Sambal Udang antara menu yang paling popular ketika bulan Ramadan. Memang ramai yang gemar menu ini. Kali ini, kita tambahkan Anchor Cheddar Cheese Slices untuk menambah rasa di dalam hidangan. Boleh juga gunakan Anchor Unsalted Butter untuk menambah aroma dalam hidangan. Jom cuba, anda pasti puas hati dengan resipi Sambal Udang Berkeju ni.
SAMBAL UDANG BERKEJU
Bahan-bahan:
15 ekor udang
2 cawan cili kisar
1 batang serai | dititik
4 sudu besar air asam jawa
3 sudu besar gula perang
2 biji bawang merah | dihiris
4 ulas bawang putih | kisar kasar
3 sudu besar Anchor Unsalted Butter
4 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
2 sudu besar minyak masak
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk perasa
Cara Memasak:
Panaskan kuali bersama minyak dan Anchor Unsalted Butter. Masukkan bawang merah, bawang putih dan serai. masak hingga naik bau.
Kemudian, masukkan cili kisar dan tunggu hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, gula perang dan udang. Gaul rata.
Masukkan Anchor Cheddar Cheese Slices dan tunggu hingga keju mencair. Perasakan.
Tauhu Berkeju ni memang sedap dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Ramai yang takut nak cuba sebab rasa hidangan ni susah nak buat. Sebenarnya, mudah saja. Boleh cuba resipi ini, gerenti menjadi dan sedap. Cuma, tambahkan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk buat keju ni lagi wow! Selamat mencuba.
TAUHU BERKEJU
Bahan-bahan:
10 biji tauhu kering
1 biji bawang merah | kisar kasar
3 ulas bawang putih | kisar kasar
200gm daging kisar | digoreng
5 biji kentang | potong kiub dan goreng hingga lembut
30gm daun sup | dihiris
1 cawan bawang goreng
2 biji telur
80gm Perfect Italiano Mozzarella
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Tropical Fruits
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak:
Lenyekkan kentang yang telah digoreng tadi.
Gaul kentang lenyek, daging kisar yang telah digoreng, bahan kisar, daun sup, bawang goreng, garam, serbuk perasa dan keju Perfect Italiano Mozzarella.
Sumbatkan di dalam tauhu, celup di dalam telur dan goreng hingga masak.
Enak dinikmati bersama Fernleaf Yogurt Drink Tropical Fruits.
Tidak dapat dinafikan Capati merupakan antara hidangan yang sering menjadi pilihan bila ke kedai mamak. Jika selalu dicicah dengan kuah sardin, kali ini kita jadikan sardin sebagai inti dan tambahkan keju. Hidangan ‘next level’ yang cukup sempurna, terasa kepuasan dalam setiap gigitan.
Ternyata, mentega Anchor dan Anchor Cheese Slice yang digunakan menaikkan lagi rasa ‘umphhh’ dalam hidangan. Maklumlah, mentega Anchor kan merupakan mentega tulen dengan warna kuning keemasan yang diperbuat daripada susu berkualiti tinggi. Anchor Cheese Slices pula tinggi dengan kalsium dan protein. Cubalah buat, pasti jadi kegemaran seisi keluarga.
CAPATI ROLL BERINTI SARDIN & KEJU
BAHAN-BAHAN:
3-4 keping capati
8-10 keping Anchor Cheese Slices
BAHAN-BAHAN B (INTI):
400gram ikan sardin (dalam tin) – buang sosnya
80gram Anchor Butter Unsalted
1 biji cili merah – cincang
1 biji cili hijau – cincang
1 labu bawang besar – cincang
1 sudu teh garam masala
1 tangkai daun ketumbar – cincang
Garam & lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam kuali, cairkan Anchor Butter Unsalted lalu masukkan bawang besar dan tumis hingga wangi. Masukkan cili merah, cili hijau dan garam masala.
Masukkan ikan sardin lalu hancur-hancurkan. Tambah garam dan lada sulah secukupnya. Gaul rata. Tabur cincangan daun ketumbar dan tutup api.
Ambil sekeping capati, letakka 1-2 keping Anchor Cheese Slices kemudian letak sesudu int sardine ke dalam capati lalu gulung rapi.
Panakan sedikit Anchor Butter Unsalted di dalam kuali leper. Letak gulungan capati tadi ke dalam kuali lalu panaskan beberapa minit di kedua-dua bahagian.
Keluarkan capati dari kuali, potong mengikut cita rasa. Hidangkan panas.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Suka makan popiah? Jom kita buat Popiah Cheese Carbonara ni. Sangat mudah nak buat. Dimakan ketika panas memang enak. Guna pula keju Perfect Italiano Mozzarella, bila tarik tu memang sempurna betul. Jangan lupa tambah Anchor Cheddar Cheese Slices dan Anchor Unsalted Butter untuk menambah aroma di dalam hidangan. Satu memang tak cukup. Anda wajib cuba!
POPIAH CHEESE CARBONARA
Bahan-bahan:
4 sudu besar Anchor Unsalted Butter
1 biji bawang merah | kisar kasar
3 ulas bawang putih | kisar kasar
250gm daging kisar
1 batang lobak merah | diparut
2 cawan Fernleaf Susu UHT
5 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
100gm Perfect Italiano Mozzarella
10 keping kulit popiah
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Cara Memasak:
Panaskan Anchor Unsalted Butter, tumis daging hingga kering. Masukkan bawang merah dan bawang putih lalu tumis hingga wangi.
Masukkan Fernleaf Susu UHT dan biarkan mendidih. Masukkan keju Anchor Cheddar Cheese Slices untuk memekatkan kuah.
Masukkan lobak merah, serbuk lada hitam dan sejukkan inti.
Sediakan kulit popiah, letakkan 2 sudu inti, keju Perfect Italiano Mozzarella lalu gulung menjadi popiah. Gam kulit popiah dengan telur.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!