Ada macam-macam resipi & cara masak Sambal Sotong yang pekat dan sedap. Ada pedas, ada manis, ada masin dan sedikit masam. Fuhhhh…Pasti terangkat. Hari ini RASA kongsikan resipi Sambal Sotong mudah perkongsian dari saudari Mariana Zainal. Cukup ringkas sahaja resipinya. Tapi lihatlah hasilnya, sangat mengiurkan. Malah beliau juga berkongsi satu petua untuk bagi sambal tidak terlalu berair. Jom cuba! Boleh dijadikan lauk makan tengahari.
RESEPI SAMBAL SOTONG SEDAP, MUDAH & KUAH PEKAT
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong
2 sudu besar (membukit) gula pasir
1 sudu teh garam
1 keping asam gelugur – beli online disini
Sedikit halia (hiris)
1 biji bawang besar (potong bulat)
1/2 cawan air (untuk kuah)
3 senduk minyak untuk menumis sambal
BAHAN KISAR:
20-25 tangkai cili kering – beli online disini
1 1/2 biji cili besar
5 ulas bawang putih
1/2 sudu teh belacan (sikit sahaja) – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan sotong dan buang dakwatnya.
2. Masukkan sotong dalam kuali dan gorengkan sotong sekejap. Kemudian toskan. Ia bertujuan untuk keringkan air sotong. Barulah sambal jadi pekat.
3. Panaskan minyak dan masukkan halia. Tujuan letak halia adalah untuk bagi bahan kisar cepat garing.
4. Masukkan bahan kisar, gula, garam, bahan perasa dan asam keping.
5. Tumis hingga betul-betul naik minyak seperti dalam gambar. Pastikan naik minyak dan garing tau. Baru sedap.
6. Masukkan sotong dan hirisan bawang besar. Kacau rata dan masukkan air.
7. Bila dah menggelegak ganas bolehlah tutup api.
8. Sambl Sotong sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official