ada masih rasa sangsi nak membakar kek, takut menjadi ke sebaliknya. Resipi kek karamel pelangi kukus memberi anda idea untuk menghasilkan kek secara kukus. Hasilnya gebu dan lembut.
Bahan-bahan:
2 sudu besar gula kasar. (Taburkan dalam loyang bagi rata dan bakar dalam oven lebih kurang empat minit atau sehingga gula cair dan perang. Jangan bagi hangus. Ketepikan.
Bahan-bahan untuk karamel:
1 tin susu cair
1/3 cawan susu pekat. Kalau suka manis boleh tambah lagi
2 sudu besar tepung kastard
3 biji telur
2 biji kuning telur sahaja
Sedikit esen vanila
1. Kisar semua ni bagi sebati dan berbuih-buih.
2.Masukkan dalam loyang yang berisi gula hangus tadi. Kukus selama 20 atau 25 minit.( Jangan lama sangat)
Bahan-bahan untuk kek:
2 cawan @ 250gram tepung self raising (guna jenama mfm)
5 biji telur gred A
2 sudu besar gula kastor-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan susu pekat-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan minyak masak
(apa-apa minyak masak pun boleh, minyak jagung lagi elok)
Esen vanila sikit -BELI ONLINE DI SINI
Pewarna ikut nak letak warna apa -BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak:
1. Campurkan semua sekali dan kisar sampai putih dan gebu.
2.Kemudian boleh bahagikan apa saja warna yang korang nak.

4.Letak selang seli warna itu sampai habis.
5.Kemudian kukus selama satu jam kalau korang guna loyang 8 inci atau 9 inci.
6.Kalau loyang 5 inci boleh bahagi 6 atau 5. Loyang 6 inci dapat 4.Kukus selama setengah jam.
*satu pesanan terpenting. Api kukus jangan kuat. Steamer trio tak sesuai. Nanti kek korang terbantut tumbesarannya.
Kredit : Teratai Putih
ADA YANG NAK SHOPPING BARANGAN RUMAH, BOLEH LIHAT DI SINI
LIHAT JUGA RESIPI BERIKUT:
Whipping Cream Homemade Gerenti Segar. Guna Empat Bahan & Ais Aje.