Sambal Penyet ni memang sedap dan boleh tahan lama. Sesuai dijadikan stok di dalam peti sejuk. Jika tiba-tiba teringin nak makan pedas, ceduk sahaja dan makan bersama ikan goreng, ayam goreng, ulam-ulaman dan juga nasi panas. Sangat membuka selera. Nak cuba? Saudari Zurina Zulkefli ada kongsikan resipinya. Jom try!
CARA BUAT SAMBAL PENYET SEDAP TANPA GUNA BANYAK BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 7 biji tomato merah
- 5 biji cili merah
- 20 tangkai cili padi merah
- 2 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Sedikit belacan
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan 1/2 cawan minyak masak di dalam kuali.
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga berbau wangi.
3. Kemudian masukkan tomato. Masak hingga lembik.
4. Seterusnya masukkan cili merah, cili padi dan belacan. Gaul sebati bersama tomato tadi.
5. Padamkan api dan biarkan bahan gorengan di dalam kuali menjadi suam.
6. Masukkan bahan bergoreng tadi ke dalam pengisar. Kisar jangan terlalu kerap bagi mengelakkan sambal menjadi terlalu halus. (INFO RASA: kalau nak tumbuk guna lesung batu pun boleh)
7. Sesudah dikisar, masukkan Kembali bahan kisaran ke dalam kuali. Masak lagi hingga warna sambal menjadi lebih gelap dan pecah minyak.
8. Perasakan sambal dengan garam dan gula secukup rasa.
9. Angkat, sejukkan sambal barulah disimpan dalam bekas bersesuaian.
10. Sambal Penyet ini sedap dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng.
Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
Sambal Penyet lebih mudah dikisar menggunakan PENGISAR KERING. Boleh dapatkan DISINI mengikut bajet anda.
Nak beli LESUNG BATU? Pun boleh beli online DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Aneka Resipi Telur Dadar Yang Diolah. Lebih Sedap & Mudah Masak.
Resipi Sup Telur Chinese Style. Simple, Jimat & Sangat Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Japanese Cotton Cheese Cake Lelaki Ini Dikongsi Ribuan Wanita. Mesti Sedap tu!
Kek keju sememangnya antara kek yang paling digemari ramai. Pun begitu kalau tak kena cara buatnya, kek jadi keras dan pastilah tak sedap. Untuk anda yang tercari-cara resipi Japanese Cotton Cheese Cake, ini satu lagi cara yang boleh anda cuba. Resipi yang dikongsi oleh Azizi Rais di laman FB, telah dikongsi hampir 3000 peminat kek dan wanita yang suka baking. Kek ini diberitahu sangat moist, spongy dan boleh menari gedik kalau digoyangkan. Wah bungyinya memang sungguh mengujakan. Inilah kejadian kek yang jadi idaman setiap penggemar kek atau baker dan homebaker. Jom kita cuba jom.
JAPANESE COTTON CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN:
- 6 bj telur ( asingkan kuning dan putih )
- 60 gm self raising flour
- 20 gm corn flour
- 100 gm icing sugar
- 100 ml fresh milk
- 50 gm butter
- 250 gm cream cheese
CARA MEMBUAT:
- Satukan cream cheese, butter, fresh milk.. cairkan menggunakan api yang sangat perlahan. ( sy gunakan microwave ja…1 minit…setel ! )
Kacau sebati sehingga cream cheese tadi cair dan sebati menjadi adunan likat dan tidak berketul. - Masukkan kuning telur.. dan kacau sebati.. ( pakai sendok ja..) dan masukkan tepung2 ..dan gaul sebati lagi. ( jgn overbeat ).
- Pukul putih telur separuh kembang…selepas itu masukkan icing sugar dalam putih telur tadi sambil pukul sampai kental .
4. Masukkan 1/3 daripada putih telur tadi dalam adunan. Kacau sebati ( guna sendok dan kacau 1 arah saja ) kalau buat 2 adunan.. gunakan mangkuk besar.. Gunakan tangan untuk gaul. Kemudian. masukkan lebihan putih telur dalam adunan. Kacau sampai semua sebati ( kaup balikkan )
5. Tuang adunan dlm loyang yang dilapik dengan parchment paper @ kertas minyak. ( jgn gris loyang tersebut ! )
6. Letakkan dalam tray.. dan tuangkan air panas ke dalam tray tu ( water bath )
7. Bakar suhu 160’c selama +- 45 ke 1 jam.. atau bahagian atasnya sudah golden brown. Boleh juga diuji dengan cucuk lidi..
TIP DRP ARIS AZIZ:
- Biarkan pintu oven terbuka sikit slps masak… slps 30 mnt..br kluarkan ( xnak kek tu terkena strok perubahan suhu ) .
- Bila dah betul2 sejuk .. br kluarkan dr loyang ..cuba goyangkan.. kek tu akan kelihatan bergegar ..
- Lebih mudah dipotong jika sudah disejukkan semalaman… ataupun dipotong menggunakan pisau yg direndam dgn air panas..
Selamat mencuba !
Lihat juga resipi ini: http://www.rasa.my/kek-keju-jepun-yang-gebu-terus-terdiam-bila-masuk-dalam-mulut/
LAGI INFO BERGUNA YANG BOLEH MEMBANTU:
Teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar.
* Untuk mengelakkan kek mengecut tiba-tiba, biarkan ia berada dalam oven selepas masak untuk seketika (dalam 20 minit). Biarkan pintu oven terbuka sedikit. Kek ini akan masak sekiranya ia lekang dari loyang.
* Kek ni pun tricky di bahagian meringue dia. Kalau tak jadi kat meringue tu, kek takkan gebu.
6 Koleksi Lauk Seafood Baba Nyonya Pikat Selera Semua Kaum.
Negara kita mempunyai pelbagai kaum dan keturunan termasuklah keturunan Baba Nyonya atau Peranakan. Keturunan ini banyak terdapat di Melaka dan Pulau Pinang. Masakan mereka juga banyak dipengaruhi dengan kaum lain seperti Melayu, India dan Cina namun ada perbezaan dan ciri tertentu. RASA kongsikan 6 resipi berasaskan makanan laut Baba Nyonya untuk kamu cuba.
JIU HU CHAR
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor sotong kembang | potong panjang
- 1/2 biji lobak merah | potong julliene
- 1 biji Benggala hijau |potong julliene
- 1/2 biji kubis | potong kasar
- 1 paket cendawan
BAHAN-BAHAN UNTUK MENUMIS:
- 5 biji bawang merah | hiris nipis
- 3 ulas bawang putih | hiris nipis
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan minyak bijan
- ½ mangkuk air
- 1 sudu makan minyak masak untuk menggoreng
- Sedikit garam dan gula
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan sos tiram, minyak bijan dan sedikit air.
- Masukkan sotong, goreng sehingga lembut. Kemudian masukkan bahan-bahan lain seperti lobak merah, cili Benggala hijau, kubis dan cendawan.
- Akhir sekali masukkan perasa seperti garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh juga masukkan sengkuang untuk lebih sedap.
UDANG MASAK LEMAK NANAS
BAHAN-BAHAN:
- 10 ekor Udang XL | potong janggutnya dan bersihkannya
- 1 biji nanas | potong dadu
- 2 biji tomato | belah empat
- 2 biji cili merah | hiris
- 2 keping asam gelugur
- 2 batang serai | titik
- 1 helai daun kunyit | koyakkan
- 1 mangkuk santan
- ½ mangkuk air
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR:
- 8 biji cili api
- 3 biji bawang merah
- 1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Di dalam periuk masukkan bahan-bahan kisar, serai dan air ke dalam periuk.
- Renehkan seketika sehingga bahan-bahan kisar masak. Kemudian masukkan nanas dan asam gelugur, biarkan ia masak seketika.
- Apabila sudah mendidih, masukkan santan, udang, tomato dan cili merah. Biarkan udang masak dan masukkan daun kunyit.
- Akhir sekali perasakan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan angkat.
- Sedia dinikmati bersama nasi putih panas.
Info chef: Udang tak perlu dibuang kulit.
SOTONG MASAK SAMBAL PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 1 papan petai | buang kulit
- 10 ekor sotong basah | potong, belah, kelar (tanpa putus)
- 1 mangkuk cili kering yang dikisar
- 7 biji bawang merah | dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 1 sudu makan pes tomato
- ½ mangkuk air asam jawa
- 2 biji tomato | dibelah 4
- 1 labu bawang besar | hiris
- 3 sudu makan minyak untuk menggoreng
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Dalam kuali, panaskan minyak dan goreng sebentar petai. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan yang dikisar seperti cili kisar, bawang merah dan bawang putih.
- Kemudian masukkan pes tomato, air asam jawa dan biarkan ia masak seketika.
- Apabila ia sudah mendidih, masukkan udang dan petai.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan tomato dan hirisan bawang besar.
Info chef: Enak dinikmati bersama nasi putih panas.
KETAM SAMBAL NYONYA
BAHAN-BAHANNYA:
- 3 ekor ketam | bersihkan
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk kunyit
- Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
- 4 biji bawang merah | hiris nipis
- 3 ulas bawang putih | hiris nipis
- 1 sudu makan serbuk kari ikan
- 1 sudu makan taucu
- 2 tangkai daun kari
BAHAN-BAHAN LAIN:
- ½ mangkuk air asam jawa
- Minyak untuk menggoreng
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ketam dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng ketam seketika dan angkat. Ketepikan.
- Tumis bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga terbit bau. Kemudian masukkan taucu dan serbuk kari ikan.
- Biarkan ia masak seketika dan masukkan air asam jawa.
- Apabila ia mereneh, masukkan perasa seperti garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Kalau mahu lebih pedas, boleh masukkan sedikit cili kisar ketika menumis.
KARI BEBOLA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
UNTUK BEBOLA IKAN:
- 500gm isi ikan Tenggiri
- 1 sudu makan tepung jagung
- Air garam secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
- 5 biji bawang merah | kisar halus
- 3 ulas bawang putih | kisar halus
- ½ inci halia | kisar halus
- ½ inci lengkuas | kisar halus
- 4 batang cili merah | kisar halus
- 1 mangkuk air asam jawa
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu makan jintan manis
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN SAYURAN:
- 1 batang terung | potong panjang
- 2 biji tomato | belah 4
- 5 batang bendi
CARA MEMASAK:
- Kikis kulit ikan tenggiri, ambil isi ikannya sahaja.
- Kemudian hancurkan isi ikan tenggiri dengan lumat dan masukkan air garam serta tepung jagung. Adun hingga boleh membentuk doh untuk membuat bebola ikan. Ketepikan.
- Untuk membuat kari; tumis bahan-bahan yang telah dikisar halus seperti bawang merah, bawang putih, cili merah, halia dan lengkuas ke dalam periuk.
- Selepas itu masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis dan kacau sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan air asam jawa dan biarkan ia mereneh seketika.
- Bentukkan bebola ikan dan masukkan ke dalam renehan tumisan tadi.
- Setelah bebola itu terapung ke atas bermakna bebola itu sudah masak.
- Kemudian masak masukkan sayur-sayuran seperti terung, tomato dan bendi sehingga separuh masak.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh juga masukkan cili hijau untuk lebih sedap.
IKAN TENGGIRI CHUAN CHUAN
BAHAN-BAHAN:
- 3 keping ikan tenggiri
- Kunyit dan garam secukupnya
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
- 3 biji bawang merah | hiris
- 2 ulas bawang putih | hiris
- 1 biji cili merah | hiris
- 1 sudu makan taucu
- ½ mangkuk air asam jawa
BAHAN-BAHAN HIASAN:
- Bawang goreng secukupnya
- Hirisan daun bawang secukupnya
CARA MEMASAK:
- Lumur ikan dengan kunyit dengan garam. Goreng ikan tenggiri sehingga garing. Ketepikan.
- Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan hirisan cili merah sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan taucu dan masukkan air asam jawa.
- Biarkan kuahnya pekat sedikit. Apabila pekat, masukkan sedikit gula dan sedikit garam secukup rasa. Kacau sekata.
- Setelah masak. tuangkan kuah ke atas ikan tenggiri yang telah digoreng tadi.
- Akhir sekali tabur bawang goreng dan daun bawang sebagai hiasan.
Info chef: Rasa taucu sudah masin. Tidak perlu tambah garam jika anda seorang yang kurang masin.
Kongsi Resipi: Resipi: Terima kasih Suhaili Mohd Noor, Seri Kembangan, Selangor.
Lima Menu Makan Malam Inspirasi Gerai Masakan Panas Paling Sedap.
Masakan panas memang menjadi kegemaran ramai terutamanya bila tiba waktu makan malam. Sajiannya tidak terlalu berat namun sangat sedap dan membuka selera. Bagi anda yang tercari-cari idea hidangan makan malam terbaik yang mudah dan sedap, seleksi menu hidangan makan malam gaya gerai masakan panas perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni boleh dicuba.
KOLEKSI RESIPI SAJIAN MAKAN MALAM MUDAH & SEDAP
1. KUETIAU KUNGFU
BAHAN A:
- 1 cawan kuetiau
- 1 biji telur
- Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
BAHAN B:
- 3 ulas bawang putih – ketuk
- 100gm isi ayam
- 2 ekor sotong – hiris
- 3-4 ekor udang
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- Secubit serbuk lada hitam
- Sedikit serbuk rempah sup
- 1 gelas air
- Sedikit hirisan bunga kubis
- Sedikit hirisan lobak merah
- Sedikit hirisan sayur kalian
- 2 sudu makan putih telur
- 1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 5 sudu makan air
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bilas kuetiau dengan air panas. Toskan dan masukkan ke dalam pinggan.
- Pecahkan 1 biji telur dan perasakan dengan secubit garam serta lada sulah. Gaul sebati.
- Panaskan minyak masak dan goreng kuetiau tadi hingga garing. Angkat.
- Untuk kuah, tumis bawang putih guna lebihan minyak menggoreng kuetiau tadi hingga wangi.
- Masukkan isi ayam. Goreng seketika. Kemudian masukkan sotong.
- Tambah serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Tambahkan juga serbuk rempah sup. Kacau sebati.
- Masukkan air dan hirisan bunga kubis. Masak hingga lembut. Boleh masukkan udang jika suka.
- Tuang air bancuhan tepung jagung dengan secukupnya. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Bila rasa sudah cukup, tuang putih telur dan kacau laju.
- Masukkan kalian dan lobak merah. Biar seketika.
- Padam api dan tuang dalam pinggan berisi kuetiau. Sedia untuk dinikmati.
2. MAGGI KARI TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus mi segera perisa kari
- 1 keping kecil isi ayam – hiris
- 1 ekor sotong – hiris
- 3-4 ekor udang
- 1 sudu makan pes tomyam
- 1 1/2 cawan air
- 1 sudu makan sos cili
- 1/2 sudu makan sos tiram
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit bunga kubis
- Sedikit sayur kalian
- 3 biji cendawan butang – hiris
- 1/2 biji tomato – hiris
- 3 ulas bawang putih – tumbuk
- 1/4 biji bawang holland – hiris
- 3 helai daun limau purut
- 1 batang serai – dipotong tiga
- 1 hiris lengkuas
- 1 hiris nipis halia
- 2 biji cili padi
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang holland, daun limau purut, serai, halia, lengkuas dan cili padi hingga wangi dan keperangan.
- Bila sudah naik bau, masukkan hirisan isi ayam. Tambahkan juga pes tomyam.
- Masukkan air dan juga perencah mi segera. Kacau rata.
- Untuk memekatkan kuah, tuang sos cili dan sos tiram. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
- Kemudian masukkan hirisan bunga kubis. Masak hingga lembut.
- Tambahkan juga hirisan cendawan, kalian dan juga tomato.
- Masukkan hirisan sotong, udang dan juga mi segera.
- Masak sekitar 1-2 minit hingga mi lembut.
- Sedia untuk dinikmati.
3. MAGGI GORENG SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus mi segera perisa kari
- 1 biji bawang merah (saiz syiling 10 sen) – tumbuk
- 1 ulas bawang putih – tumbuk
- 2 biji cili padi – tumbuk
- 1/2 sudu teh cili boh @ cili kisar
- 3-4 ekor udang
- 1 ekor sotong – hiris bulat
- Sedikit hirisan kek ikan @ fishcake
- 1 sudu makan kicap sotong
- 2 sudu makan kicap lemak manis
- 1 sudu makan sos cili
- 1/2 sudu teh sos tiram
- 1/2 sudu makan gula
- 1/2 cawan air
- Sedikit hirisan kubis
- Sedikit hirisan lobak merah
- Sedikit sawi
- Tauge secukupnya
- Cili padi – hiris
CARA MEMASAK:
- Didihkan air. Celur sebungkus mi segera dalam dua hingga tiga minit. Toskan.
- Kemudian rebus sekejap udang. Kupas kulitnya.
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing.
- Masukkan cili boh atau cili kisar. Kemudian tuang sepaket rencah kari mi segera tadi.
- Kemudian masukkan sotong yang telah dihiris bulat dan dibuang kulit. Untuk tambahan, boleh masukkan sedikit hirisan kek ikan.
- Tambahkan kicap sotong, kicap lemak manis, sos cili, sos tiram dan gula sebagai perasa. Gaul sebati.
- Tuang 1/2 cawan kecil air dan masukkan hirisan kubis dan lobak merah. Bila kubis layu, masukkan sawi, tauge dan cili padi.
- Masukkan mi segera yang telah dicelur tadi. Biarkan sebati dengan kuah. Kacau sehingga sedikit kering.
- Tutup api selepas mi segera goreng masak dengan sempurna. Nikmati segera.
4. MI BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 paket mi kuning – lalukan di bawah air terlebih dahulu
- Isi dan kaki ayam secukupnya – jika suka
- 4 ulas bawang putih – ketuk
- 1/2 biji bawang holland – hiris
- Sedikit serbuk lada hitam
- 5 cawan air
- Hirisan fishcake dan fishball secukupnya
- Sedikit hirisan kubis, lobak merah, tomato, sawi & cili merah
- Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih, bawang holland dan serbuk lada hitam hingga wangi.
- Masukkan isi ayam dan kaki ayam. Gaul rata.
- Tambahkan air dan biar hingga kaki ayam empuk. Jika perlu, tambah air dengan secukupnya.
- Masukkan hirisan fishcake dan fishball. Masukkan juga hirisan kubis.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
- Seterusnya masukkan mi. Biar hingga urat mi menjadi kembang.
- Tambahkan sayur-sayuran yang lain dan padamkan api.
- Sedia dinikmati bersama sos cilia tau sambal kicap sebagai penambah rasa.
5. MI GORENG KETAGIH
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 paket mi kuning – basuh dan tos
- 1 keping isi ayam – hiris
- 1 ekor sotong – hiris
- Udang secukupnya
- 1 biji telur
- 1/2 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan kicap pekat
- 5 sudu makan kicap lemak manis
- 5 sudu makan kicap cair
- 1 sudu makan kicap sotong
- 4 sudu makan sos cili
- Hirisan sawi, tauge dan cili merah secukupnya
BAHAN TUMBUK:
- 2 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji cili padi merah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sehingga wangi bahan tumbuk tadi.
2. Kemudian masukkan isi ayam yang dihiris nipis serta lebar. Gorenmg seketika.
3. Kemudian masukkan kicap pekat, kicap lemak manis, kicap cair, kicap sotong dan sos cili.
4. Masukkan pula hirisan sotong dan tambahkan air.
5. Seterusnya masukkan mi ke dalam kuali. Gaul hingga sebati.
6. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
7. Setelah urat mi menjadi lembut, masukkan udang. Selepas seminit dua, pecahkan telur. Gaul sebati.
(Pastikan ada baki kuah dalam mi. Jika kering, masukkan sedikit air lagi sebelum dipecahkan telur)
8. Masukkan sawi, tauge dan hirisan cili merah. Kacau seminit sebelum ditutup api.
9. Mi Goreng sedia untuk dihidangkan. Nikmati bersama sambal cili, keropok ikan dan sedikit perahan jus limau nipis untuk rasa lebih enak.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Nak cari aneka ‘HOME APPLIANCES’ yang terbaik & ‘value for money’? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Koleksi Resipi Donut Gebu Popular, Dapat Ribuan Share Di FB.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official