Resipi Sata Goreng Terengganu Yang Enak & Mudah

Share

Pernah cuba rasa Sata Goreng? Ia sama sahaja dengan Sata yang dibalut daun pisang dan dibakar tu cuma versi ini anda hanya perlu goreng sahaja tanpa menggunakan daun pisang. Bentuknya seakan bergedil. Memang sedap dimakan panas-panas. Nak buat untuk sajian keluarga? Saudari Tg Khuzanika ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.

 

CARA MEMBUAT SATA GORENG TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan isi ikan (ikan Selayang/sardin @ kembung) yang sudah ditumbuk
  • 1 cawan kelapa muda parut
  • 1-2 ulas bawang merah – ditumbuk kasar beli online disini
  • 3-4 biji cili padi – ditumbuk kasar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Asam jawa secukupnya beli online disini
  • Daun kesum (kalau suka)
  • Aji @ secukup rasa secukupnya
  • 1 biji telur

CARA MEMASAK:

1.Tumbuk isi ikan hingga lumat. Boleh guna isi ikan sardin atau kembung. Ketepikan.

2.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bekas bersesuaian. Gaul hingga sebati.

3. Ubah suai perasa untuk mendapatkan rasa yang secukupnya.

4.Tumbuk lagi sekali bahan-bahan yang digaul tadi untuk mendapatkan tekstur yang cantik.

5. Cubit doh dan bentukkan seperti bergedil. Celup dalam bancuhan telur dan goreng hingga masak.

6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Tg Khuzanika

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Published by
Nur