Resipi sambal kicapni memang padu. Andai ke Johor, macam-macam makanan boleh dicicah dan dicampur dengan sambal kicap ni. Pisang goreng, sukun goreng, tempe goreng malah makan bersama sup pun padu. Nak buat tak susah pun dan bahan-bahannya pun ringkas je. Nak buat sendiri? Jom cuba resipi perkongsian saudari Hamizah Zakaria ni.
RESIPI SAMBAL KICAP NGENCES MELELEH
Ads
BAHAN-BAHAN:
12 biji cili padi
4 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi
Kicap secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak masak dan goreng cili padi dan bawang putih seketika. Angkat dan toskan minyaknya.
2. Tumbuk bahan-bahan goreng tadi hingga lumat.
3. Tuang kicap secukupnya dan perasakan dengan sedikit garam serta gula. Kacau hingga bahan perasa larut.
Ads
4. Akhir sekali, perahkan sedikit jus limau kasturi bagi menyedapkan lagi rasa sambal kicap.
5. Simpan dalam bekas bertutup yang bersih dan bolehlah dinikmati.
Ads
6. Sambal Kicap ini enak dinikmati dengan aneka makana goreng dan bersup mengikut citarasa serta selera masing-masing.
Bagaikan tidak lengkap menu harian tanpa sambal. Ia menjadi penyedap atau pembuka selera dalam hidangan. Banyak jenis sambal boleh diolah umpamanya dari mangga, terung pipit, belimbing dan sebagainya. Antara ialah sambal goreng, nampak mudah untuk dibuat tetapi sejauh mana kesedapannya. Ini cara membuat sambal goreng warisan oleh Lyana Hisham.
Makan berlauk acar ikan talang memang menyelerakan. Boleh bertambah makan nasi. Kalau dah teringin, jomlah masak dan cari ikan talang kering sebagai watak utama untuk menu ini. Buah-buah kering sebagai optional, nak masukkan boleh, tak nak masukkan pun boleh. Tapi kalau tambah lagi sedap.
ACAR IKAN TALANG
Bahan-bahan:
500g ikan talang kering- potong ikan talang jangan kecil sangat jangan besar sangat. Ambil bahagian isi. Lepas siap potong, rendam sekejap kemudian cuci hingga bersih.Keringkan,goreng isi tadi hingga garing. Dah siap toskan minyak, minyak yang goreng simpan.
Bawang besar, bawang putih dan halia. Kuantiti agak sesuai dengan kuantiti ikan.
Cili kering -dikisar
Bawang merah dan putih belah dua, halia potong mancis. Rendam semua ni dalam cuka. Jangan banyak sangat cuka. Nanti masam dan bau cuka.
Gula Melaka, lobak masin (basuh dulu), biji sawi, halba, kari ikan. Kemudian ambil serba sikit jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar, sangai sekejap dan kisar halus.
Cara memasak:
1.Panaskan minyak bekas goreng ikan talang tadi ni, tumis biji sawi dan halba. Dah naik bau masukkan bahan-bahan kisar tadi, bawang dan halia. Dah garing elok baru masukkan cili kisar. Tumis sampai betul-betul pecah minyak, baru la masukkan serbuk kari dalam 2 sudu, dan jintan yang dikisar tadi ni. Goreng sehingga pecah minyak. Baru masukkan gula Melaka. Masak lama sikit pun ok.
2. Bila bahan tumis dah masak elok, masukkan bahan-bahan yang direndam dengan cuka tadi. Masukkan sekali dengan cuka yang rendam tu.
3.Masukkan buah-buahan kering.
4.Masukkan lobak masin.
5.Masukkan ikan talang goreng tadi.Gaul sebati. Biarkan ia masak sampai pecah minyak sekali lagi. Kacau sekali sekala, jangan sampai hancur ikan. Biarkan acar ni atas api perlahan, bagi semua rasa sebati. Lagi lama lagi elok dan sedap.
6.Akhir sekali tabur bijan. Siap untuk dihidang. Sejukkan betul-betul sebelum letak dalam bekas. Kredit:Norshakinah Shaleh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Bagi peminat masakan pedas, sambal pastinya salah satu stok wajib ada di dapur masing-masing. Tak perlu lauk yang mewah dan bermacam jenis untuk menikkan selera. Andai ada sambal, cukuplah sekadar menambah telur goreng atau ikan goreng bersama hidangan sayur. Jom cuba resipi Sambal Tumbuk Berapi ni. Memang padu!
SAMBAL TUMBUK BERAPI
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis
Udang kering
Cili api
Bawang besar
Bawang putih
Asam keping
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili api. Jangan tumbuk terlalu halus.
2. Masukkan ikan bilis dan udang kering. Pecah-pecahkan.
3. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak kemudian tumis bahan tumbuk tadi hingga betul-betul garing.
4. Tambahkan garam secukup rasa dan juga 1 sudu gula. Sederhanakan api dan masak sambal hingga betul-betul kering.
5. Angkat dan tapis minyaknya. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas.