Resipi Sambal Tempe Bilis Kacang Ratah Gitu Boleh Licin Habis Raih 14K Perkongsian.

Share

Kalau ada sambal tempe bilis kacang ni tersedia sebagai lauk pun dah pasti menjadi rebutan makan dengan nasi panas. Lauk simple seperti sambal tempe bilis kacang ni sangat mudah cara penyediaannya. Boleh masak dalam kuantiti yang banyak untuk disimpan sebagai stok snek di rumah juga. Resipi sambal tempe bilis kacang ni telah dikongsikan oleh Sharinaz Redwan di Facebook telah mendapat jumlah share sebanyak 14K! Nampak tak betapa padunya resipi sambal tempe bilis kacang

ni?? Haa tunggu apa lagi tu jom cuba resipi ni.

SAMBAL TEMPE BILIS KACANG

BAHAN-BAHAN:

6 peket tempe – hiris nipis, goreng bagi betul² rangup. – BELI DI SINI

2 cawan ikan bilis – cuci, goreng bagi rapuh. Kalau goreng jadi lemau, cuba guna air fryer sekejap, insyaAllah rangup balik. – BELI DI SINI

500gm kacang, – cuci, tos, goreng juga. – BELI DI SINI

 

Dapatkan DeRoyal 3 in 1 Cordless Chopper & Mixer dengan harga diskaun RM 5 menggunakan code RASGSP5 DISINI!!

 

Untuk sambal:

2 senduk cili kering kisar – guna cili kerinting yang pedas lagi ummppphh. – BELI DI SINI

3 biji bawang merah – kisar – BELI DI SINI

5 ulas bawang putih – kisar – BELI DI SINI

1 ketul gula kabung

4 keping asam keping – BELI DI SINI

Garam secukupnya

Minyak goreng tempe tadi

 

CARA PENYEDIAAN:

Gorengkan tempe, kacang, dan ikan bilis lalu ketepikan.

Dalam kuali lain tumis bahan kisar,gula kabung, asam keping, sampai pecah minyak. Kena masak lama sikit sampai cili tu garing ye.

Dah siap, tutup api, biar kejap, letak garam ikut selera masing², boleh masuk tempe, kacang bilis tadi.

Siappp! Sedap makan bersama nasi panas!

SELAMAT MENCUBA

Kredit: Sharinaz Redwan

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

https://www.rasa.my/wp-admin/post.php?post=136742&action=edit

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion Majalah Rasa:

 

Published by
Nadzirah Rashid