Resipi Sambal Telur Pecah. Menu Ringkas Yang Membuka Selera

Share

Siapa yang tidak suka menu Sambal Telur Pecah ini. Selain mudah dimasak, ia juga mempunyai rasa yang sangat enak. Tak ada lauk lain pun tidak mengapa, ada satu yang ini, ditambah dengan ulam timun sudah cukup untuk membuka selera. Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa, bolehlah cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Mariana Zainal ini. Pasti makan dengan berselera.

 

CARA MASAK SAMBAL TELUR PECAH SEDAP

BAHAN-BAHAN:
7 biji telur – terpulang nak banyak mana 
1/2 cawan air
1/2 sudu besar gula beli online disini
Sedikit bahan perasa
1 1/2 sudu besar sos cili beli online disini
Sedikit kicap manis beli online disini
Sedikit kicap masin (jangan banyak nanti terlebih masin) beli online disini

BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering (buang biji dan rendam air panas sekejap) beli online disini
2 biji bawang besar beli online disini
5 ulas bawang putih beli online disini
3 senduk minyak masak

CARA MEMASAK:
1.Masukkan bahan kisar dalam kuali (jangan letak minyak dah tau).

Masak hingga naik minyak dan sambal agak garing.
2. Masukan gula, bahan perasa, sos cili, kicap manis dan kicap masin. Kacau sekejap dan masukkan air.
3. Biarkan mendidih seketika dan perlahankan api.

4. Guna api paling perlahan, pecahkan telur satu persatu dalam kuali.


5. Biarkan sekejap tanpa dikacau telur tu selama 3-4 minit.


6. Apabila telur kuning sudah pejal elok, terbalikkan. Kacau sekejap dan sesuaikan rasa.


7. Sambal Telur Pecah siap dan sedia untuk dihidangkan.

 

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur