Korang pernah makan sotong kembang? Alaa warna coklat tu saiz dia melebar dari sotong yang biasa tu. Sedap tau buat masak Sambal Sotong Kembang ni! Masak lauk ni je korang dah berselera makan. Resipi ni telah dikongsikan oleh Har Ryea di Facebook. Mendapat sambutan yang hangat betul resipi ni di Facebook. Mana taknya, ramai surirumah sekarang yang lagi sukakan menu ringkas yang sedap. Korang kalau tak tahu nak masak lauk apa, boleh je cuba resipi ni.
SAMBAL SOTONG KEMBANG
BAHAN-BAHAN:
3 ekor Sotong, bersihkan.
(ikut petua, rebus sekejap je. Air dah mendidih terus padam api biarkan seminit dua pastu toskan & potong-potong)
6 -7 sudu besar cili kering kisar (rebus dulu)
2-3 sudu besar bawang besar kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar halia kisar
Ads
1-2 biji bawang besar hiris kasar
seketul kecik gula melaka
1 sudu kecil pes asam jawa Adabi
Garam & Ajinomoto
Sedikit gula pasir
Semangkuk kecil kacang tanah (goreng & kisar sedikit kasar)
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak, goreng bawang besar yang dihiris kasar.. goreng sampai sedikit garing
Masukkan bahan-bahan kisar (bawang besar, bawang putih & halia) ratakan sekejap
Masukkan cili kering kisar, ratakan. Masukkan juga gula melaka dan tumiskan
Masukkan garam, ajinomoto, gula pasir (agak-agak je), dan sedikit pes asam jawa, gaulkan rata dan biarkan hingga naik minyak.
Ads
Boleh masukkan sotong gaul rata, masukkan juga kacang tanah goreng yang dah dikisar kasar.
Masukkan sedikit air, gaul lagi.. boleh tambah kacang tanah jika nak.
Terus masak hingga sambal naik minyak dan wangi, kacau supaya sambal tak hangit.
Sambal tumis memang sedap sesangat. Sambal ni boleh dimakan dengan pelbagai juadah misalnya lempeng, nasi, bubur nasi atau jemput-jemput. Kali ini RASA nak kongsikan resipi berasaskan telur puyuh. Kalau dimasak sambal, memang sedap. Tambah kalau ada petai. Perghhh. Tak terkata sedapnya. Peminat petai mesti suka lauk macam ni.
TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN
BAHAN-BAHAN
10 biji telur puyuh (rebus, kupas dan goreng)
Minyak masak secukupnya
5 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu makan cili (kisar)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit asam jawa
4 sudu makan santan pekat
10 ulas petai (buang kulit)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
2. Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
4. Setelah mendidih, masukkan telur puyuh yang sudah siap direbus, dikupas dan digoreng tadi.
5. Akhir sekali, masukkan petai. Kacau sekejap dan angkat.
Asam Pedas. Walaupun lain negeri lain cara masakannya, tetapi asam pedas tetap menjadi pilihan ramai. Jom kita cuba asam pedas daging yang memang merecik rasanya ini.
BAHAN-BAHAN:
600 gram daging lembu
1 batang serai | diketuk
1 kuntum bunga kantan | dibelah 2
3 tangkai daun kesum
1 sudu teh lada hitam kisar
2 senduk cili kisar
3/4 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh pes asam jawa (atau secukup rasa)
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR:
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
1cm lengkuas
CARA MEMBUAT:
1. Daging dihiris nipis, cuci dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis serai dan bahan-bahan kisar hingga harum.
3. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan pecah minyak.
4. Masukkan daging dan daun kesum, kacau hingga daging kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih.
5. Masak hingga daging empuk (jika daging masih keras dan kuah kering, tambah air sedikit air panas).
6. Masukkan pes asam jawa dan bunga kantan. Kacau dan biar mendidih.
7. Perasakan dengan garam secukup rasa, sedikit gula dan lada hitam kisar. Kacau rata dan masak sekejap.
Sedapnya Char Kuey Teow ni. Kalau dapat makan panas-panas memang puas hati. Kalau beli, sepinggan pun dah harga berapa ringgit. Letak extra udang atau kerang, lagi mahal. Jadi meh cuba masak sendiri guna resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha. Bahan-bahan simple je tapi rasa sedap macam beli dekat kedai tau. Makan dengan cili jeruk memang padu.