Pernah rasa Sambal Putik Pauh? Menu ini juga dikenali dengan nama Sambal Mangga Muda Cara membuatnya cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Namun rasanya sangat enak dan menaikkan selera makan. Cubalah. Pasti kena dengan selera. Saudari Naeamah Balqis ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba
CARA MEMBUAT SAMBAL PUTIK PAUH (MANGGA MUDA)
BAHAN-BAHAN: 2 ekor ikan selayang @ sardin – direbus/dipanggang/digoreng Mangga muda secukupnya 6 biji cili padi Garam secukup rasa (beli online disini)
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan cili, buang tangkainya dan tumbuk menggunakan lesung.
2. Tumbuk cili sedikit kasar, kemudian masukkan garam secukupnya. Jika suka sambal sedikit manis, boleh juga letak sedikit gula.
3. Tumbuk lagi hingga cili menjadi lumat.
Ads
4. Masukkan hirisan mangga muda (diracik bersama kulit) dengan secukupnya.
5. Tumbuk sedikit mangga tadi supaya sebati dengan cili.
6. Masukkan isi ikan sardin yang telah diasingkan tulangnya.
7. Tumbuk lagi hingga semua bahan sebati dan rata.
Menu Sambal Ikan Bilis tentunya ada pelbagai versi namun resipi yang dikongsi oleh saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni memang mudah dan sedap. Sesuai dinikmati dengan nasi putih, pulut dan sebagainya. Kalau nak dimakan Bersama lontong atau nasi impit dan ketupat pun sedap. Rugi kalua tak cuba. Jom lihat bahan-bahan dan cara memasak menu ini.
SAMBAL TOMATO IKAN BILIS GORENG
BAHAN-BAHAN:
1/2 mangkuk ikan bilis (mangkuk gulai)
1 inci belacan
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula – boleh ubahsuai ikut selera
1 inci gula melaka
Sedikit minyak masak
BAHAN TUMBUK KASAR:
4 biji cili merah – potong kasar
2 biji tomato – belah 8
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. Kemudian goreng pula belacan. Angkat.
2. Seterusnya dengan guna minyak yang secukupnya, goreng bahan yang ditumbuk kasar hingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan ikan bilis dan belacan goreng tadi. Gaul sekejap.
4. Masukkan pula gula melaka dan masak hingga hancur barulah dimasukkan garam serta gula.
5. Rasa sambal dan tambah perasa jika ada kekurangan.
Di kalangan warga selatan atau Johor, sup tulang merah ni memang cukup popular. Dihirup begitu sahaja atau makan dengan nasi dan roti, perrghh past ilicin pingan. Menurut empunya resipi Lailawati Ahmad sup ni main campak aje, InsyaAllah menjadi. Senang la kot membuatnya.
Kata empunya resepi sup tulang merah atau Bonesteak main campak taruk je ok. Nak tahu jadi ke tidak kenalah cuba kan..
SUP TULANG MERAH
BAHAN-BAHAN : • 6 kg tulang kaki kambing
Bahan-bahan rempah:
• 2 cawan sos cili
• 1 1/2 cawan sos tomato
• 1 cawan tomato puri
• 4 cawan lada kering blend (nak lebih pun ikut suka)
• Bawang merah 1 cawan setengah (bersihkan)
• Bawang besar 2 hingga 3 biji (bersihkan)
• Bawang besar dan bawang merah bersihkan | kisar
• Halia besar ibu jari kaki, | belah dua ketuk dengan pisau besar untuk pecahkan dia
• Garam secukup rasa
• Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Basuh bersih tulang-tulang lepas tu masukkan dalam periuk yang sesuai.
2. Masukkan bahan-bahan rempah dalam periuk yang ada tulang tadi, masa ni boleh letak garam dan gula sedikit.
3. Bila dah nak dekat masak tulang-tulang tu baru perasakan lagi sama ada cukup atau tak masin manis pedasnya.
4. Letak sedikit air sampai tutup semua tulang-tulang tadi.
5. Masak dengan api sederhana besar selama 1 setengah jam hingga ke 2 jam sampai daging yang ada dekat tulang-tulang tu lembut.
6. Setiap 10-15 minit kacau-kacau sup tu, bila daging yang ada dekat tulang-tulang tu dah agak lembut bermakna sup tulang kita dah ready.
7. Kalau masih belum lembut boleh tambah air sikit dan masaklah sampai nak pekat mana kuah tu, boleh tutup api dan sedia untuk dimakan, jangan lupa tabur hirisan sayur kobis ye.
. Resepi: Lailawati Ahmad FB : Petua & Resepi CitarasaKu
Quiche Ayam tentunya tidak asing lagi bagi para peminat pastri. Sangat sedap dan membuka selera lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Tekstur doh pastrinya yang rangup dan lemak ditambah pula dengan inti yang berkrim, menjadikan hidangan ini sebagai sajian yang sempurna sekali. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan tentunya menambat selera semua. Bagi anda yang nak cuba, Puan Ilham KZ IkhtiarHamil ada kongsikan resipi mudah. Jom lihat cara-cara penghasilannya.
CARA-CARA: 1. Satukan tepung, garam dan gula biar sebati. 2. Masukkan mentega. Ramas sehingga jadi seperti serbuk roti. 3. Kemudian masukkan air sejuk sesudu demi sesudu dan uli doh sehingga tidak melekat pada permukaan. 4. Bulatkan doh, balut dalam cling film / plastik dan simpan peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit. 5. Keluarkan doh, bahagi dua dan letakkan ke dalam acuan yang telah di griskan dengan minyak. Tekan-tekan sehingga kemas. Cucuk sedikit permukaan doh dengan garpu. Adunan ini muat untuk 2 loyang. 6. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C dan bakar doh selama 10-15 minit. Keluarkan dari ketuhar dan biar seketika. Teknik ini dipanggil blind bake.
BAHAN INTI: Bawang putih – potong dadu – beli online disini Bawang Holland – potong dadu – beli online disini Dada ayam – potong kecil (gaul dengan Mixed Herbs) Brokoli Serbuk lada hitam – beli online disini Perasa Cukup Rasa Garam Tomato ceri – potong dadu Capsicum – potong dadu Minyak untuk menumis
CARA-CARA: 1. Atas api sederhana, tumis bawang sehingga kekuningan dan naik bau. 2. Masukkan ayam, kacau sehingga mula keluar air. 3. Masukkan brokoli dan kacau sebati. 4. Kemudian tambahkan pula serbuk lada hitam, cukup rasa dan garam mengikut cita rasa masing-masing. 5. Perlahankan api, masukkan tomato dan capsicum. Bila tomato dan capsicum mulai layu, tutup api.
BAHAN KUAH TOPPING: 5 biji telur saiz jumbo 5 sudu makan susu full cream – beli online disini 100gm keju cheddar parut 100gm keju mozzarella parut – beli online disini *Kalau tak nak letak keju, tukar dengan mencampurkan sedikit tepung gandum untuk pekatkan sedikit adunan kuah.
CARA-CARA: 1.Satukan semua bahan, pukul rata sehingga sebati. Ketepikan
CARA MEMASAK: 1. Ambil loyang yang sudah dimasak crust pastrinya tadi. 2. Masukkan inti dengan secukupnya. Ratakan. 3. Tuang kuah topping sehingga rata. 4. Masukkan kembali ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200°C selama 30 minit. 5. Quiche Ayam sedia untuk dihidangkan.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!