
Kalau masak lauk ni, memang nasi kena masak lebih. Walaupun sekadar bilis dan telur, percayalah hidangan ini memang ‘killer’. Sekali cuba, dua pinggan nasi pun habis.
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji bawang putih (tumbuk)
- 5 biji bawang merah (kisar)
- 1 sudu makan cili kisar
- Bilis (guna yang halus lagi sedap)
- 3 biji telur
- 1 biji ubi kentang | dikupas kulit dan dipotong panjang
- Minyak
- Garam secukup rasa
- Air asam jawa secukupnya
- Sedikit belacan
- Sedikit gula

CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak dan goreng kentang hingga kekuningan.
- Kemudian goreng ikan bilis menggunakan minyak yang sama hingga garing. Angkat.
- Masukkan bawang putih. Tumis sampai naik bau dan masukkan bawang merah yang telah dikisar. Bila dah garing elok, masuk cili kisar.
- Kemudian masukkan sedikit air asam jawa dan sedikit belacan. Masukkan juga garamsecukup rasa.
- Bila sambal masak dan naik minyak, perlahankan api. Buat lubang pada sambal dan pecahkn telur. Biar sehingga telur masak.
- Bila telur kelihatan hampir masak, masukkan bilis dan kentang goreng tadi. Jangan kacau sangat, tabur je.
- Siap dan sedia untuk dinikmati. Pasti makan nasi bertambah!

Kredit resipi & gambar: FB Nadia Mohamad
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Sup Telur Yang Mudah, Sedap & Cepat Masak

Sup Telur memang sangat mudah disediakan. Ia merupakan salah satu menu yang menyihatkan yang tidak memerlukan kos yang banyak untuk dimasak. Selain itu, ia juga sesuai untuk kanak-kanak terutamanya bagi yang ‘picky eater’, susah nak makan nasi dan juga si kecil yang baru nak tumbuh gigi. Jom cuba resipi perkongsian saudari Li Yow ni. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK SUP TELUR YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
3 biji telur gred A
1500ml air
Sayur campur secukupnya
2 biji cendawan – beli online disini
3 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 5 sudu makan air – beli online disini
½ kiub pati ayam – beli online disini
2 ulas bawang putih – dilenyek
Sedikit serbuk lada putih – beli online disini
Sedikit minyak bijan – beli online disini
Hirisan daun bawang secukupnya
½ sudu makan garam atau secukupnya
Dapatkan PRIMADA MIRCOCOMPUTER RICE COOKER dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan cendawan dan potong dadu mengikut saiz sayur campur.

2. Pecahkan telur ke dalam cawan. Tambah 1 sudu makan air dan sebatikan.

3. Sediakan juga air tepung jagung untuk mengentalkan sup nanti.
4. Didihkan air dalam periuk. Masukkan kiub pati ayam. Jika mahukan rasa yang lebih, boleh lebihkan jumlahnya. Boleh juga menambah bawang putih lenyek untuk menambahkan lagi rasa.

5. Bila kiub ayam telah larut dan air mendidih, masukkan kesemua sayur-sayuran. Masak selama 1 minit.

6. Kemudian masikkan bancuhan air tepung jagung secara perlahan-lahan.

7. Masukkan pula bancuhan telur secara perlahan-lahan dan senipis yang mungkin. Proses ini penting untuk memastikan telur tidak bergumpal.

8. Bila telur masuk ke dalam air, ia akan segera masak. Selesai masukkan telur, boleh terus tutup api.
9. Bila api padam, masukkan garam atau serbuk perisa dengan secukupnya.

10. Masukkan sedikit serbuk lada putih.

11. Tambahkan juga sedikit minyak bijan.

12. Ceduk sup ke dalam mangkuk hidangan. Masukkan hirisan daun bawang dengan secukupnya. Boleh juga tambah sedikit bawang goreng.

13. Sup Telur sedia untuk dinikmati. Selain telur, boleh juga masukkan hirisan ayam atau udang.

INFO: Cara yang mudah untuk menghasilkan telur yang nipis dan halus adalah, guna mug penyukat yang ada muncung untuk memudahkan kerja menuang bancuhan telur.
Kredit resipi & foto: Li Yow
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Kerabu Kuning Sedap. Masak Sendiri Baru Puas Makan.
Resipi Rojak Ayam Sedap. Masak Sendiri Puas Hati & Lebih Jimat
Cara Masak Oden Homemade Ala Family Mart. Sedap & Puas Makan
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Kurma Telur Gaya Rumah Mak – Dengan Kentang & Tauhu Rangup!

Nak menu lauk yang simple tapi power untuk makan tengah hari? Cubalah Kurma Telur ni. Kuahnya pekat berempah, ada rasa lemak santan, ditambah pula dengan kentang dan tauhu. Confirm padu! Yang suka pedas, kita letak sekali cili padi. Gigit je terus “boom”! 🔥
Resipi ni hasil perkongsian Nurul Ateekah, confirm berbaloi cuba. Jom tengok cara masak!
KURMA TELUR BERSAMA KENTANG DAN TAU KUA (TAUHU)

BAHAN-BAHAN:
8 biji telur – direbus
8 sudu makan serbuk kurma – beli online disini
1 sudu teh serbuk sup – beli online disini
½ cawan air
1/2 biji bawang besar – dihiris – beli online disini
2 cm halia – dihiris – beli online disini
3 ulas bawang putih – dihiris
8 biji cili padi merah – beli online disini
9 biji cili padi hijau – beli online disini
2 biji buah pelaga – beli online disini
2 kuntum bunga cengkih – beli online disini
1 kuntum bunga lawang – beli online disini
1 keping kulit kayu manis – beli online disini
1 helai daun pandan – disimpul
1 kiub pati ayam – beli online disini
2 sudu makan santan kotak – beli online disini
1 -1½ cawan air
1 biji ubi kentang – dipotong & digoreng – beli online disini
1 keping (besar) Tau Kua @ tauhu – dipotong & digoreng
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah – beli online disini
4 ulas bawang putih – beli online disini
5 tangkai cili kering – beli online disini
(kisar sehingga lumat)

CARA MEMASAK:
1. Campurkan serbuk kurma, serbuk sup dan air. Gaul sebati jadi pes. Ketepikan dulu.
2. Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan, bawang putih, halia dan daun pandan sampai naik bau.

3. Masukkan bawang merah, tumis sampai keperangan.

4. Tambah bahan kisar (jika ada) dan masak sampai pecah minyak.

5. Masukkan pes rempah kurma yang dah dibancuh tadi. Tumis sampai rempah betul-betul masak. Masukkan cili padi.

6. Tuang santan dan air, kacau sebati.

7.Masukkan kentang, tauhu goreng, telur rebus dan kiub pati ayam. Didihkan sampai kentang empuk dan kuah pekat.

8. Perasakan dengan garam. Siap!

Tips Tambahan:
Nak lebih berlemak? Guna santan segar.
Boleh juga tambah lobak merah atau suhun ikut selera.
Kalau tak suka pedas, boleh skip cili padi.
Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Masak Ayam Sambal Bali Paling Mantap. Ikut Resipi Ini Pasti Jadi
Guna Banyak Bawang Goreng, Ini Rahsia Daging Masak Hitam Jadi Lebih Sedap
Kulit Rangup, Inti Enak. Resipi Karipap Ikan Ni Memang Terlajak Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Telur Dadar Kentang Cheese, Menu Next Level Patut Cuba. Makan Tanpa Nasi Pun Sedap

Telur dadar kentang cheese, menu yang perlu anda cuba. Biasa kita dengar telur dadar biasa ataupun telur dadar mayonis. Nak sedikit kelainan boleh buat telur dadar kentang dengan cheese ini.
Menu yang mengenyangkan dari telur dan kentang selain penuh rasa krim dari keju, pasti buat anda sekeluarga teruja nak cuba. Tak perlu makan dengan nasi, makan begitu sahaja pun sedap.
Nak lebih rasa boleh dicicah bersama sos dan juga sayur-sayuran. Sesuai juga jadi menu untuk anda yang sedang berdiet.
TELUR DADAR KENTANG CHEESE

BAHAN-BAHAN:
- 4 biji kentang (dadu halus)
- 1 biji bawang besar (potong kasar)
- 3 keping daging burger (Boleh gunakan chicken atau meat ham. Hancurkan & goreng sebentar)
- 5 keping cheese
- 5 biji telur
- Sedikit garam & lada

CARA MEMASAK:
- Goreng kentang dan bawang dengan sedikit minyak. Goreng sampai kentang lembut dan lenyek-lenyek sampai tekstur kentang jadi macam mash potato. Tidak perlu halus sangat biar kasar-kasar sedikit.
- Dalam bekas yang lain pukul telur dengan garam dan sedikit lada.
- Masukkan kentang yang dilenyek tadi. Gaul sekata.
- Panaskan non stick pan dangan sedikit minyak. Masukkan separuh adunan dan susun cheese kat atas. Gunakan cheesedale dan mozarella.
- Taburkan kepingan daging burger hancur yang digoreng sebentar. Letak lagi selapis lapisan cheese.
- Kemudian masukkan lebihan adunan tadi untuk tutup bahagian atas.
- Tunggu 5 minit balikkan adunan tadi. Agak-agak dalam 7 minit sudah masak boleh angkat.

KREDIT GAMBAR & MASAKAN: Aida Ismail
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tip Buat Sambal Telur Rebus Yang Sedap Ada Umphhh! Kena Letak Sikit Jus Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

