Ketika semua orang stay at home, melayan kerenah anak-anak adalah salah satu aktiviti yang bagus untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Salah satu aktiviti yang boleh dibuat adalah memasak dan makan bersama-sama.
Kali ni RASA kongsikan resipi daripada seorang ibu anak empat, Norsahida Mohamad Said. Hidangan ringkas iaitu bubur nasi dan sambal tumbuk disediakan untuk menjamu selera. Simple
, tapi nampak sedap!BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menggoreng
3 biji cili besar
1 labu bawang besar
Segenggam ikan bilis
CARA MEMBUAT
Tiga bahan tadi iaitu cili besar, bawang besar dan ikan bilis digoreng. Tak perlu goreng sampai garing. Cukup sekadar layu saja.
Siap goreng semua bahan. Seterusnya guna lesung batu, tumbuk sedikit demi sedikit semua bahan yang sudah digoreng tadi. Kena guna lesung tau. Kalau guna blender, tak jadi. Hilang keasliannya. Barulah namanya sambal tumbuk!
Resipi oleh Norsahida Mohamad Said
Link: Norsahida Mohamad Said