Andai berkunjung ke Pahang, Terengganu dan Kelantan terutamanya kawasan perkampungan berhampiran pantai, pasti anda akan jumpa dengan gerai menjual Sata ni. Kalau jumpa, kena berhenti beli dan cuba. Memang sedap! Bagi yang nak cuba buat sendiri, resipi perkongsian saudari Zuraida Zamri ni paling mudah. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1.Kisar isi ikan, lada burung dan bawang merah hingga lumat.
2.Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam bekas. Masukkan kelapa muda parut, daun kesum, garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Gaul sebati.
3.Ambil daun pisang, bentukkan kon dan isi sata tadi. Bakar hingga masak.
4.Enak dinikmati panas-panas.
Nota:
1.Isi kelapa muda yang digunakan adalah kelapa yang tidak terlalu tua @ muda dan biasa digunakan untuk menghasilkan kuih.
2.Jika tiada daun pisang, sata boleh juga dibungkus menggunakan kulit popia dan digoreng.
Kredit resipi & gambar: Zuraida Zamri