Tak perlu lauk pauk yang mewah untuk buka selera. Menu ringkas sebegini pun dah cukup. Sambal Tumis Ikan Kembung ni memang mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
SAMBAL TUMIS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN
- 4 ekor ikan kembung – bersihkan, kelar dan letak garam dan kunyit
- 3 senduk cili kisar (cili kering yang diksar dengan bawang merah besar)
- 2 biji bawang besar – hiris
- Air asam jawa secukupnya
- Sedikit air
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan seketika.
- Kemudian panaskan minyak yang agak banyak untuk menumis. Ia bertujuan supaya rencah cepat garing.
- Tumis cili kisar guna api perlahan sehingga masak dan garing.
- Kemudian masukkan gula. Kacau rata supaya sambal berkilat dan berwarna merah yang cantik.
- Tambahkan air asam jawa bersama sedikit garam. Gaul rata.
- Masukkan ikan dan tunggu hingga sambal pecah minyak.
- Akhir sekali masukkan hiirsan bawang besar. Kacau hingga bawang layu dan bolehlah diangkat.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Juma Natull