Kalau suka makan ikan sambal, mesti akan suka dengan sambal tumis ikan bunga kantan ini. Rasa sambal yang digabung dengan aroma bunga kantan yang wangi memang menambahkan lagi keenakan rasanya.
Waktu masak pun dah buat kita tak sabar nak makan. Bagi yang nak cuba, boleh ikut perkongsian resipi Nur Masri.
Resipi sambal tumis ikan bunga kantan
Bahan-bahan
5 ketul ikan merah- bersihkan, letak garam dan kunyit
3 senduk kecil cili kisar (cili kering )
8 biji bawang merah dikisar
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
1 biji bawang besar-potong bulat
2 kuntum bunga kantan – hiris nipis
Air asam jawa
Daun ketumbar
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak
Cara membuat
- Ikan digoreng sampai masak. Ketepikan.
2.Panaskan minyak yang agak banyak supaya bahan tumis cepat garing.
3.Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga Naik bau. Masukkan cili kisar dengan guna api perlahan sehingga cili benar benar masak dan garing.
4.Setelah cili masak, masukkan gula. Kacau rata supaya sambal berkilat dan bwarna merah cantik sebelum dimasukkan ikan.
5. Masukkan bunga kantan, air asam jawa, sedikit air dan garam. Masukkan ikan yang digoreng. Oleh kerana ikan telah masak, masakkan ikan seketika sahaja. Kacau sehingga sambal pecah minyak.
6.Akhir sekali, masukkan bawang besar yang telah dihiris. Kacau sehingga bawang layu, bolehlah tutup api.
7. Angkat sambal tumis ikan dan tabur daun ketumbar.
Selamat mencuba
Sumber: Nur Masri.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI