Salah satu kuih yang anda boleh hasilkan dengan banyak dan sejuk bekukan untuk dinikmati pada bila-bila masa. Dengan resipi ni, nak buat kuih untuk niaga pun boleh tau. Selamat mencuba!
BAHAN DOH:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan mentega
- Sedikit garam
- Air (dari peti sejuk)
CARA-CARA:
- Ramas tepung, mentega dan garam sampai jadi macam serbuk roti.
- Kemudian masukkan air sejuk dan gaul sampai tepung tidak melekat pada tangan.
- Rehatkan doh dan tutup dengan kain. Ketepikan seketika.
BAHAN INTI:
- 1 tin sardin (dihancurkan)
- 2 sudu makan cili boh
- Bawang holland (dipotong dadu)
- Gula secukupnya
- Garam secukupnya
- Jus lemon secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang holland hingga naik bau. Kemudian masukkan cili boh.
- Setelah cili kelihatan pecah minyak, masukkan sardin,gula dan garam. Gaul sebati.
- Masukkan jus lemon. Siap dan sejukkan seketika.
- Ambil doh, canai mengikut ketebalan yang sesuai dan isikan inti. Gulung mengikut kreativiti.
- Sardin roll ini boleh digoreng atau dibakar di dalam ketuhar.
Selamat mencuba!
Kredit resipi & gambar: Shima Mahmud