Makan

Resipi Sata Ikan Sedap & Mudah. Buat Sendiri Lagi Puas Hati

Share

Siapa di sini suka makan Sata Ikan? Lebih-lebih lagi bila berkunjung ke Pantai Timur iaitu Terengganu dan Kelantan. Pasti sata antara menu yang dicari. Sata adalah sejenis makanan ringan yang diproses dari isi ikan. Kemudian dibalut dengan daun pisang dan dibakar. Lagi sedap bila dibakar menggunakan sabut kelapa. Memang naik aromanya. Resipi perkongsian daripada Mazah Dollah ini, antara yang mudah dan berbloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

RESEPI SATA IKAN SEDAP, MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN

BAHAN-BAHAN:
1 kg ekor ikan kembung | rebus sekejap, kemudian ambil isi
2 ½ cawan kelapa putih muda
*10 biji cili api merah
*5 ulas bawang merah – beli online disini
*1 biji bawang besar – beli online disini
*2 ulas bawang putih – beli online disini
*2 inci halia
*2 batang serai
Sedikit air asam jawa – beli online disini
Garam dan gula secukup rasa
3 biji telur
Daun kesum | hiris kecil
1 sudu cili kering kisar – beli online disini
Cili merah

CARA MEMASAK:
1. Bahan yang bertanda * dikisar. Atau boleh juga ditumbuk. Ketepikan.
2. Ikan yang direbus tadi dibuang tulang, kemudian tumbuk hingga hancur.
3. Kemudian, gaulkan isi ikan sekali dengan bahan kisar tadi dan kelapa.
4. Masukkan air asam jawa dan telur. Gaulkan.
5. Perasakan garam dan gula. Akhir sekali, gaulkan dengan daun kesum dan hirisan cili hidup.

6. Buang kelongsong guna daun pisang. Masukkan dalam sesudu besar penuh adunan. Tutup kemas dan cucuk dengan lidi atau pencucuk besi. Bakar sehingga masak.

*Nak guna ikan mentah pun boleh. Lepas siang, bersihkan. Kemudian ambil isi dan kisar guna mesin pengisar kering atau tumbuk guna lesung.
*Kalau tak ada daun pisang, boleh buat guna kulit popia. Ha yang tu namanya popia satar. Kena goreng ye.

Kredit resipi & foto: Mazah Dollah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Nur