Menu sambal tempe yang rangup dan garing ini, memang sedap dimakan begitu saja. Boleh juga dibuat lauk sampingan bersama hidangan yang lain.
Resipi yang dikongsi Nurul Afidah Omar ini, sesuai untuk dibuat kudapan anak-anak di asrama.
Dalam resipi ini, empunya tidak memasukkan kentang tetapi boleh juga kalau anda ingin letakkan kentang.
Kentang dihiris nipis-nipis dan goreng, nanti gaul je sekali. Memang takkan lemau kalau masa menumis untuk sambal tu kerana minyaknya banyak dan gulanya ngam-ngam elok. Kentang tu pastikan hiris nipis-nipis dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas ye.
SAMBAL TEMPE KRUP KRAP
BAHAN-BAHAN:
10 bungkus tempe
2 genggam ikan bilis – beli online di sini
7 biji bawang besar | kisar – beli online di sini
5 ulas bawang putih | kisar – beli online di sini
Halia besar ibu jari | kisar
10 sudu besar cili kering (yang dikisar)
10 sudu besar gula putih (nak ganti dengan gula melaka pun boleh)
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Dapatkan Khind 3.5L Air Fryer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Goreng sampai garing tempe dan ikan bilis.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Dah naik bau, masukkan cili kering.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
7. Bila gula dah cair dan sambal dah peka, tutup api.
8. Masukkan tempe dan bilis yang dah digoreng. Gaul sebati. Siap.
9. Untuk tempe dan bilis kekal garing, minyak memang kena banyak sebab nak bagi cili dan bawang tu betul-betul masak. Untuk rasa manis, masin dan masamnya boleh rasa. Kalau rasa tak cukup, tambahlah apa yang patut.
Kredit resipi: Nurul Afidah Omar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: