Buat sambal tumis udang ada kalanya tak menjadi disebabkan kesilapan menumis atau terkurang bahan-bahannya. Kali ini RASA ingin berikan resipi memasak sambal tumis udang yang gerenti sedap dan cantik warnanya.
Resipi ini dikongsikan oleh Sue Sera Saira di laman facebooknya. Jom kita tengok resipi sambal tumis udang ini.
Ads
SAMBAL TUMIS UDANG GERENTI JADI
BAHAN-BAHAN
30 ekor udang
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya
Minyak masak secukupnya
1 labu bawang besar (dimayang, potong bulat)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 mangkuk cili giling
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam halus
Sebesar ibu jari asam jawa (diramas dengan sedikit air)
Ads
CARA MEMBUAT
1. Bersihkan udang. Kemudian gaul udang dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak masak. Goreng udang seketika supaya udang kenyal dan tidak lembik. Angkat dan ketepikan.
3. Guna minyak masak yang sama. Goreng bawang besar dan bawang putih yang dimayang tadi.
4. Selepas naik bau, masukkan cili giling. Tumis dengan api perlahan sehingga cili elok masak kemerahan.
5. Masukkan gula dan garam. Biarkan tumisan pecah minyak. Kemudian masukkan pula air asam jawa.
6. Akhir sekali, masukkan udang yang sudah digoreng tadi. Kacau sekata. Bolehlah dihidangkan.
Nampak sedap, kan?
Tip: Udang yang digoreng terlebih dahulu sebelum dibuat sambal akan rasa lebih manis dan isi udang lebih kenyal.
Kata orang makan kalau tak pedas memang tak berselera. Sebab tulah pelbagai menu kampung mesti pedas dan sambal antara menu wajib ada di meja hidangan. Sebagai perkongsian bersama, berikut dikongsikan empat menu berasaskan sambal yang sekali makan menang boleh menghabiskan dua pinggan nasi. Tak percaya korang boleh cuba.
SAMBAL TUMIS PETAI BILIS CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
200 gm ikan bilis | kopek
3 papan petai muda| kikis kulit ari dan potong dengan kulit-kulit
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR KASAR:
20 biji cili padi
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan | ambil dari yang telah dikopek tadi
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak secukupnya, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dan tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan hirisan bawang dan petai.
Kacau rata hingga petai berubaah warna, masukkan air asam Jawa.
Setelah kulit petai bertukar warna, masukkan ikan bilis, kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkkan api dan terus kacau hingga pecah minyak.
Tutup api dan sambal sedia dihidangkan.
SAMBAL BILIS JERING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan | kopek
6 biji jering tua | hiris nipis
1 biji bawang besar | hiris
6 ulas bawang merah | kisar kasar
2 ulas bawang putih | kisar
1 sudu makan air asam Jawa
5 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak, angkat dan toskan.
Seterusnya goreng jering juga separuh masak, angkat dan tos.
Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bahan kisar bersama bawang besar hingga layu.
Masukkan pula pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan air asam Jawa, kacau seketika masukkan pula ikan bilis dan jering goreng tadi.
Kecilkan api, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah garing dan cukup rasa, tutup api.
Sambal sedia dihidangkan.
IKAN MASIN SEPAT SAMBAL CILI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan masin | potong atau tiga setiap ekor ikan
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam Jawa
1 biji bawang besar | hiris
5 ulas bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
3 biji cili merah | kisar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Cuci ikan masin kemudian toskan.
Panaskan minyak, kemudian goreng ikan masin (guna api sederhana) hingga garing, kemudian angkat dan tos.
Keluarkan minyak tinggal sedikit.
Tumiskan bawang besar bersama bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pula pes cili kering bersama air asam Jawa.
Terus kacau hingga pecah minyak, perasakan dengan gula dan sedikit garam.
Setelah cukup rasa, masukkan ikan masin dan kecilkan api.
Kacau rata dan tutup api.
Ikan masin sambal sedia dihidangkan.
IKAN TALAPIA SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan Talapia | siang, cuci bersih dan tos
1/2 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
15 biji cili padi
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan yang telah dicuci bersih tadi dengan garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan hirisan bawang besar.
Kacau rata dan masukkan air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa dan timbul minyak, masukkan ikan goreng.
Tutup api dan gaul rata, kemudian ikan sedia dihidangkan.
Korang suka tak sambal peria katak dengan ikan bilis? Mesti macam-macam riaksi, tapi walaupun ada sedikit rasa pahit, tetapi ia pahit-pahit lemak. Kena dengan ikan bilis rangup dan pedas cili, sambal ini boleh jadi ‘berhantu’. Apa taknya, ia boleh menghabiskan dua atau tiga nasi putih, memang ketagih punya. Memang sedap dan peria juga mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. Berikut RASA kongsikan menu Sambal Goreng Peria Ikan Bilis yang gerenti sedap.
SAMBAL GORENG PERIA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
250gm peria | hiris nipis
250gm ikan bilis | belah dua
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menmis
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang mera
CARA MEMASAK
Gaulkan peria dengan sedikit tepung dan garam halus, gaul rata, ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Goreng pula peria hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Kecilkan api, keluarkan minyak. Tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar bersama hirisan bawang besar.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
Setelah bahan tumisan garing tutup api.
Masukkan peria dan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata.
Siapa di sini yang suka bubuh sambal dalam bubur supaya lagi sedap? Memang bertambah-tambah lagi makannya bila kena pula sambal pedas yang kena dengan tekak.
Menerusi perkongsian Ada Suhaq ini, resipi sambal simple sangat mudah untuk dibuat dan boleh disimpan lama.
1.Panaskan minyak. Goreng semua bahan di atas sehingga garing.
2. Masukkan ke dalam alat pengisar. Letakkan sekali gula, garam, secukup rasa dan sedikit minyak daripada gorengan tadi. (tak perlu banyak sangat kerana bahan-bahan utama sudah ada rasa).
3. Kisar halus. Ikut kepada citarasa masing-masing kehalusan yang diinginkan. Tidak perlu tambah air ye.
4. Apabila siap, keluarkan. Simpan di dalam bekas yang sesuai. Sesuai dimakan dengan nasi putih atau bubur nasi. Selamat mencuba!