Sambal Telur Hancur Cili Kering adalah lauk paling senang dimasak dikala buntu dan tak ada idea nak sediakan menu apa untuk keluarga tercinta. Ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan. Rasanya yang pedas dan cukup berperisa, membuatkan ia enak dinikmati bersama nasi panas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurhayati Nasir ni. Pasti berselera.
Cili kering secukupnya
1 biji bawang merah
3 biji telur
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1. Kisar cili kering & bawang merah. Jumlah cili kering boleh gak-agak sahaja.
2. Panaskan kuali, tuang minyak masak. Boleh letak minyak masak lebih sikit sebab nak bagi sambal cantik .
3. Tumis sambal sampai pecah minyak, kemudian masukkan air & biarkan masak sampai pecah minyak lagi. Ia bertujuan untuk matikan bau cili kering.
4. Bila sudah pecah minyak, masukkan gula, garam dan air asam jawa. Kacau lagi.
5. Akhir sekali pecahkan telur. Biarkan seketika.
6. Bila telur sudah separuh masak, kacau sedikit ikut selera masing-masing nak tekstur telur yang macam mana. Kalau sambal kering, tambah sedikit air. Jangan banyak.
7. Sambal Telur Hancur sedia untuk dinikmati. Enak dimakan bersama kicap.
Kredit resipi & foto: Nurhayati Nasir
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official