Anda dan keluarga suka makan ikan bakar? Ini dia resipi Sambal Perap Ikan Bakar perkongsian saudari Hazarina Zaini yang anda boleh cuba. Masak dan simpan dalam botol atau bekas. Boleh dijadikan stok di dalam peti sejuk. Bila-bila nak masak, tinggal ceduk dan lumur je. Mudah kan? Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMBUAT SAMBAL PERAP UNTUK MASAK IKAN SIAKAP BAKAR
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan siakap
Garam
Serbuk kunyit – beli online disini
Daun pisang secukupnya
Minyak masak
Gula melaka @ gula kabung – beli online disini
Air asam jawa secukup rasa
Daun pandan
Garam dan serbuk cukup rasa
2 biji limau kasturi
BAHAN SAMBAL PERAP:
20 tangkai cili kering @ cili kisar – beli online disini
1 biji bawang merah besar – beli online disini
4-5 ulas bawang putih – beli online disini
1 inci halia – beli online disini
1.5 inci belacan bakar – beli online disini
6 helai daun kunyit
5-6 helai daun kesum
1 batang serai
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan. Kelar isinya kemudian lumur garam dan serbuk kunyit di kedua-dua belah. Biarkan seketika.
2. Untuk menyediakan sambal, kisar semua bahan sambal perap hingga halus.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Minyak perlu banyak supaya sambal betul-betul masak. Masukkan bahan kisar tadi.
4. Kacau bahan tumis setiap 5 minit supaya tidak hangit.
5. Bila sudah pecah minyak, masukkan gula melaka, air asam jawa secukupnya dan daun pandan.
6. Rasa dan jika perlu, masukkan garam dan serbuk secukup rasa diikuti perahan limau kasturi. Gaul rata dan pastikan rasa masam manis cukup sempurna. Padamkan api.
7. Ambil daun pisang dan letak sedikit sambal.
8. Letakkan ikan untuk dibakar.
9. Lumur sambal pada bahagian sebelah lagi dan tutup dengan daun pisang.
10. Bakar ikan guna api sederhana @ perlahan ikut pan masing-masing. Bakar selama 15 minit.
11. Selepas itu terbalikkan dan bakar sebelah lagi hingga ikan masak sempurna.
12. Ikan Bakar sedia dimakan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.
Kredit resipi & foto: Hazarina Zaini
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official