Resipi sambal tempoyak merah, selalu sambal jenis ini warnanya kuning tapi yang ini berbeza.
Sambal tempoyak resipi Syalfarina ini menggunakan cili kisar bukan cili padi seperti kebiasaan. Rasanya memang sama sedap dan pedas apatah lagi bila digabungan dengan udang dan petai. Memang akan beria makan.
Resipi Sambal Tempoyak Merah Udang, Petai
Bahan-bahan
50 ekor udang saiz L (buang kulit, bersihkan, belah belakang)
1/2 biji bawang holland
3 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
4 sudu besar cili kisar
1 bekas kecil tempoyak (lebih kurang 1 cawan)
1 papan petai – dibelah dua
Garam secukup rasa
Sedikit kunyit untuk perap udang
Minyak masak
Cara Penyediaan Sambal Tempoyak Merah
1. Perap udang yang sudah dibersihkan dengan sedikit kunyit. Ketepikan.
2. Kisar bawang holland, bawang merah dan bawang putih hingga halus.
Ads
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit perang.
4. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Tambah sedikit air jika terlalu kering, kacau rata.
5. Masukkan tempoyak dan masak hingga sebati dengan sambal.
Ads
6. Seterusnya masukkan petai, kacau rata.
7. Akhir sekali masukkan udang, gaul sebentar sehingga masak. Jangan masak terlalu lama supaya udang tidak liat.
8. Perasakan dengan garam secukupnya. Angkat dan siap dihidangkan.
Ads
TIP
Pilih udang segar walaupun tanpa kepala, isinya tetap manis bila dimasak.
Sambal lebih sedap jika guna tempoyak asli kampung kerana rasanya lebih padu.
Jika suka pedas, boleh tambah cili api berbanding cili kisar.
Jangan terlebih masak udang, cukup sekadar 3–4 minit supaya masih juicy.
Sedapnya Kuah Rojakhomemade perkongsian saudari Cik Pooja ni. Kalau makan dengan buah jambu atau mangga, memang terbaik. Bagi para penggemar rojak dan nak buat kuah ni secara homemade, resipi ni amat mudah dan terbaik yang boleh anda cuba.
CARA BUAT KUAH ROJAK HOMEMADE YANG SEDAP & PEKAT
BAHAN-BAHAN:
1 genggam cili kering – potong, buang biji dan dibasuh bersih. Rendam sekejap dalam air panas dan toskan
1/2 keping belacan
1 cawan gula merah
3 cawan gula pasir
1/2 cawan kicap lemak manis
5 sudu makan sos cili
3 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan ½ cawan air
2 sudu makan garam – letak sedikit demi sedikit bagi elak kuah rojak terlalu masin
Segenggam kacang tanah – goreng tanpa minyak dan kisar kasar
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili kering, belacan dan 1 cawan air hingga halus. Masukkan ke dalam kuali.
2. Bancuh gula merah bersama 1 cawan air hingga larut. Tapis dan masukkan ke dalam kuali.
3. Masukkan gula pasir, kicap dan sos cili. Masak semua bahan hingga mendidih dan pastikan sentiasa dikacau.
4. Bila kuah mendidih, masukkan garam secukup rasa. Rasa supaya rasa kuah rojak seimbang.
5. Seterusnya ,masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau sebati sambil dimasak menggunakan api kecil.
6. Bila kuah pekat, masukkan 2 sudu makan bijan dan 2 sudu makan kacang tanah kisar. Teruskan lagi masak hingga kuah rojak jadi hitam berkilat.
Nak cuba resipi sambal belacan Kelantan asli yang pedas padu, wangi limau kasturi dan cukup rasa kampung? Jom buat sambal belacan Kelate style paling mudah tapi sedap!
Orang Kelantan memang sinonim dengan sambal – dari makan nasi putih, nasi kerabu sampai ke ulam-ulaman, mesti ada sambal belacan sebagai pelengkap. Sambal belacan Kelate style istimewa kerana guna limau kasturi dan belacan bakar, yang buat rasanya lebih harum, pedas padu dan seimbang masam-manis.
Bahan-Bahan Sambal Belacan Kelate Style
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji bawang holland – dibakar
1 labu bawang putih – dibakar
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu kecil serbuk perasa
1 biji tomato – potong dadu
3 biji limau kasturi – hiris halus
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi merah
10 biji cili padi hijau
4 inci belacan – dibakar
5 biji cili merah
5 biji limau kasturi – Ambil jus
20 gram pes asam jawa- larut dengan air
5 biji limau kasturi – potong 2 buang biji
Cara Membuat Sambal Belacan Kelate Style
Bakar bawang putih, bawang holland
Kemudian bakar belacan.
Kupas bawang putih.
Masukkan belacan ke dalam blender, bawang putih, cili padi dan cili merah dan jus limau kasturi.
Masukkan juga limau buah kasturi dan air asam jawa.
Masukkan garam gula dan serbuk perasa. Kacau sebati
Hiris bawang holland yang dibakar tadi bersama hirisan tomato. Kacau sebati
Hiris limau kasturi halus dan masukkan dalam sambal belacan. Kacau sebati.
Siap untuk dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Selain bawang putih, halia juga sangat berkesan dalam membantu membuang angin dalam badan. Jika dimakan secara terus atau segar, rasanya agak ‘letar’. Oleh sebab itu ramai yang mencampurnya dalam masakan atau dijadikan minuman. Bagi anda yang tak boleh nak makan halia ni dengan cara yang disebutkan diatas, boleh cuba hasilkan serunding halia. Dengan cara ini, halia akan rasa lebih sedap. Sekali cuba, tak sedar hampir sebalang habis. Nak buatnya pun mudah dan ringkas. Bagi yang nak hasilkan serunding halia ni, boleh cuba resipi perkongsian Nor Haidah Md Said ni.
SERUNDING HALIA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Halia | tumbuk halus atau sagat
Sedikit bawang putih | ditumbuk bersama halia @ dihiris
Ikan bilis | dibersihkan
Sedikit garam & perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Perah halia yang ditumbuk tadi bagi mengeluarkan airnya. Ambil hampasnya sahaja.
2. Panaskan minyak masak dalam kuantiti yang banyak menggunakan api besar. Masukkan halia tadi. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Kemudian, dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
4. Tumbuk ikan bilis hingga hancur atau agak hancur. ( ikut citarasa masing-masing.)
5. Tabur garam dan serbuk perasa dengan secukupnya ke dalam bekas berisi halia goreng tadi.
6. Kemudian, masukkan ikan bilis tumbuk. Gaul sekali lagi hingga rata.
7. Simpan serunding halia di dalam bekas kedap uadar untuk tahan lama.
Info chef:
Kuantiti sukatan untuk setiap bahan bergantung kepada citarasa masing-masing.
Jika mahukan rasa serunding yang lebih sedap, boleh menambah bawang goreng.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!