Pernah rasa Sambal Putik Pauh? Menu ini juga dikenali dengan nama Sambal Mangga Muda Cara membuatnya cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Namun rasanya sangat enak dan menaikkan selera makan. Cubalah. Pasti kena dengan selera. Saudari Naeamah Balqis ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba
CARA MEMBUAT SAMBAL PUTIK PAUH (MANGGA MUDA)
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan selayang @ sardin – direbus/dipanggang/digoreng
Mangga muda secukupnya
6 biji cili padi
Garam secukup rasa (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan cili, buang tangkainya dan tumbuk menggunakan lesung.
2. Tumbuk cili sedikit kasar, kemudian masukkan garam secukupnya. Jika suka sambal sedikit manis, boleh juga letak sedikit gula.
3. Tumbuk lagi hingga cili menjadi lumat.
4. Masukkan hirisan mangga muda (diracik bersama kulit) dengan secukupnya.
5. Tumbuk sedikit mangga tadi supaya sebati dengan cili.
6. Masukkan isi ikan sardin yang telah diasingkan tulangnya.
7. Tumbuk lagi hingga semua bahan sebati dan rata.
8. Sambal Putik Pauh sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Naeamah Balqis
Suka shopping online? Dapatkan baucar FREE SHIPPING dengan belian minima RM10 DISINI!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official