Resipi Sambal Tumis Ikan Bilis Petai Yang Gerenti Puas Hati

Share

Kali ini majalah RASA ingin kongsikan resipi memasak sambal tumis ikan bilis petai yang sangat best. Ini kerana sambal ini tidak banyak kuah sebaliknya agak kering dan sambalnya menyaluti ikan bilis. Sambal jenis ini sangat sedap jika dimakan dengan nasi lemak atau bubur nasi.

Jom kita lihat resipinya.

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS PETAI

BAHAN-BAHAN
Minyak masak
2 genggam ikan bilis
15 tangkai cili kering
1 inci belacan
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 sudu gula
1 sudu besar asam jawa (dibancuh dengan sedikit air)
3 papan petai (dikupas kulit)
1 sudu besar kicap manis

CARA MEMBUAT


1. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis tanpa perlu terlalu garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.


2. Kisar cili kering bersama belacan, bawang putih dan bawang merah.
3. Gunakan minyak yang sama menggoreng ikan bilis tadi. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
4. Kemudian, masukkan gula. Kacau lagi.
5. Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan juga petai. Kacau seketika.


7. Akhir sekali, masukkan kicap manis. Gaul dan biarkan seketika. Matikan api. Siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Iedaa Jahaya

Terima kasih kerana berkongsi resipi di Rasa Share Resipi

Published by
Maryam Elyas