Kek istimewa dari Sarawak ini di panggil kek lumut mungkin kerana warna hijaunyanya yang seakan lumut. Ada pelbagai versi resipi teteapi menggunakan bahan asas yang sama iaitu horliks, nestum dan mentega bagi memberi tekstur yang lembab.
KEK LUMUT
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA
1. Pukul butter dan gula castor sehingga kembang. Kemudian masukkan telur satu per satu.
2. Masukkan susu manis dan esen vanila kemudian pukul rata
3. Masukkan nestum, serbuk almond, serbuk horlicks, dan tepung hong kong kemudian kacau rata.
4. Apabila adunan sudah rata, masukkan pewarna dan perasa pandan dan kacau rata
5. Masukkan adunan ke dalam loyang (9 – 10 inci) yang beralas baking paper. Kemudian balut loyang dengan aluminium foil.
6. Kukus adunan selama 4 jam.
Nota:
1. Kalau masukkan bahan kering dalam adunan kek, pastikan bahan-bahan kering itu dicampur terlebih dahulu. Campurkan tepung, almond, nestum itu dulu. Dah gaul rata, baru masukkan.
2. Sentiasa masukkan bahan kering/tepung 3 kali, maksudnya bahagi 1/3 setiap kali masukkan bahan kering.
3. Kukus api jangan besar nanti kek tidak licin.
4. Dah masukkan adunan kek hentak kan tin/loyang. Ini proses buang angin.
Kredit: Mamagfood