Kali ini majalah RASA ingin kongsikan resipi memasak sambal tumis ikan bilis petai yang sangat best. Ini kerana sambal ini tidak banyak kuah sebaliknya agak kering dan sambalnya menyaluti ikan bilis. Sambal jenis ini sangat sedap jika dimakan dengan nasi lemak atau bubur nasi.
Jom kita lihat resipinya.
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN
Minyak masak
2 genggam ikan bilis
15 tangkai cili kering
1 inci belacan
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 sudu gula
1 sudu besar asam jawa (dibancuh dengan sedikit air)
3 papan petai (dikupas kulit)
1 sudu besar kicap manis
Ads
CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis tanpa perlu terlalu garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Ads
2. Kisar cili kering bersama belacan, bawang putih dan bawang merah.
3. Gunakan minyak yang sama menggoreng ikan bilis tadi. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
4. Kemudian, masukkan gula. Kacau lagi.
5. Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan juga petai. Kacau seketika.
7. Akhir sekali, masukkan kicap manis. Gaul dan biarkan seketika. Matikan api. Siap!
Hidangan ayam penyet memang digemari dan tidak pernah menjemukan. Selain rasa ayam yang sedap, keenakkan sambal juga melengkapi rasa ayam penyet. Selain Sambal ayam penyet pedas berdesing, Buat stok terus senang. Nak makan tinggal ambik je. Kan lebih lebih mudah bila-bila masa boleh membuatnya.
Bahan-bahan:
Cili padi merah
Cili padi hijau/kampung
Cili besar
Bawang besar
Bawang putih
Tomato
Bilis
Belacan
Cara memasak:
1. Goreng sampai layu semua bahan-bahan.
2. Blend kasar semua bahan kecuali tomato
3. Tumis sampai pecah minyak. Masuk gula melaka/nise dan gula putih/perang, garam, asam jawa, tambah air kalau kering sangat, kiub bilis dan tomato td. Tumis lagi sampai semua bahan sebati. (proses ni mungkin ambik masa lama sebab nak bagi cili betul-betul masak, kang sakit perut pulak). Api sederhana je ye
4. Siap!
Orang Malaysia kalau tak ada sambal dalam hidangan, macam kurang lengkap menunya. Sambal mentah atau sambal tumis sudah cukup memecahkan selera. Perut yang kenyang boleh lapar semula apa lagi kalau diregukan dengan ikan masin atau ikan goreng garing. Jom kita cuba buat sambal mempelam ni.
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan rebus goreng
1-2 biji mempelam telur muda
7-8 biji cili padi ( ikut kepedasan masing-masing)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1.Tumbuk cili padi bersama sedikit garam hingga lumat. Jika ikan rebus goreng sudah mempunyai rasa masin, abaikan penggunaan garam.
2.Masukkan isi ikan goreng. Tumbuk kasar.
3.Kemudian masukkan pula buah mempelam telur yang telah dicincang kasar. Tumbuk sedikit sahaja dan bukannya hingga lumat.
Sambal tumbuk ni tengok rupa dah tahu sedap. Dahlah sedap paling mudah dimasak. Janji semua empat bahan tu digoreng dahulu dan kemudian ditumbuk.
Resipi yang dikongsikan oleh SheilaKitchen Home Cooks ni memang senang sangat dicuba. Dahlah tu nampak sedap mengecurkan air liur . Tu baru tengok hidangannya, bila dimakan perrggh boleh bertambah pinggan nasi.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.