Resipi Sata Sedap & Mudah Boleh Masak Secara Homemade

Share

Sata adalah antara ‘street food’ popular di kalangan orang Pantai Timur. Dihasilkan dari campuran isi ikan, kelapa dan beberapa bahan lain, ia dibungkus menggunakan daun pisang dan dibakar hingga masak. Rasa lemak isi ikan dan kelapa, sedikit pedas dan wangi daun pisang, menjadikan sajian ini sangat enak sekali. Bagi anda yang nak cuba buat sendiri Sata ni, saudari Sharifah Norfairuz

ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.

 

CARA MASAK SATA SEDAP SECARA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 15 ekor ikan sardin/ selayang – buang tuang
  • 8 biji bawang merah kecil India
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 1 ½ inci halia
  • ½ biji kelapa parut putih
  • Cili padi secukupnya – hiris
  • 2 biji bawang merah besar – hiris
  • 5-7 sudu gula – boleh ubah suai ikut selera masing-masing
  • 2-3 sudu garam – boleh ubah suai ikut cita rasa
  • Daun pisang secukupnya – dibersihkan
  • Lidi atau buluh kebab secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan isi ikan, bawang merah India, bawang putih, buah keras dan halia. Kisar hingga hancur dan sebati. Tuang bahan kisar ke dalam besen.


2. Masukkan kelapa parut, hirisan cili padi, bawang merah. Gaul hingga sebati.
3. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa. Sebatikan.
4. Ambil daun pisang dan jadikan bentuk kon. Isi adunan tadi dan cucuk pada lidi atau buluh kebab. Jika nak bungkus ala Otak-Otak pun boleh.


5. Bakar Sata guna api perlahan selama 2-3 minit sambil dibalik-balikkan supaya tidak rentung.


6. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Sharifah Norfairuz

Published by
Nur