Suka makan Sate Ayam yang sedap bersama Kuah Kacang yang best? Enak kan?Jika teringin nak buat, boleh cuba resipi perkongsian saudari Siti Norizan ni. Bila buat sendiri ni lebih puas hati. Makan macam tu je tanpa kuah kacang pun dah sedap. Untuk resipi 1 ekor ayam ni, dapat 40 cucuk sate. Berbaloi kan? Ha… Boleh juga guna resipi ni untuk buat Sate Balut @ Popia Sate. Murah, lebih jimat & boleh makan puas-puas.
BAHAN KISAR: 2 biji bawang besar 5 ulas bawang merah (tak letak tak apa. Letak lebih sedap) 1 labu bawang putih 2 inci halia 4 batang serai (satukan semua bahan dan kisar dengan sedikit air)
BAHAN PERAP: 2 keping gula melaka – potong kecil – beli online disini 1 ½ cawan gula 2 sudu teh garam 4 sudu teh serbuk kunyit 3 sudu besar serbuk jintan manis – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Dalam bekas besar, masukkan isi ayam yang telah ditoskan. Masukkan bahan kisar dan bahan perap. Gaul sebati. 2. Boleh tambah bahan perasa seperti gula dan garam jika rasa kurang.
3. Jika nak lebih sedap, perap isi ayam semalaman. Caranya ialah letak dalam bekas bertutup dan simpan di Bahagia bawah sahaja (bukan tempat beku) 4. Cucuk isi ayam menggunakan lidi. Nak lebih sedap, selitkan kulit ayam di bahagian tengah.
5. Ambil lebihan bahan perapan, letak dalam mangkuk kecil dan tambahkan sedikit minyak masak. Ia digunakan sebagai bahan renjisan semasa bakar. Oleh renjis guna seri yang telh diketuk hujungnya. 6. Bakar sate hingga masak. Boleh guna pan atau bakar guna arang.
KUAH KACANG
BAHAN-BAHAN: 1 ½ cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit & kisar kasar) Segenggam cili kering – potong, rebus) ** 2 biji bawang besar ** 2 inci halia ** 1 batang serai – ketuk 2 keping gula melaka 1/2 cawan gula Garam 3 cawan air 1 kotak santan 2 keping asam gelugur
CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan-bahan bertanda (*) dn kisar bersama sedikit air.
2.Panaskan minyak masak dalm kuantiti sederhana dan tumis bahan kisar dan juga serai. Tumis sampai pecah minyak.
3. Masukkan kacang, gaul sebati.
4. Masukkan air, biar mendidih guna api perlahan.
5. Bila Nampak dah kering sikit, masukkan santan, gula melaka, gula, garam dan asam gelugur. Masak sampai kuah jadi pekat.
6. Rasa dan tambah apa yang kurang.
7. Kuah kacang sedia untuk dinikmati.
NOTA: Jika tidak suka santan, boleh abaikan. Jika suka, letak sahaja.