Sambal Tempe Hancur sedap untuk dijadikan lauk dimakan dengan nasi putih. Kalau malas masak banyak lauk, kita kena sediakan makanan yang sedia untuk dimakan seperti Sambal Tempe Hancur ini. Nak buat pun senang sangatlah. Jom kita cuba resipi Sambal Tempe Hancur seperti yang dikongsikan oleh Asmida Asman
Ada kala kita tak sempat nak memasak beria-ia sangat. Bahan mentah kat rumah pun terhad. RASA berikan resipi 3 masakan yang mudah untuk anda sediakan ala-ala orang bujang. Tak sampai 30 minit anda dah boleh makan kekenyangan. Jom cuba.
NASI GORENG AYAM KUNYIT
Bahan ayam kunyit
100 gram isi dada ayam (gaul dengan garam dan kunyit)
Sedikit hirisan kacang buncis
Sedikit hirisan lobak merah
1/2 biji bawang besar | hiris
1 ulas bawang putih | cincang
Sedikit hirisan cili padi dan merah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Bahan nasi
1 mangkuk nasi putih
1 biji telur ayam
1 sudu makan sos tiram
Sedikit minya masak untuk menumis
Cara membuat
1. Panaskan minyak, goreng isi ayam sehingga garing. Ketepikan.
2. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, cili sehingga wangi, diikuti sayuran dan kacau.
3. Masukkan semula isi ayam yang telah digoreng tadi.
4. Untuk sediakan nasi goreng. Panaskan sedikit minyak pecah telur dan hancurkan.
5. Masukkan nasi diikuti dengan sos tiram.
6. Gaul rata sehingga cukup rasa dan hidangkan bersama ayam kunyit.
SANDWIC TUNA GORENG
Bahan-bahan
4 keping roti
1 tin tuna
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji cili merah (cencang halus)
100 gram tepung gandum
1/2 sudu teh garam
80 ml air
Sedikit mayones
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Cara memasak
1. Campurkan hirisan cili, bawang dan tuna tadi dalam satu mangkuk. Gaul sebati. Sapukan di atas roti. Letakkan sedikit mayones dan lapiskan dengan sekeping roti lagi.
2. Bancuh tepung gandum bersama sedikit garam dan air. Celup roti ke dalam bancuhan tepung.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng hingga kekuningan.
4. Angkat dan tos.
5. Potong roti menjadi bentuk tiga segi dan sedia dinikmati.
SPAGETI GORENG
Bahan-bahan
200 gram spageti | dicelur
150 gram campuran makanan laut
6 batang asparagus (dicelur dan direndam dalam air berais)
4 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh emping cili
1/2 sudu teh oregano
2 sudu makan mentega
Garam secukup rasa
Cara membuat
1. Panaskan mentega dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
2. Masukkan campuran makanan laut dan goreng lagi hingga masak.
3. Tambahkan spageti. Gaul rata.
4. Kemudian masukkan serbuk lada hitam, emping cili, oregano dan perasakan dengan garam secukupnya.
5. Masukkan asparagus. Gaul rata.
6. Sedia untuk dinikmati.
Apa istimewanya menu pencuci mulut ni. Tu dia gabungan puding, kek dengan topping karamel memang super sedap lah rasanya. Manis dan cair di mulut, ni dessert paling best dan cantik untuk disajikan tetamu.
Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Nor Al Fatihah ini
KEK PUDING KARAMEL PELANGI
BAHAN A (KARAMEL) :
2 sudu besar gula
CARA MEMASAK:
1. Dua (2) sudu besar gula pasir ditabur pada dasar dua (2) biji loyang bulat ukuran 8” dan letak atas dapur gas dengan api kecil. Biarkan gula cair dan bertukar warna perang dan ratakan.
2. Ketepikan dahulu loyang.
BAHAN B (PUDING):
6 biji kuning telor
1 tin susu cair / susu sejat
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit esen warna kuning telor
CARA MEMBUAT :
1. Satukan susu cair, susu pekat manis, telor, esen vanilla dan esen warna kuning dan kacau dengan whisk hingga rata tetapi jangan sampai berbuih.
2. Tapiskan bahan B dan masukkan ke dalam loyang bahan A.
BAHAN C (KEK) :
3 biji kuning telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan makan gula castor
1/2 cawan air sejuk
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
Esen warna hijau, biru, pink, kuning telor atau apa2 warna yang digemari.
CARA MEMBUATNYA:
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
2. Satukan kuning telur, gula, air, minyak, esen vanila dan putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum sedikit2 dan putar lagi hingga rata.
4. Ketepikan dahulu adunan.
BAHAN D (MERINGUE):
6 biji putih telur
4 sudu besar gula castor
1 sudu teh cream of tartar
* Satukan putih telur, gula castor dan cream of tartar dan putar hingga berbuih dan putih telur betul2 kental. (Terbalikkan tak jatuh).
CARA MEMASAK :
1. Campurkan bahan D (meringue) dengan bahan C dan gaul hingga rata dan sebati dengan menggunakan spatula secara kaedah kaup balik.
2. Bahagikan adunan kepada empat (4) bahagian dan gaulkan dengan esen pewarna hijau, biru, pink dan kuning telor atau dengan apa2 warna yang digemari.
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang ada bahan A dan B tadi bermula dari tengah loyang dan lapis secara berselang seli dengan warna pink, biru, hijau dan kuning telur hingga adunan habis.
4. Masukkan loyang kek ke dalam loyang berukuran lebih besar yang berisi dengan air panas. Bakar kek secara water bath.
5. Letakkan loyang di bahagian rak oven paling bawah sekali.
6. Bakar kek pada suhu 160 darjah selama 45 minit dengan api bawah sahaja. Tambah 15 minit lagi dengan menggunakan api atas dan bawah. Suhu oven bergantung pada oven masing2.
7. Bila kek telah masak biarkan dahulu dalam oven selama 10 minit baru keluarkan dan biarkan kek sejuk dahulu hingga kek lekang daripada loyang.
8. Tunggu kek sejuk baru terbalikkan loyang. Jika terbalikkan masa kek masih panas nanti karamel@puding akan pecah.
9. Terbalikkan loyang dan cepat2 lapkan lebihan air yang ada pada kek.
10. Sejukkan kek di dalam peti sejuk dahulu baru dihidangkan.
Bagi penggemar sajian bergoreng pasti pernah rasa Udang Goreng Tepung @ Udang Belon di kedai makan Thailand kan? Sduran teoungnya bukan rangup tapi lebih kepada tekstur cucur begitu. Lembut dan sedap dimakan bersama Sos Cili Thai. Bagi anda yang suka, bolehlah cuba buat sendiri guna resipi perkogsian saudari Fatyma Idris ni. Sangat mudah rupanya. Jom cuba!
CARA BUAT UDANG CELUP TEPUNG @ UDANG BELON ALA THAI GUNA 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
Udang
Tepung naik sendiri – beli online disini
Telur
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan udang. Buang kulit udang tapi bahagian ekor dibiarkan. Buang kotoran udang menggunakan lidi atau pencungkil gigi.
2. Dalam bekas, satukan tepung, telur dan garam. Sebatikan.
3. Masukkan air secukupnya. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Sedang-sedng sahaja supaya tepung boleh melekat elok pada udang.
4. Celup udang dalam adunan tepung kemudian goreng dalam minyak yang panas.
5. Bila udang kekuningan, angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.
Nota: Untuk hasilkan Udang Belon yang cantik boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang, jadi tak perlu nak belah belakang udang tu.