Tak susah nak buat resipi sambal kicap johor yang sedap, bahan yang digunakan pun sedikit tapi sambal kicap Johor ni lah yang buat orang ketagih makan bersama pisang goreng atau soto. Resipi sambal kicap Johor ni telah dikongsikan oleh Ani Zam di Facebook. Sekelip mata sahaja dah siap sambal kicap Johor kita ni. Apa tunggu lagi? Jomlah kita cuba resipi sambal kicap Johor ni.
SAMBAL KICAP JOHOR
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili padi hijau – BELI DISINI
5 ulas bawang putih – BELI DISINI
1 sudu makan gula pasir – BELI DISINI
1/2 cawan kicap manis – BELI DISINI
CARA PENYEDIAAN:
1. Goreng cili padi dan bawang putih menggunakan sedikit minyak, angkat kemudian masukkan ke dalam lesung batu.
2. Masukkan sekali gula. Tumbuk lumat dan masukkan pula kicap ke dalam lesung batu. Golek-golekkan anak lesung tu agar sebati. Kalau malas nak menumbuk guna lesung boleh guna DeRoyal 3 in 1 Cordless Chopper & Mixer dapatkan dengan harga istimewa guna code RASGSP5 DISINI
3. Sambal Kicap Johor paling ringkas dan sedap siap disediakan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Ani Zam
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA: