Ketika semua orang stay at home, melayan kerenah anak-anak adalah salah satu aktiviti yang bagus untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Salah satu aktiviti yang boleh dibuat adalah memasak dan makan bersama-sama.

Kali ni RASA kongsikan resipi daripada seorang ibu anak empat, Norsahida Mohamad Said. Hidangan ringkas iaitu bubur nasi dan sambal tumbuk disediakan untuk menjamu selera.  Simple, tapi nampak sedap!

SAMBAL TUMBUK

Resipi Sambal Tumbuk, Simple Tapi Sangat Menyelerakan

Resipi Sambal Tumbuk, Simple Tapi Sangat Menyelerakan

IKLAN

BAHAN-BAHAN

Minyak masak untuk menggoreng
3 biji cili besar
1 labu bawang besar
Segenggam ikan bilis

IKLAN

CARA MEMBUAT

Tiga bahan tadi iaitu cili besar, bawang besar dan ikan bilis digoreng. Tak perlu goreng sampai garing. Cukup sekadar layu saja.

IKLAN

Siap goreng semua bahan.  Seterusnya guna lesung batu, tumbuk sedikit demi sedikit semua bahan yang sudah digoreng tadi. Kena guna lesung tau. Kalau guna blender, tak jadi. Hilang keasliannya. Barulah namanya sambal tumbuk!

Resipi Sambal Tumbuk, Simple Tapi Sangat MenyelerakanSedap dimakan dengan bubur nasi. Tapi kalau makan dengan nasi panas pun sedap gak ni. Cubalah!

Resipi oleh Norsahida Mohamad Said

Link: Norsahida Mohamad Said

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI