Jika anda peminat sambal, resipi Sambal Matah Ikan Bilis ni wajib masuk dalam senarai anda. Ada gabungan rasa pedas, masam dan aroma segar daun limau purut menjadikan hidangan ini simple tapi padu! Setiap suapan ada rasa “kick” yang tersendiri iaitu wangi serai, pedas cili padi, masam limau kasturi dan kerangupan ikan bilis yang garing sempurna. Jom cuba.

SAMBAL MATAH IKAN BILIS

Resipi Sambal Matah Ikan Bilis Yang Rangup & Cukup Rasa

Bahan-bahan:

  • 100gm ikan bilis

Bahan Sambal Matah:

  • 12 biji bawang merah
  • 12 biji cili padi merah
  • 2 batang serai | hiris halus
  • 8 helai daun limau purut | hiris halus
  • 4 sudu kecil mushroom seasoning
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil gula pasir
  • 4 biji limau kasturi
  • 1 biji limau nipis
  • 3 sudu besar minyak
  • ½ sudu teh belacan

Cara Memasak:

  1. Mula-mula, hiriskan bawang merah, cili padi, serai dan daun limau purut.
  2. Kemudian masukkan mushroom seasoning, garam, serbuk lada putih, gula, perahan limau kasturi, limau nipis, minyak dan belacan. Gaul rata.
  3. Gorengkan ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan.
  4. Tuangkan ikan bilis ke dalam Sambal Matah tadi. Gaul rata.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Resipi Sambal Matah Ikan Bilis Yang Rangup & Cukup Rasa

Resipi Sambal Matah Ikan Bilis Yang Rangup & Cukup Rasa

Resipi Sambal Matah Ikan Bilis Yang Rangup & Cukup Rasa

 

TONTON VIDEO PENUH DI SINI:

 

Ads

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Nak Buat Kuih Puteri Ayu Lembut & Gebu? Ini Caranya.

Resipi Sambal Ayam Cili Api Berasap Telinga Wehhh. Comfirm Berjurai Air Mata!

Ads

Rendang Ayam Mudah & Ringkas,Tak Pandai Masak Pun Gerenti Jadi.

Tambah Susu Tepung. Ini Rahsia Hasilkan Donat Pandan Yang Sedap & Gebu

 

Ads

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Resipi Sambal Matah Ikan Bilis Yang Rangup & Cukup Rasa

Dapatkan Pes Sambal Sekarang

Nak sambal cepat tapi sedap? Guna Pes Sambal ni, hasil pekat, pedas & padu setiap kali!

Beli Sekarang

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI