Resipi Sambal Pecah Telur. Siap Ada Bilis Garing & Kentang. Ada Lauk Ni Nasi Memang Kena Masak Lebih

Share

Kalau masak lauk ni, memang nasi kena masak lebih. Walaupun sekadar bilis dan telur, percayalah hidangan ini memang ‘killer’. Sekali cuba, dua pinggan nasi pun habis.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji bawang putih (tumbuk)
  • 5 biji bawang merah (kisar)
  • 1 sudu makan cili kisar
  • Bilis (guna yang halus lagi sedap)
  • 3 biji telur
  • 1 biji ubi kentang | dikupas kulit dan dipotong panjang
  • Minyak
  • Garam secukup rasa
  • Air asam jawa secukupnya
  • Sedikit belacan
  • Sedikit gula

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dan goreng kentang hingga kekuningan.
  2. Kemudian goreng ikan bilis menggunakan minyak yang sama hingga garing. Angkat.
  3. Masukkan bawang putih. Tumis sampai naik bau dan masukkan bawang merah yang telah dikisar. Bila dah garing elok, masuk cili kisar.
  4. Kemudian masukkan sedikit air asam jawa dan sedikit belacan. Masukkan juga garamsecukup rasa.
  5. Bila sambal masak dan naik minyak, perlahankan api. Buat lubang pada sambal dan pecahkn telur. Biar sehingga telur masak.
  6. Bila telur kelihatan hampir masak, masukkan bilis dan kentang goreng tadi. Jangan kacau sangat, tabur je.
  7. Siap dan sedia untuk dinikmati. Pasti makan nasi bertambah!

Kredit resipi & gambar: FB Nadia Mohamad

Published by
Nur