Sambal Telur Hancur Cili Kering adalah lauk paling senang dimasak dikala buntu dan tak ada idea nak sediakan menu apa untuk keluarga tercinta. Ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan. Rasanya yang pedas dan cukup berperisa, membuatkan ia enak dinikmati bersama nasi panas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurhayati Nasir ni. Pasti berselera.
CARA MASAK SAMBAL TELUR HANCUR CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
Cili kering secukupnya
1 biji bawang merah
3 biji telur
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili kering & bawang merah. Jumlah cili kering boleh gak-agak sahaja.
2. Panaskan kuali, tuang minyak masak. Boleh letak minyak masak lebih sikit sebab nak bagi sambal cantik .
3. Tumis sambal sampai pecah minyak, kemudian masukkan air & biarkan masak sampai pecah minyak lagi. Ia bertujuan untuk matikan bau cili kering.
4. Bila sudah pecah minyak, masukkan gula, garam dan air asam jawa. Kacau lagi.
5. Akhir sekali pecahkan telur. Biarkan seketika.
6. Bila telur sudah separuh masak, kacau sedikit ikut selera masing-masing nak tekstur telur yang macam mana. Kalau sambal kering, tambah sedikit air. Jangan banyak.
7. Sambal Telur Hancur sedia untuk dinikmati. Enak dimakan bersama kicap.
Selalu buat telur dadar kita terus pecah telur, letak garam dan tambah bawang atau cili sikit dan terus goreng. Ini pun dah sedap.
Tapi untuk telur dadar kita jadi lebih sedap, crispy dan gebu kat dalam boleh ikut pula cara yang dikongsi oleh Fika Chan ini.
Rupanya untuk hasilkan telur dadar yang sebegini kena tambah lagi dua bahan iaitu cuka dan air.
Cara buat telur dadar yang crispy di luar, gebu di dalam
Caranya
1. Pecahkan 2 biji telur
2. Masukkan bawang holland yang dicincang.
3. Masukkan garam, serbuk Cukup Rasa
4. Letak juga 1 sudu cuka dan 1 sudu air (boleh kurangkan cuka kepada setengah sudu juga).
5. Kemudian pukul sampai kembang dan berbuih
6. Panaskan minyak, guna minyak banyak
7. Bila minyak dah panas, tuang bancuhan telur tadi.
8. Balikkan bila bahagian bawah bertukar warna.
9. Bila sebelah lagi bahagian masak, angkat dan tos minyak.
10. Sedia dinikmati, rangup di luar dan gebu di bahagian dalamnya. Jangan bimbang telur takkan ada rasa masam.
Telur dadar kentang cheese, menu yang perlu anda cuba. Biasa kita dengar telur dadar biasa ataupun telur dadar mayonis. Nak sedikit kelainan boleh buat telur dadar kentang dengan cheese ini.
Menu yang mengenyangkan dari telur dan kentang selain penuh rasa krim dari keju, pasti buat anda sekeluarga teruja nak cuba. Tak perlu makan dengan nasi, makan begitu sahaja pun sedap.
Nak lebih rasa boleh dicicah bersama sos dan juga sayur-sayuran. Sesuai juga jadi menu untuk anda yang sedang berdiet.
TELUR DADAR KENTANG CHEESE
BAHAN-BAHAN:
4 biji kentang (dadu halus)
1 biji bawang besar (potong kasar)
3 keping daging burger (Boleh gunakan chicken atau meat ham. Hancurkan & goreng sebentar)
5 keping cheese
5 biji telur
Sedikit garam & lada
CARA MEMASAK:
Goreng kentang dan bawang dengan sedikit minyak. Goreng sampai kentang lembut dan lenyek-lenyek sampai tekstur kentang jadi macam mash potato. Tidak perlu halus sangat biar kasar-kasar sedikit.
Dalam bekas yang lain pukul telur dengan garam dan sedikit lada.
Masukkan kentang yang dilenyek tadi. Gaul sekata.
Panaskan non stick pan dangan sedikit minyak. Masukkan separuh adunan dan susun cheese kat atas. Gunakan cheesedale dan mozarella.
Taburkan kepingan daging burger hancur yang digoreng sebentar. Letak lagi selapis lapisan cheese.
Kemudian masukkan lebihan adunan tadi untuk tutup bahagian atas.
Tunggu 5 minit balikkan adunan tadi. Agak-agak dalam 7 minit sudah masak boleh angkat.
Hidangan ini sangat sesuai bagi anda yang gemarkan lauk pauk moden. Rasa mentega dan susu cair memberi rasa lemak berkrim. Boleh juga tambah hirisan cili padi jika mahu rasa sedikit pedas.
BAHAN-BAHAN:
20 biji telur puyuh | rebus dan goreng
5 biji cili padi | dihiris
5 biji bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 tin susu cair
3 tangkai daun kari
2 sudu makan mentega
1 sudu minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sambal tempe yang biasa dibuat selalunya adalah tempe goreng yang digaul dengan sambal. Tapi sambal tempe kangkung ini agak berbeza.Tempe dilenyek atau dihancurkan duluy...